timbunan kad raya dari budak asrama |
surat - surat yang tertinggal. surat - surat yang aku masih simpan. ada yang usianya dah mencecah 13 tahun semenjak 2006. sayang nak buang. aku pun taktahu, macammana aku simpan surat dari sekolah rendah. kertas selalu orang buang - buang je kot.
macammana entah aku boleh terfikir nak simpan, aku pun dah lupa dekat mana aku simpan surat masa tu. saja aku kongsi tulisan - tulisan kenangan yang pernah mewarnai hidup aku dulu. sekarang dah tak ada orang bagi surat. hahaha. aku je bagi orang surat, isinya tentang puisi dekat ex.
yang ini pula buku biodata. halah sumpah kelakar nak mati. ingat tulisan panjang hujung macam tu cantik ke? wujud buku biodata ni sebab lepas upsr semua nak berpecah. jadi, beli lah buku biodata untuk simpan biodata kawan - kawan. tomyam dengan laksa masih lagi jadi makanan fevret aku, hahhaha. tak boleh ubah la sampai bila - bila.
nama awal, iqram dan raja farah tu sebab masa tu hangat cerita medik cinta. setiap hari tak pernah tinggal. equal star, 1st edition tu penyanyi dari rancangan hiburan gang starz. kalau ingat lagi lah. time tu LG adalah sponsor bagi rancangan tersebut. weyh rindu lah dekat diorang ni. now, one nation emcess dalam gegar vaganza 8. diorang dari rancangan gang starz juga.
Selongkar Surat
okay jom selongkar surat - surat yang tertinggal. tengok apa yang kita jumpa.
2006
2006. masa ni aku darjah 5. aku minat dekat budak nama isma amiran, dia orang kelantan. aku taktahu kenapa aku suka dia. sebab sama sekolah agama kot. kitorang selalu main rebut kerusi. satu hari tu aku makan roti yang dijual dari atas motor. aku beli satu, dia beli satu. aku tak suka makan krim. aku bagi dekat dia.
roti dia tu, dia potong lepastu dia amik krim aku. dari situ aku suka dia. HAHAHA. kali kedua tersuka sebab main rebut kerusi. aku yang mulakan hantar surat. dia respon. selepas dari itu setiap kali nak rehat, dia akan tunggu depan pintu kelas walaupun tak rehat sama.
waktu ni mak aku ada buka kedai makan depan rumah. selalu malam dia akan lepak situ dan aku akan tulis surat. tengok la macammana main surat, macam main mesej okay. takde istilah kapel atau putus pun.
cuma ada insiden aku mengadu dekat cikgu disiplin sebab isma and the geng hisap rokok. apalagi, masa perhimpunan kena rotan dengan semua orang. sejak dari tu dia suka cari pasal dengan aku. sampai tunggu depan rumah kot nak belasah aku dengan kayu, gila ah. hahha.
--
ni surat dari shah fikri. ah aku ingat nama dia. aku jumpa dia dekat sekolah dan sekolah agama. dia mengaji dengan ustaz tempat aku sekolah. masa tu lah main surat. masa sekolah aku minat tiga orang ni. nama dia abby, khalid, shahfikri. abby tu tak silap budak bola sepak. setiap kali diorang main bola, ada dua tiga orang yang terkinja - kinja. siapa lagi, senior perempuan lah kan.
jadi abby ni susah kalau aku crush dekat dia. susah dapat sebab dia hensem sangat. khalid pula pertengahan. tapi tak boleh crush dia. bila sembang - sembang dengan kawan baik, dia pun suka khalid. aku pun crush dekat shahfikri sorang jela. mula suka sebab pergi kem sama - sama. bila dapat tahu shahfikri pun mengaji dekat tempat aku sekolah, bagai dicita ulam mendatang ye dak.
aku dulu yang mula - mula tulis surat. bila aku baca balik ayat; "minggu ni aku sibuk sikit lah. maklumlah beberapa minggu lagi dah nak upsr." rasa macam agak kelakar. upsr je pun. macam nak spm woi. ni habis sekolah, kira dah tak contact terus. mati macam tu je. crush je kot. takde apa sangat. sekadar mencuba nasib.
