Saturday, November 30, 2019

Surat - surat Yang Tertinggal

Surat - surat Yang Tertinggal
timbunan kad raya dari budak asrama

surat - surat yang tertinggal. surat - surat yang aku masih simpan. ada yang usianya dah mencecah 13 tahun semenjak 2006. sayang nak buang. aku pun taktahu, macammana aku simpan surat dari sekolah rendah. kertas selalu orang buang - buang je kot. 

macammana entah aku boleh terfikir nak simpan, aku pun dah lupa dekat mana aku simpan surat masa tu. saja aku kongsi tulisan - tulisan kenangan yang pernah mewarnai hidup aku dulu. sekarang dah tak ada orang bagi surat. hahaha. aku je bagi orang surat, isinya tentang puisi dekat ex. 

Surat - surat Yang Tertinggal

yang ini pula buku biodata. halah sumpah kelakar nak mati. ingat tulisan panjang hujung macam tu cantik ke? wujud buku biodata ni sebab lepas upsr semua nak berpecah. jadi, beli lah buku biodata untuk simpan biodata  kawan - kawan. tomyam dengan laksa masih lagi jadi makanan fevret aku, hahhaha. tak boleh ubah la sampai bila - bila. 

nama awal, iqram dan raja farah tu sebab masa tu hangat cerita medik cinta. setiap hari tak pernah tinggal. equal star, 1st edition tu penyanyi dari rancangan hiburan gang starz. kalau ingat lagi lah. time tu LG adalah sponsor bagi rancangan tersebut. weyh rindu lah dekat diorang ni. now, one nation emcess dalam gegar vaganza 8. diorang dari rancangan gang starz juga. 


Selongkar Surat

okay jom selongkar surat - surat yang tertinggal. tengok apa yang kita jumpa. 


2006

Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal

2006. masa ni aku darjah 5. aku minat dekat budak nama isma amiran, dia orang kelantan. aku taktahu kenapa aku suka dia. sebab sama sekolah agama kot. kitorang selalu main rebut kerusi. satu hari tu aku makan roti yang dijual dari atas motor. aku beli satu, dia beli satu. aku tak suka makan krim. aku bagi dekat dia. 

roti dia tu, dia potong lepastu dia amik krim aku. dari situ aku suka dia. HAHAHA. kali kedua tersuka sebab main rebut kerusi. aku yang mulakan hantar surat. dia respon. selepas dari itu setiap kali nak rehat, dia akan tunggu depan pintu kelas walaupun tak rehat sama. 

waktu ni mak aku ada buka kedai makan depan rumah. selalu malam dia akan lepak situ dan aku akan tulis surat. tengok la macammana main surat, macam main mesej okay. takde istilah kapel atau putus pun. 

cuma ada insiden aku mengadu dekat cikgu disiplin sebab isma and the geng hisap rokok. apalagi, masa perhimpunan kena rotan dengan semua orang. sejak dari tu dia suka cari pasal dengan aku. sampai tunggu depan rumah kot nak belasah aku dengan kayu, gila ah. hahha. 

-- 

Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal

ni surat dari shah fikri. ah aku ingat nama dia. aku jumpa dia dekat sekolah dan sekolah agama. dia mengaji dengan ustaz tempat aku sekolah. masa tu lah main surat. masa sekolah aku minat tiga orang ni. nama dia abby, khalid, shahfikri. abby tu tak silap budak bola sepak. setiap kali diorang main bola, ada dua tiga orang yang terkinja - kinja. siapa lagi, senior perempuan lah kan. 

jadi abby ni susah kalau aku crush dekat dia. susah dapat sebab dia hensem sangat. khalid pula pertengahan. tapi tak boleh crush dia. bila sembang - sembang dengan kawan baik, dia pun suka khalid. aku pun crush dekat shahfikri sorang jela. mula suka sebab pergi kem sama - sama. bila dapat tahu shahfikri pun mengaji dekat tempat aku sekolah, bagai dicita ulam mendatang ye dak. 

aku dulu yang mula - mula tulis surat. bila aku baca balik ayat; "minggu ni aku sibuk sikit lah. maklumlah beberapa minggu lagi dah nak upsr." rasa macam agak kelakar. upsr je pun. macam nak spm woi. ni habis sekolah, kira dah tak contact terus. mati macam tu je. crush je kot. takde apa sangat. sekadar mencuba nasib. 


2008 - 2010

Surat - surat Yang Tertinggal

aku kenal fitri ni masa tingkatan satu. aku lupa dekat mana kami kenal. aku siap 'ukir' nama dia dan aku dalam keychain yang aku beli dekat cameron highlands. pergi cameron highlands sebab ikut trip sekolah smk seri tanjong. ada lagi weyh keychain tu. legend tak? 

setiap kali cuti sabtu ahad, aku yang terhegeh - hegeh call dia dekat public phone. aku conquer public phone masa orang  semua sibuk lepak tengok tv. syiling banyak nak mampos. fitri sekolah teknik dekat mana tah. lepar? dekat kuantan. entahlah. dekat asrama, kawan - kawan dia panggil andak. mana lah dapat nama andak tu. mungkin pangkat dalam adik - beradik. 

aku yang volunteer nak bagi surat. dia balas surat aku. alamat hantar dekat asrama lah, apa lagi. eksited bukan main tau. for sure lah aku tak pernah jumpa dia. masa ni bercinta apa orang kata, cinta internet eh? lepastu aku putus. wujud facebook. aku chatting dengan makwe baru dia. okay je kitorang sembang. sebelum facebook ada, mesej biasa je pakai kredit.

sekarang? dia dah bekerja, kerja bagus ada motor besar. mana aku tahu tentang hidup dia sekarang? sebab dia ada follow instagram aku. dia cari aku dekat media sosial. pernah je berbual, tapi takde sampai minta no telefon pun. tegur pun gitu gitu je. 

