Lirik Lagu 7 Nasihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Siti Nurhaliza
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Siti Nurhaliza
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia

Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang,
untuk kau jadi orang

Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Luca Sickta
Ya, satu
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun

Kmy Kmo
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua
nak sihat sampai tua
Masuk semua benua,
pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua,
walau darjah sempoa

Luca Sickta
Tiga,
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

Kmy Kmo
Cara bicara yang keempat
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat
Majoriti ramai leka, terlena
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

Luca Sickta
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam
Nilam usah disiram

Kmy Kmo
Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

Siti Nurhaliza
Anak pipit jangan tak di hirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.