2008 - 2010
aku kenal fitri ni masa tingkatan satu. aku lupa dekat mana kami kenal. aku siap 'ukir' nama dia dan aku dalam keychain yang aku beli dekat cameron highlands. pergi cameron highlands sebab ikut trip sekolah smk seri tanjong. ada lagi weyh keychain tu. legend tak?
setiap kali cuti sabtu ahad, aku yang terhegeh - hegeh call dia dekat public phone. aku conquer public phone masa orang semua sibuk lepak tengok tv. syiling banyak nak mampos. fitri sekolah teknik dekat mana tah. lepar? dekat kuantan. entahlah. dekat asrama, kawan - kawan dia panggil andak. mana lah dapat nama andak tu. mungkin pangkat dalam adik - beradik.
aku yang volunteer nak bagi surat. dia balas surat aku. alamat hantar dekat asrama lah, apa lagi. eksited bukan main tau. for sure lah aku tak pernah jumpa dia. masa ni bercinta apa orang kata, cinta internet eh? lepastu aku putus. wujud facebook. aku chatting dengan makwe baru dia. okay je kitorang sembang. sebelum facebook ada, mesej biasa je pakai kredit.
sekarang? dia dah bekerja, kerja bagus ada motor besar. mana aku tahu tentang hidup dia sekarang? sebab dia ada follow instagram aku. dia cari aku dekat media sosial. pernah je berbual, tapi takde sampai minta no telefon pun. tegur pun gitu gitu je.
--
surat dari atira kahar |
kepingan surat ni dari athirah kahar. official kakak angkat masa tu. rapat dengan dia sebab budak asrama pusat seri tanjong semua pulaukan dia. orang anggap dia tu jahat dan tak guna. entahlah kenapa. dia setahun tua dari aku. dalam bilik, katil kami sebelah sebelah je. cuma aku duduk atas, dia duduk bawah.
kami rapat. betul - betul rapat! outing pun sama, cuti balik kampung pun aku tidur rumah dia. dia sangat - sangat baik. cuma masa tingkatan dua, hujung tahun macam tu lah, warden nak buang dia. tu dia keluar. masa aku dah tingkatan dua, dia tingkatan tiga. masa ni mula main surat. sebab aku rindu dia sangat - sangat.
bayangkan eh; makan sama, mandi sama, tidur sama, semua sama. tiba - tiba aku sorang. koyak jugak la tiap malam nangis. masa hantar barang - barang dia dekat bawah, sumpah meleleh air mata macam nak pindah jauh. padahal masih sekolah sama kot. cumanya dah tak boleh nak sama - sama.
hari - hari aku kena perli dengan budak senior. haha. gampang betul ya. yelah, budak yang aku rapat tu ramai tak suka. setiap kali sabtu ahad, dia dengan mak ayah dia melawat aku hantar seplastik makanan ringan. heaven nya masa tu bila ada orang sayang. mak ayah aku kira jauh la shah alam. kalau mak ayah aku datang pun, naik moto dari shah alam ke kuala selangor. jauh kot. naik motor kriss. kesian ~
--
asrama aku ada buat program dengan anak - anak orang susah tak silap. lepas dari program tu aku dapat sorang adik angkat. selepas sekolah aku selalu lah menyinggah asrama dorang sebab asrama dorang tu laluan nak balik asrama aku. memang warden marah lah sebab balik lambat. sudahnya warden aku warning suruh putuskan semua hubungan dengan budak - budak tu. jahat betul.
bukan kitorang pergi berjoli pun. aku lupa lah nama dia. aku cuma ingat dia duduk area tanjong karang macam tu. last aku contact dia adalah dalam 2 3 tahun lepas. tu pun nombor mak ayah dia, sebab dia tak ada telefon. susah juga nak contact dia. aku pun dah lupa terus nama dia, muka dia. tapi aku sayang sangat dekat dia masa tu. apa tah khabar dia sekarang. aku harap dia sambung belajar tinggi - tinggi, kerja bagus untuk bantu keluarga.