--

Surat - surat Yang Tertinggal
surat dari atira kahar
kepingan surat ni dari athirah kahar. official kakak angkat masa tu. rapat dengan dia sebab budak asrama pusat seri tanjong semua pulaukan dia. orang anggap dia tu jahat dan tak guna. entahlah kenapa. dia setahun tua dari aku. dalam bilik, katil kami sebelah sebelah je. cuma aku duduk atas, dia duduk bawah. 

kami rapat. betul - betul rapat! outing pun sama, cuti balik kampung pun aku tidur rumah dia. dia sangat - sangat baik. cuma masa tingkatan dua, hujung tahun macam tu lah, warden nak buang dia. tu dia keluar. masa aku dah tingkatan dua, dia tingkatan tiga. masa ni mula main surat. sebab aku rindu dia sangat - sangat. 

bayangkan eh; makan sama, mandi sama, tidur sama, semua sama. tiba - tiba aku sorang. koyak jugak la tiap malam nangis. masa hantar barang - barang dia dekat bawah, sumpah meleleh air mata macam nak pindah jauh. padahal masih sekolah sama kot. cumanya dah tak boleh nak sama - sama. 

hari - hari aku kena perli dengan budak senior. haha. gampang betul ya. yelah, budak yang aku rapat tu ramai tak suka. setiap kali sabtu ahad, dia dengan mak ayah dia melawat aku hantar seplastik makanan ringan. heaven nya masa tu bila ada orang sayang. mak ayah aku kira jauh la shah alam. kalau mak ayah aku datang pun, naik moto dari shah alam ke kuala selangor. jauh kot. naik motor kriss. kesian ~ 

-- 

Surat - surat Yang Tertinggal

asrama aku ada buat program dengan anak - anak orang susah tak silap. lepas dari program tu aku dapat sorang adik angkat. selepas sekolah aku selalu lah menyinggah asrama dorang sebab asrama dorang tu laluan nak balik asrama aku. memang warden marah lah sebab balik lambat. sudahnya warden aku warning suruh putuskan semua hubungan dengan budak - budak tu. jahat betul. 

bukan kitorang pergi berjoli pun. aku lupa lah nama dia. aku cuma ingat dia duduk area tanjong karang macam tu. last aku contact dia adalah dalam 2 3 tahun lepas. tu pun nombor mak ayah dia, sebab dia tak ada telefon. susah juga nak contact dia. aku pun dah lupa terus nama dia, muka dia. tapi aku sayang sangat dekat dia masa tu. apa tah khabar dia sekarang. aku harap dia sambung belajar tinggi - tinggi, kerja bagus untuk bantu keluarga. 

-- 

ni antara koleksi surat - surat perpisahan. aku tipu diorang semua cakap aku nak pindah, sebab aku nak tengok reaksi diorang macam mana. aku memang rapat dengan semua orang, tapi rapat macam tu jelah. rupanya ramai juga yang sayang dekat aku. heee. terharu sangat. sumpah terharu. semua datang minta maaf dan mengarang surat. 

Surat - surat Yang Tertinggal
surat dari amalina
ni surat dari amalina. aku rapat dengan dia sebab dia duduk satu dorm dengan aku. meja prep pun duduk menghadap. dia adalah tempat aku bercerita. kalau kitorang gaduh pun tak lama, sebab salah seorang akan cari dan minta maaf. 

bila aku baca balik surat ni, aku tertanya - tanya. dekat mana mulia aku? hahahha. merepek saja dia ni lah. dia ni orangnya periang, banyak cakap. aku dah tak contact dengan dia. kalau godek facebook, aku tahu lah sekarang dia meniaga online produk kecantikan. semoga dimurahkan rezeki kau amalina. 

Surat - surat Yang Tertinggal
surat dari batch 95'
batch 95 ada 2 kumpulan. aku rapat yang ni. yang lagi satu tu ala - ala diva, memang jarang ah nak ngam. takut pun ada, takut diorang memilih nak kawan dengan aku. yela, aku ni tak da apa kan? borak pun bila perlu je. ekin masih belajar, deeba masih belajar, farah masih belajar, izaty tak tahu tapi dia baru je kawin haritu, erra sedang bekerja, amalina meniaga online, effa dah kawin tapi taktahu khabar dia. aku masih follow perkembangan diorang ni kecuali effa dan amalina. 

paling rapat dengan effa, erra, deeba. deeba dan erra satu kelas dengan aku. gaduh pun selalu dengan erra sampai menangis. dah dua - dua ego taknak mengalah. sampai sekarang ye perangai erra tu. haritu jumpa pun gaduh taknak mengalah, hahahhaa. 

