aku tahu kita berdua sibuk dengan hal masing - masing. lagi - lagi bila dah kerja. cuti tak sama, waktu kerja beza. nak cari waktu sesuai tu alahai. tapi sebab tasya dan aku ada kongsi beli kasut, jadi semalam aku dapat jumpa tasya. alasan nya nak jumpa sebab nak bagi kasut. hahaha. kalau tak sebab kasut, mungkin sebulan dua lagi agaknya baru jumpa kan sya.
jadi kami plan berjumpa ditengah; nu sentral. biasa jumpa dekat sephora. hahahhaa. tipikal perempuan kebanyakkan ye dak. tasya pas kasut. sebab lapar kitorang lepak dekat foodcourt memandangkan dah hujung bulan. haahhaa. duit aku semakin menipis guys. tasya je yang masih tebal. eh.
aku lupa lah nak ambil gambar kasut ralit sangat sembang gosip weyh. kalau jumpa tak gosip memang tak sah lah dia ni.
aku memang betul - betul lupa tentang janjitemu dengan tasya. nasib baik hujung - hujung waktu aku nak balik dia whatsapp. aku pun bawa motor macam orang gile, sebab nak kejar train. takut dapat jumpa sekejap je. dah lama sangat tak jumpa dia ni. rinduuuu.
tahu tahu je tasya aku dah tak ada gambar baru. hahaha. kitorang kalau jumpa memang wajib bergambar. lepak berjam - jam. sembang gosip non stop sebelum balik gambar dulu. hahah lepastu baru lah balik dengan tenang. tu lah setiap kali lepak mesti kena bersiap, sebab komfem akan dapat gambar baru. boleh tukar profile picture. eh. hahhaa
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.