--
ni antara koleksi surat - surat perpisahan. aku tipu diorang semua cakap aku nak pindah, sebab aku nak tengok reaksi diorang macam mana. aku memang rapat dengan semua orang, tapi rapat macam tu jelah. rupanya ramai juga yang sayang dekat aku. heee. terharu sangat. sumpah terharu. semua datang minta maaf dan mengarang surat.
surat dari amalina |
ni surat dari amalina. aku rapat dengan dia sebab dia duduk satu dorm dengan aku. meja prep pun duduk menghadap. dia adalah tempat aku bercerita. kalau kitorang gaduh pun tak lama, sebab salah seorang akan cari dan minta maaf.
bila aku baca balik surat ni, aku tertanya - tanya. dekat mana mulia aku? hahahha. merepek saja dia ni lah. dia ni orangnya periang, banyak cakap. aku dah tak contact dengan dia. kalau godek facebook, aku tahu lah sekarang dia meniaga online produk kecantikan. semoga dimurahkan rezeki kau amalina.
surat dari batch 95' |
batch 95 ada 2 kumpulan. aku rapat yang ni. yang lagi satu tu ala - ala diva, memang jarang ah nak ngam. takut pun ada, takut diorang memilih nak kawan dengan aku. yela, aku ni tak da apa kan? borak pun bila perlu je. ekin masih belajar, deeba masih belajar, farah masih belajar, izaty tak tahu tapi dia baru je kawin haritu, erra sedang bekerja, amalina meniaga online, effa dah kawin tapi taktahu khabar dia. aku masih follow perkembangan diorang ni kecuali effa dan amalina.
paling rapat dengan effa, erra, deeba. deeba dan erra satu kelas dengan aku. gaduh pun selalu dengan erra sampai menangis. dah dua - dua ego taknak mengalah. sampai sekarang ye perangai erra tu. haritu jumpa pun gaduh taknak mengalah, hahahhaa.
surat dari kak ekin |
lepas aku hilang athirah, tuhan pulangkan semula pengganti athirah yang namanya ashikin. dia tingkatan empat masa aku tingkatan dua. aku rapat dengan dia sama macam aku rapat dengan athirah. keluarga dia total pecah. jadi bila aku balik kampung, aku suruh mak aku masakkan bubur lambuk takpun laksa untuk aku dan dia makan sama - sama.
dia punya menghargai tu, entahlah. mungkin sebab keluarga dia tak macam tu. dia hilang, hilang terus lepas habis sekolah. aku tak tahu manalah nak cari dia. last contact masa tu dia kerja dekat kl shopping mall sebagai cashier tak silap. banyak kali dia tukar nombor telefon sebab dia taknak orang cari dia.
aku punya tahap rindu dekat dia, sampai selalu datang dalam mimpi.
ingat lagi, dulu selalu masa sabtu ahad. kami lepak dekat tangga. oh lupa nak cakap, dia sama macam athirah. semua orang benci dan tak suka dengan dia. cuma bila hujung - hujung tahun, batch dia baru lah berbaik. aku perasan aku terpinggir sikit. never mind. aku bukan sesiapa.
dia selalu kongsi pasal keluarga, hidup dia. macam - macam. dia memang kental sebab seawal umur masih muda, dia lalui perjalanan hidup yang penuh duri. walaupun dia menangis masa bercerita, dia dah pun lalui semua tu dengan berjaya.
aku tipu dia cakap nak pindah. dia punya marah dekat aku, sehari taknak tengok muka aku, taknak bercakap. esoknya dia bagi aku surat tapi tak pandang muka aku. dia menangis. dia tulis surat sambil nangis. kau tengok la berapa banyak surat dia tulis untuk aku termasuk dengan kad raya.
pecah dada aku weyh baca, orang yang kita sayang memilih untuk pergi. begitulah agaknya yang dia rasa. aku bagitahu aku tipu. dia marah sangat dengan aku.