Surat - surat Yang Tertinggal
surat dari kak ekin

lepas aku hilang athirah, tuhan pulangkan semula pengganti athirah yang namanya ashikin. dia tingkatan empat masa aku tingkatan dua. aku rapat dengan dia sama macam aku rapat dengan athirah. keluarga dia total pecah. jadi bila aku balik kampung, aku suruh mak aku masakkan bubur lambuk takpun laksa untuk aku dan dia makan sama - sama. 

dia punya menghargai tu, entahlah. mungkin sebab keluarga dia tak macam tu. dia hilang, hilang terus lepas habis sekolah. aku tak tahu manalah nak cari dia. last contact masa tu dia kerja dekat kl shopping mall sebagai cashier tak silap. banyak kali dia tukar nombor telefon sebab dia taknak orang cari dia. 

aku punya tahap rindu dekat dia, sampai selalu datang dalam mimpi.  

ingat lagi, dulu selalu masa sabtu ahad. kami lepak dekat tangga. oh lupa nak cakap, dia sama macam athirah. semua orang benci dan tak suka dengan dia. cuma bila hujung - hujung tahun, batch dia baru lah berbaik. aku perasan aku terpinggir sikit. never mind. aku bukan sesiapa. 

dia selalu kongsi pasal keluarga, hidup dia. macam - macam. dia memang kental sebab seawal umur masih muda, dia lalui perjalanan hidup yang penuh duri. walaupun dia menangis masa bercerita, dia dah pun lalui semua tu dengan berjaya. 

aku tipu dia cakap nak pindah. dia punya marah dekat aku, sehari taknak tengok muka aku, taknak bercakap. esoknya dia bagi aku surat tapi tak pandang muka aku. dia menangis. dia tulis surat sambil nangis. kau tengok la berapa banyak surat dia tulis untuk aku termasuk dengan kad raya. 

pecah dada aku weyh baca, orang yang kita sayang memilih untuk pergi. begitulah agaknya yang dia rasa. aku bagitahu aku tipu. dia marah sangat dengan aku. 

habis tingkatan tiga aku pindah sekolah vokasional. itulah kehilangan yang betul - betul aku tinggalkan semua. semua orang dari awal pun dah bersedia dengan 'perpindahan' aku yang aku dah maklumkan setahun awal. 

doakan aku, ada rezeki jumpa dia lagi. 

kak, kau mungkin bukan siapa - siapa. tapi kau pernah wujud dalam hidup aku lama dulu. kau ada dekat sebelah aku bila aku buka mata dan masih lagi dekat sebelah aku waktu aku nak lena. aku sayang kau kak. dah berapa tahun aku menunggu kalau kalau kau cari aku kak. aku memang tak boleh nak cari kau kak, sebab aku tak ada idea mana nak cari. aku harap tuhan dengar kan permintaan bodoh aku.  

Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal
Surat - surat Yang Tertinggal

-- 

Surat - surat Yang Tertinggal
surat dari fairuza
fairuza ni ex sepupu aku dan juga merupakan jiran sebelah rumah sepupu aku. aku cuti seminggu dekat johor. punya bosan tak keluar rumah, aku bagi orang sebelah surat. hahahhaa. inilah hasilnya. aku harap dia masih hidup dan baik - baik saja. tak ingat lah ni tahun berapa.

-- 

ada satu lagi surat. aku rasa aku lupa nak tangkap gambar. surat dari sahabat pena. aku kenal dia dari majalah asuh. majalah yang ustaz ustazah jual masa sekolah rendah. sehari bayar seringgit. beli majalah pun hutang. hahaha. nama dia athirah, orang kedah. kami selalu berutus surat sampai aku masuk asrama dekat seri tanjong kuala selangor.

mak dan ayah aku lah yang selalu merasmikan surat aku. malu woi mak baca. dia ada bagi aku no telefon tapi tak pernah lah call, sekadar berutus surat sahaja. bila kejadian tsunami tu, aku takut kalau dia dah tak ada. mak aku suruh aku try call. aku call lah, berangkat. allahu. pekat kedah dia weyh. dah cakap sepatah - sepatah. tak reti nak borak. aku minta no telefon dia, senang nak contact. masa tu belum ada whatsapp lagi. jadinya kami mesej biasa. tapi tak lama. sekarang taktahu la apa cerita dia. 

--

Kenangan Takkan Pernah Padam

jadi begini lah aku. selalu hidup dalam kenangan. semoga bila aku tak ada, aku juga akan hidup dalam kenangan orang lain. orang selalu persoalkan aku, kenapa kalau orang berubah sikit aku nak marah, nak emo. padahal benda kecil. 

ya aku tahu lah. kecil untuk kau, tapi besar untuk aku. setiap hari aku menghitung hari tentang esok yang masih lagi wujudkah kita? 

dengan bff sendiri dah bertahun kawan pun, aku kadang reti kecil hati sebab dia taknak tegur aku. asik aku je kena tegur orang. aku faham lah orang dah kawin, ada anak, ada keluarga. hmm. tapi, memang logiknya kalau dah kawin, kawan kena tinggal dekat belakang ke macammana? bukan pergi berjoli rasa muda pun, just contact maksud aku. hahah entahlah. aku tak matang kut nak mengadun hidup realiti dengan seorang dewasa. 

aku terlalu budak - budak menilai rasa. selalu nak orang duduk sebelah aku. padahal orang ada hidup sendiri, dan aku ada hidup aku sendiri. aku je tak pandai nak berdikari. hhaha entahlah. payah nak kata. 

aku malas kenal orang sebab orang akan tinggal aku.  tinggal terus, atau tinggalkan perlahan - lahan. aku harap lepas ni aku jadi seorang dewasa yang jarang nak rasa terjauh dengan sesiapa. biar aku susun hidup sendiri tentang esok nak jadi apa. aku dah besar dan tahu nak lukis apa tentang kenangan yang akan tiba. aku tahu. aku dah cukup dewasa :) 

Friday, November 29, 2019

Lirik Lagu Nurana Boboy


Kau Bagai Cahaya Rembulan
Yang Menerangi Gelita Malam
Pengisi Ruang Kekosongan
Hatiku Yang Sepi Ini

Nurana Itulah Namanya
Kekasih Yang Amat Ku Cinta
Kasihku Hanyalah Padanya Tiada
Yang Kedua Selainnya

Bahagia Hidupku
Kini Bersama Nurana
Berjanji Ku Padanya
Tiada Yang Kedua Selainnya

Nurana Yang Cantik Jelita
Tiada Lagi Yang Setandingnya
Hanyalah Dia Yang Bertakhta
Di Hati Untuk Selamanya

Inikah Dinamakan Cinta
Oh Sungguh Aku Rasa Bahagia
Tiap Kali Pabila Bersama
Tiada Lagi Tanda Duka
Kekasihku Nurana

Lirik Lagu Kenangan Lalu Boboy

Lirik Lagu Kenangan Lalu Boboy

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa
apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah
dikecewakan cinta

Katakan pada diriku
aku 'kan membalut luka
jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Lirik Lagu Berakhir Episod Cinta Boboy

Lirik Lagu Berakhir Episod Cinta Boboy

berakhirnya kisah semalam
episod cinta yang suram
menjadi sebuah kenangan
hingga keakhir zaman

perjalanan masih panjang
mencari cinta yang hilang
ku buang kedukaan
yang amat menyakitkan

ku pasti nanti akan datang
kebahagiaan dan keikhlasan
yang ku impikan
ku sirami kehidupan dengan rindu

kejujuran dan kesetiaan
bersyukur padamu Tuhan
memberikan kesempatan
mengukir keindahan

dilaman percintaan
perjalanan masih panjang
mencari cinta yang hilang
ku buang kedukaan

yang amat menyakitkan
ku pasti…

Lirik Lagu Cinta Melayang - layang Boboy

Lirik Lagu Cinta Melayang - layang Boboy

Dari renungan matamu timbul kasih
Senyum bibirmu memberi seribu erti
Sedih kau bawa entah ke mana
Hilang berganti aman sentosa

Cintamu terbit cahaya menerangi
Takkan dipersia sungguh ku berjanji
Sementara kau masih menyinta
Kau kujaga kau kubelai mesra

Kini terbuka... jalan
Luasnya di pandangan
Dulu tak tentu... haluan
Cinta melayang-layang

Dengar kasihmu hadir berlagu
Berdendang irama dulu
Indah bahagia rasa di jiwa
Biarkanlah selamanya
Kasihmu oh sayangku

Lirik Lagu Memori Cinta Boboy

Lirik Lagu Memori Cinta Boboy

Di saat kita bersama
Di bawah sinaran bulan
Kau bisik kau kata cinta
Hanya untuk diriku

Andainya kau jadi bunga
Biar aku jadi tangkainya
Berjanjilah kepadaku
Oh... kasih

Di saat kau genggam tanganku
Gementar rasa hatiku
Kau hanya tunduk membisu
Bila ku merenung wajahmu

Katakanlah sayang
Bisik di telingaku
Aku sedia mendengar
Luahan hatimu

Jangan kau malu-malu sayang
Memangnya kunantikan
Cinta darimu


Lirik Lagu Hanya Untukmu Boboy

Lirik Lagu Hanya Untukmu Boboy

bila hujan sudah mulai berhenti
dingin sungguh seluruh tubuhku ini
pasti ada yang sudi menemani
berbicara kisah silam dahulu

gelak tawa serta gurauan senda
dan hanyalah kita berdua saja
ku rasakan kehangatan kasihmu
tanpamu ku sepi

berhujan berpanas berembun kedinginan
betapa besar sungguh pengorbanan
pesan demi pesanan yang sering kau ucapkan
menjadi pedomanku di masa hadapan

bila ku berpaling lagi
ternyatalah rupanya ku sendiri
itulah rembunan
mengusik perasaan

kekasih yang ku cinta
aku merinduimu
kasihsayang
kau ku rindukan

Lirik Lagu Sekuntum Mawar Merah Boboy

Lirik Lagu Sekuntum Mawar Merah Boboy

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati

Haruskah ku ulangi
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara

Api yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati

Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Lirik Lagu Janji Seorang Kekasih Boboy

Lirik Lagu Janji Seorang Kekasih Boboy


Dahulu pernah kau berjanji
Akulah kekasihmu
Mengapa kini kau sendakan sayang
Kerana engkau tahu

Kasihku tak sedikit
Tak ingin lagi dikecewakan
Dan kini sungguh kusangkakan
Bahagia tak menjelma

Sanggup berkasih di depan mata
Apa yang aku takut
Kasihmu 'kan berpaling
Menjelma kini menjadi igauan