habis tingkatan tiga aku pindah sekolah vokasional. itulah kehilangan yang betul - betul aku tinggalkan semua. semua orang dari awal pun dah bersedia dengan 'perpindahan' aku yang aku dah maklumkan setahun awal.
doakan aku, ada rezeki jumpa dia lagi.
kak, kau mungkin bukan siapa - siapa. tapi kau pernah wujud dalam hidup aku lama dulu. kau ada dekat sebelah aku bila aku buka mata dan masih lagi dekat sebelah aku waktu aku nak lena. aku sayang kau kak. dah berapa tahun aku menunggu kalau kalau kau cari aku kak. aku memang tak boleh nak cari kau kak, sebab aku tak ada idea mana nak cari. aku harap tuhan dengar kan permintaan bodoh aku.
--
surat dari fairuza |
fairuza ni ex sepupu aku dan juga merupakan jiran sebelah rumah sepupu aku. aku cuti seminggu dekat johor. punya bosan tak keluar rumah, aku bagi orang sebelah surat. hahahhaa. inilah hasilnya. aku harap dia masih hidup dan baik - baik saja. tak ingat lah ni tahun berapa.
--
ada satu lagi surat. aku rasa aku lupa nak tangkap gambar. surat dari sahabat pena. aku kenal dia dari majalah asuh. majalah yang ustaz ustazah jual masa sekolah rendah. sehari bayar seringgit. beli majalah pun hutang. hahaha. nama dia athirah, orang kedah. kami selalu berutus surat sampai aku masuk asrama dekat seri tanjong kuala selangor.
mak dan ayah aku lah yang selalu merasmikan surat aku. malu woi mak baca. dia ada bagi aku no telefon tapi tak pernah lah call, sekadar berutus surat sahaja. bila kejadian tsunami tu, aku takut kalau dia dah tak ada. mak aku suruh aku try call. aku call lah, berangkat. allahu. pekat kedah dia weyh. dah cakap sepatah - sepatah. tak reti nak borak. aku minta no telefon dia, senang nak contact. masa tu belum ada whatsapp lagi. jadinya kami mesej biasa. tapi tak lama. sekarang taktahu la apa cerita dia.
--
Kenangan Takkan Pernah Padam
jadi begini lah aku. selalu hidup dalam kenangan. semoga bila aku tak ada, aku juga akan hidup dalam kenangan orang lain. orang selalu persoalkan aku, kenapa kalau orang berubah sikit aku nak marah, nak emo. padahal benda kecil.
ya aku tahu lah. kecil untuk kau, tapi besar untuk aku. setiap hari aku menghitung hari tentang esok yang masih lagi wujudkah kita?
dengan bff sendiri dah bertahun kawan pun, aku kadang reti kecil hati sebab dia taknak tegur aku. asik aku je kena tegur orang. aku faham lah orang dah kawin, ada anak, ada keluarga. hmm. tapi, memang logiknya kalau dah kawin, kawan kena tinggal dekat belakang ke macammana? bukan pergi berjoli rasa muda pun, just contact maksud aku. hahah entahlah. aku tak matang kut nak mengadun hidup realiti dengan seorang dewasa.
aku terlalu budak - budak menilai rasa. selalu nak orang duduk sebelah aku. padahal orang ada hidup sendiri, dan aku ada hidup aku sendiri. aku je tak pandai nak berdikari. hhaha entahlah. payah nak kata.
aku malas kenal orang sebab orang akan tinggal aku. tinggal terus, atau tinggalkan perlahan - lahan. aku harap lepas ni aku jadi seorang dewasa yang jarang nak rasa terjauh dengan sesiapa. biar aku susun hidup sendiri tentang esok nak jadi apa. aku dah besar dan tahu nak lukis apa tentang kenangan yang akan tiba. aku tahu. aku dah cukup dewasa :)
3 Comments
pergh~ banyaknya surat
ReplyDeleteBanyak surat. Memang bila baca balik surat-surat lama kita ni menimbulkan memori.
ReplyDeletesaya punya pulak, exgirlfriends "habis kena bakar" kantoi bila wife jumpa kat bawah katil. Mengamuk sakan dia!
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.