Mungkin antara kita
Tak perlu janji setia
Kerna cinta terbina
Tulus tak memaksa jiwa

Berikanlah waktu
Untuk kita mengerti
Kasih sayang sebenar
Bukanlah asmara

Berikanlah kasih
Untuk kita layari
Ruang bercahaya
Begitu indahnya

Kasih sayang kau lepaskan
Teduh kasih berpanjangan
Tiada yang lain
Hanya perpisahan

Yang menyedihkan
Mungkin antara kita
Tak perlu janji setia
Kerna cinta terbina

Tulus tak memaksa jiwa
Berikanlah waktu
Untuk kita mengerti
Kasih sayang sebenar
Bukanlah asmara…

Lirik Lagu Dalam Benci Ada Rindu Boboy

Lirik Lagu Dalam Benci Ada Rindu Boboy

Sedang bercinta
Apakah kau bahagia
Kerna rindu dendam
Telah kau baca

Berada diambang kasturi
Hanya kita berdua sahaja
Dibuai angin dingin
Biar selama-lamanya

Jika berpisah
Adakah kau gelisah
Tangis luka hiba
Seperti insan lara

Merenung laut bergelora
Takut seandainya sendirian
Lemas mencari ruang untuk bernafas
Usahlah kau mengambil hati

Jikalau aku bersendiri
Diuji oleh hidup ini
Dalam benci dalam rindu ada semua
Meredah rimba yang berduri

Ada jurang tidak kau sedari
Setenang kasih dipagar mata
Mudahnya terpedaya
Walau putih puncak singgahsana

Walau pun tidurku di atas permata
Tidakkan lena jika kau tidak bersama
Itu kehendakNYA, itu suratanNYA
Usahlah kau mengambil hati
Jikalau aku…

Lirik Lagu Demi Masa Boboy

Lirik Lagu Demi Masa Boboy

Berbisiklah hatiku mengenangmu
Saat percintaan kita berlalu
Sepi mencengkam dalam hati
Menambah luka
Seandai ada aku keriangan

Hasrat menyentuh suria hidupku
Namun tersungkur menjadi debu
Tidak pernah terduga
Perubahan cinta kita
Diakhir hayat berpisah jua

Demi masa aku cuba menghalang semua itu
Hanya kerana kasih dan sayang
Biar percintaan ini terus bersatu
Berikan aku waktu membuktikan

Oh kekasih...
Aduhai kekasih...
Tiada aku jemu menantikan keputusan
Seandainya masih rindu hulurkanlah ku seloka
Puas ku tersiksa bagaikan terasa
Tidak bermakna lagi
Ohhh...

Lirik Lagu Episod Cinta Boboy

Lirik Lagu Episod Cinta Boboy

Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia

Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang melara

Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu, terhadapku

Setia selalu ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
'Ku terima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi

Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini
Menjadi sebuah memori
Mengapakah aku diluka

Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu
terhadapku Setia…

Thursday, November 28, 2019

Lirik Lagu Juwita Saleem

Lirik Lagu Juwita Saleem

Tiada baris kata
yang dapat kulafazkan
Untuk kugambarkan
erti pengorbanan mu

Tiada syair indah
termampu kuciptakan
Yang setanding indahnya
belai kasihmu… Juwita…

Akulah sebenarnya
yang hanyut dan terlupa
Di dalam mengejar
impian kukorbankan bahgia

Biarpun terluka
hidup penuh gelora
Ketabahanmu
meredakan badai

Di sebalik senyummu
Tersembunyi seribu lara
Kau layarkan jua
Bahtera cinta tiada sangsi
Tulus dan suci oh oh

Terima kasih padamu adinda
Kerna sudi memaafkan dosa silam
Dan sesungguhnya engkaulah permata
Menerangi hatiku yang kegelapan

Izinkan diriku
berjanji padamu
Akan kubela
menghulur bahgia

Hingga ke akhirnya
Oh oh kasihmu juwita

Terima kasih pada mu adinda
Kerna sudi memaafkan diri ini
Juwita….


Monday, November 25, 2019

Tamat Ijazah di UIA

Tamat Ijazah di UIA

ini adalah sebuah catatan peribadi untuk aku mengenang pada suatu hari. aku tak tahu nak mula dari mana. haha. aku kira, aku paling aneh. kerana ini merupakan kali pertama aku menghadiri majlis hari graduasi kawan. sebelum ni memang tak pernah. sebab aku tak tahu macammana caranya nak menghadiri majlis begini. mestilah kena minta izin. kalau tidak dibagi, aku yang kecil hati. begitulah selalu. 


Lima Tahun Yang Sempurna


dia yang mula - mula tanya aku, kalau ada event best jangan lupa ajak. dia dah percuma! cuma dia ada bagi jarak masa, dia agak sibuk untuk bulan tu kerana akan bergraduasi. terus aku tanya, bila tarikh graduasi. nak datang jenguk boleh ke? dia kata 'datanglahhhh'.

ya aku memang nak datang. sebelum ni aku tak berkesempatan nak datang graduasi kawan - kawan baik aku yang lain. ini je peluang yang ada. bagi aku, adalah satu penghormatan bila ada kawan yang sudi datang majlis hari graduasi dengan sejambak bunga dan sekalung ucapan tahniah. mungkin bukan bunga, sekadar ada pun dah cukup sempurna. 

Tamat Ijazah di UIA
Tamat Ijazah di UIA

sebelum aku pergi jauh, izin aku perkenalkan. ini yuyin azman. aku kenal dia ketika panggilan namanya khaty (dia punya banyak nama; nur, ain, yuyin. entah apa lagi). dia kawan sekolah aku ketika di smk seri tanjong kuala selangor. aku kelas efisyen, dan dia rasional. jujurnya, ketika ini aku memang tak kenal siapa dia. pernah lah nampak sebab khaty selalu lepak dengan budak kelas aku yang namanya ainor dan aqilah. aku baik dengan dua orang ni. cuma dengan khaty memang tak pernah pula bertegur. ada sedikit tulisan tentang khaty disini: perempuan itu.

selepas habis sekolah, dua ribu empat belas kami berhubung melalui facebook. semenjak itu, kami melewati hari dan puisi bersama. dia ni anugerah tuhan yang tak ada nilai. perbezaan yang ada pada dia yang buat aku selesa. 

jika dihitung, sudah masuk tahun ke lima kami masih lagi berdua. semoga tuhan merahmati persahabatan kami. 

untuk dia sampai pengakhiran ijazah, jalannya tak mudah. aku tahu dia melalui banyak perkara. banyak. aku tahu, sebab dia banyak bercerita. mungkin ada lagi 'kesakitan' yang dia alami tapi tak pernah dikongsi. entah -- 

dia pernah jatuh paling jatuh. kemudian bangun lagi untuk terus lari. dia perempuan tabah yang tak pernah serik. dia banyak bagi aku 'motivasi' walaupun tidak secara terus. dia memenuhi jiwa aku dalam diam - diam yang sering kosong tak ada makna. 


Hilang Doa Seorang Ibu

tuhan tahu dia kuat, tuhan uji sikit. tuhan ambil semula emak yang dipinjamkan sejak dari hari pertama dia lahir. entah kenapa, tuhan ambil emak waktu dia sedang gembira nak merai hari bahagia selepas lima tahun bertarung duka. 

kesian -- 

waktu aku menaip ini pun, aku masih lagi tak percaya dia telah hilang doa seorang ibu. aku tahu, dia mengalami kekecewaan yang terdalam. aku tahu. entah bagaimana dia cuba melawan rasa sakit. aku tahu dia kuat. emak diambil pulang bertemu tuhan disaat dia sedang sibuk menyiapkan diri, lagi tiga hari. 


ketika hari gradusi, tak ada sedikit pun kecewa dibibirnya. aku tahu, dia sehabis baik mengukir senyum paling indah. semua orang 'memaksa' dia untuk hadir menyempurnakan impian mak. impian mak untuk 'tengok' dia sarung jubah dan ijazah. tahniah! 

waktu aku menaip ini, aku menulis dengan rasa yang penuh emosi. aku rasa airmata aku pun turut ikut gugur. sumpah kau kuat khaty. semoga tuhan merahmati perjalanan hidup kau walaupun dengan ketiadaan emak. 



Peneman Sepi

aku fikir, bunga terlalu tipikal bagi hadiah hari graduasi. jadi aku memilih untuk menghadiahkan dia dengan 'seorang' teddy bear buat peluk jika sedang sepi dan sekeping surat ucapan tahniah. aku suka bagi orang surat, sepertimana aku suka orang memberi aku surat. aku sukakan kenangan. jadi inilah sedikit kenangan tulisan aku buat kau. 

aku tahu tulisan akan cair, kertas akan rapuh. tapi tetap juga aku mahu menulis bingkisan kata untuk disemadikan didalam sekeping kertas putih. semoga tak luntur dan sempat makan tahun. agar kau tak lupa, ada aku dibelakang yang sentiasa menyokong. 

Tamat Ijazah di UIA

jika kau baca. 
walaupun dah tak ada emak untuk mendoakan bahagia kau, aku dan orang sekeliling masih mendoakan kesejahteraan hidup kau yang berpanjangan. semoga terus kuat dan memberi inspirasi. aku sayang kau dunia akhirat tak kisah apa pun jadi. aku sayang kau seadanya. semoga kita masih lagi bersama melewati hari - hari esok. 

terima kasih masih sudi ada, walau 'dunia' tak pernah terima aku. 

Thursday, November 21, 2019

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

tiga hari dua malam di kuala lumpur adalah rancangan aku. konon nak mengulang rasa di kota metropolitan secara total bersama tasya dan mengenang sambutan tahun baru. mula - mula aku memilih untuk bermalam di the bed klcc/ container kuala lumpur. dah lama rasanya teringin menutup mata dalam kubikel kecil semacam tube. seringkali saja, aku menolak keinginan aku dan memilih hotel/ hostel yang lain. tak ada rezeki barangkali. ah entah. semoga ada rezeki lainhari. 

eh ada selingan sekejap. waktu aku menaip entri ni, aku tengah dengar lagu jiwa kota raya. hhahha. syial -ah. 



Common Grind dan Lunchios di Roast and Grill 

tergerak hati nak jumpa akid sebab ada rindu yang tak terbendung. aku pergi dm dia di instagram dan tanya, "kau dah lupakan aku eh.?". halah halah soalan bodoh. yelah, aku nampak dia travel ke sana sini. bergambar dengan kawan baru. jadi aku stereotaip lah kata dia lupa aku dengan keadaan dia yang dah lama tak contact. 

aku mana boleh lupa dia. aku tak boleh. sebab dia baik dengan aku. siapa yang baik dengan aku, memang aku sayang nak hilang. tapi kalau dah kata takdir tuhan lebih maha kuat, aku terima jela. selagi boleh 'jaga', aku jaga

gigih juga dia meng - google cafe hipstur dan tak ramai orang di sekitar kuala lumpur. dah nama kuala lumpur, tempat viral harus lah ramai kan? jadi setelah tiba hari yang ditunggu, kami berjumpa di common grind yang terletak di jalan doraisamy, chowkit. 

aku ke situ dengan menaiki lrt, turun di stesen dang wangi. cafe hisptur memang sesuai untuk berlepak santai. cuma nak gelak over tu kena behave sikit sebab cafe tengah lengang. heee. 


setelah lepak minum dan lapar, kitorang gerak pula ke roast and grill yang terletak di quill city mall untuk makan tengahari. tomyam dia sedap weyh, aku suka. next time kalau datang kedai ni lagi, aku nak makan tomyam! (walaupun berlambak kedai tomyam dekat luar). 

kalau dikira tolak tambah, hampir 5 ke 6 tahun juga aku tak jumpa farisya. masa wedding cyra pun dia tak ada, sebab kerja. ni rezeki aku sebab jumpa akid, akid ajak farisya lepak sekali. thanks to akid. dari cafe sampai ke sini, isu sekolah memang takkan habis. 

kata akid, kita semua suffer dekat sekolah. mengenangkan aku yang di'anak tirikan sebab budak luar, mengenangkan akid yang keluar masuk bilik kaunseling dan 'motivasi' mengarut, dan farisya ada 'kawan' aneh. 

jujurnya aku dulu anti sangat dengan farisya. tapi aku lagi anti dengan dayah kamarudin! haha. sebab diorang mpp. jadi budak sekolah kalau tak jadi 'jahat' sikit, zaman sekolah macam tak ada makna. 'jahat' aku takla jahat mana pun. cuma tak ikut peraturan sekolah je. aku bawa telefon, aku pakai kasut tak de tali, aku ponteng kelas add math, aku tak fokus masa kelas sains. biasa je ni. seanti aku dengan farisya, aku masih okay dengan dia. sebab dia jenis rilek je tak gelabah. 

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

selain tu, kitorang juga membincangkan tentang masa depan yang masih samar kelam. masih tak tahu hala tuju yang lebih adil untuk diri sendiri. sekarang ni lebih kepada, follow the flow. tak ada rules, tak ada 'itinerary' untuk menjejak masa depan. doakan kita semua dapat survive hidup dengan jayanya. 

waktu nak pulang, ada sedikit rasa berat. boleh macam ni lagi tak? walaupun masa tu dah kawin dan ada anak lima? 


Bermalam di Ceria Hotel

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

takut betul kalau pilihan aku salah. jauh dari tempat yang aku nak pergi. jauh dari kedai. nah! belakang times square je rupanya. hehehe. sebaris dengan ceria hotel ada 7eleven, dan kk mart kalau tak salah. berhampiran dengan kedai mamak dan juga kedai melayu (sebelah times square). 

kalau waze kena taip ceria hotel bukit bintang. tapi kalau naik teksi kena mention jalan changkat thambi dollah. 

Review Ringkas Ceria Hotel

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

kebersihan tiptop, bilik selesa, pelayan di meja depan tak lokek senyum melayan karenah aku, penghawa dingin berfungsi dengan baik, rekaletak perabot yang kemas, hairdryer disediakan didalam laci, boleh minta kopi/ teh kalau nak tambah, peralatan di bilik mandi cuma tuala sabun mandi dan shampoo sahaja, bilik lawa T_T

iron disediakan diluar, channel tv ada basic sahaja ya (tv1,tv2,tv3,tv7,tv8,tv9, beberapa channel radio), sarapan pagi tidak disediakan, toilet tak ada kunci HAHAHHA.

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur
3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

hotel ni aku duduk sorang pun tak la rasa takut, cuma laluan bilik tu agak gelap sikit. hahha. 

overall aku puas hati dengan harga yang ditawarkan. 3 hari 2 malam cuma rm114 + rm50 (deposit akan dikembalikan). 


Lepak dengan Tasya 

selepas lepak dengan akid, aku check in hotel dalam jam 5 macam tu. sementara menunggu tasya pulang dari kerja, aku menghabiskan masa dengan  berbual dalam talian untuk mengurangkan rasa bosan. lama juga, sampai nak tertidur. 

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

malam tu hujan. redah juga la gerimis yang ringan tu. kalau lebat kena tunggu je dalam bilik. makan malam kitorang adalah nasi arab yang terletak area bukit bintang. yang ni berbaloi makan sebab boleh makan dua orang. 

cuma hahahhaha. nasi tambah dia harga rm17 rasa macam, membazir amalan syaiton. nasi dia sedap weyh! 

kat sini macam biasa lah gosip dan rentetan hidup yang memang tak kan pernah habis. sebenarnya dah berapa bulan tak jumpa tasya. mampu whatsapp dan like gambar dekat instagram je. kesian kan? sebab cuti tak sama. dia cuti hari biasa, aku cuti sabtu ahad. 

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

lepas dah habis borak tu, kitorang pusing - pusing area bukit bintang dan bergambar dua tiga keping. seterusnya pulang ke hotel dan tidur. kalau ikutkan, aku ada buat senarai nak bergambar area kuala lumpur. hakikatnya, tak mampu pun nak kejar semua. hahhaa. nasib baik aku ada banyak gambar lawa tau! so, tak kisah sangat kalau banyak tempat tak sampai. next time okay. 

Lorong Panggung

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

keesokkan harinya aku dan tasya ke lorong panggung yang terletak berhampiran dengan petaling street. ni idea akid. ada event anjuran @urbanscapes berkaitan arts. ada puisi, teater dan pelbagai lagi. event tu diadakan beberapa hari di lokasi yang berlainan. aku cuma pergi dua je. lorong seni dan satu lagi di mana ya. ah lupa. nanti aku update balik dekat sini. boleh tengok hashtag #urbanscapes2019

(lupa. sebelum sampai lorong panggung, aku dan tasya pergi ke masjid jamek untuk membeli tudung dan lipstik baru. hahahhaa)

aku jumpa wani ardy, yang pernah famous kerana dialah perempuan tanpa rahim. dia ni macam 'idola' dalam arena 'seni' sepanjang aku 'berkecimpung dengan 'puisi' walaupun sekadar menulis entah apa - apa tak de makna. kak wani, kak fazleena dan kak fynn ni macam 'kekuatan' aku. ada jiwa yang diisi mereka dalam senyap. diorang banyak menyebarkan 'kasih sayang'. ah engkau tak faham. 
tuhan bagi kita ujian yang sama tapi dengan corak berbeza. terpulang jalan mana kita pilih, dan bagaimana kita menyusun laluan yang telah dipilih.
3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur
wani ardy

sempat aku tengok kak wani perform sekejap. lepastu aku ke satu lagi lokasi yang aku lupa namanya. yang tu kena berjalan sikit. nanti aku update lah gambar dekat sini. hahha. nasib baik gerak awal, sebab hujan turun sebelah petang. 

terima kasih kak wani. sebab wujud dalam hidup secara tak sengaja. 

--

malam kami makan di mamak je. hahaa. makan nasi goreng, nasi dan tomyam. ah tomyam lagi. senang je menu aku kalau pergi mana - mana. tak payah nak fikir lama - lama buang masa. mesti sesetengah orang akan bosan dengan aku. 

lepas makan, kitorang jalan sekitar kuala lumpur dan bergambar macam biasa.

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

sepatutnya aku tidur awal sebab aku penat jalan, macam kaki nak patah. tapi sebab tak dapat oncall dengan 'kau', sampai pagi tak boleh lelap. barai T_T . mungkin aku patut cari orang lain yang sebisanya menyamankan aku untuk mengganti kan tempat 'kau'. ha gitu. 

Sarapan Bersama di Hari Terakhir

mula tu ingat malas nak makan sarapan, nak terus balik. dah tasya mengajak, on jela. tak la lapar masa dalam perjalanan nanti. so ni jela sarapan pagi. makan roti canai dan teh tarik. tipikal sarapan pagi. hahhaha. 

3 Hari 2 Malam di Kuala Lumpur

Tengok Wayang Charlie's Angels

jam 11lebih aku checkout dan menuju ke monorel times square. turun di stesen bukit nenas. menapak sehingga ke unikl. nak lunch dengan kawan. jadi makan lah area unikl tu kot. lepastu habiskan masa sekali lagi di quill city mall menunggu kawan siap kerja. 

sebabkan bosan, kitorang tengok la wayang. lepas tengok wayang tu lepak sekejap sebab hujan lebat. 

oh aku tak ada gambar berdua dengan dia. hahhaa dia tak suka amik gambar dengan aku, sebab aku bukan artis dan buruk. tak secantik makwe dia. hahhaa. sejenis memilih sikit. 

thanks tau teman makan tengahari, tengok wayang, berbual dan hantar sampai lrt :* semoga hidup kau baik - baik saja sepanjang masa.

Wednesday, November 20, 2019

Lirik lagu Akhirnya Ku Tahu Projector Band

Lirik lagu Akhirnya Ku Tahu Projector Band

hilang hilang segala derita
hilang hilangnya cintaku padamu
aku yang berduka

tak sanggup lagi ku mengingatmu
tak sanggup lagi ku terus merindu
potret kasihku

selalu (selalu)
selalu ku dibiarkan
sendirian tanpa belaianmu

berlalu (berlalu)
berlalulah segalanya
jangan pernah engkau biarkan aku

selendang yang kau berikan padaku
mungkin dapat mengubati luka rindu
dihatiku

kau berubah disaat ku tak rela
simpan saja
kenangan itu

biar ku lupakan semuanya
harapan yang indah
kini kelam menjadi dendam
untuk sekali ini
ku terus berdiri

selalu (selalu)
selalu ku dibiarkan
sendirian tanpa belaianmu

berlalu (berlalu)
berlalulah segalanya
jangan pernah engkau biarkan aku

selendang yang kau berikan padaku
mungkin dapat mengubati luka rindu
dihatiku

kau berubah disaat ku tak rela
simpan saja
kenangan itu

biar ku lupakan semuanya
harapan yang indah
kini kelam menjadi dendam
untuk sekali ini
ku terus berdiri