Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

tidur lambat sikit lah harini. memandangkan petang tadi aku dijamu emak dengan hazelnut latte keluaran nescafe. manalah tahu, penangan air 3in1 mampu menahan aku dari ke-mengantuk-an. padahal waktu aku menaip entri ini, aku sudah berkira - kira mahu berbaring di atas katil dengan membaca kisah hiburan difacebook. 

kejap aku fikir. mungkin aku sudah lebih sejam di atas kerusi selepas membuka laptop tanpa menyentuhnya, sekadar menekan butang on dan dibiarkan begitu sahaja. aku sedang sibuk membelek video petang tadi di mios kitchen sewaktu menyambut hari lahir fateha, rakan sekerja. eh tiba tiba aku rasa entri ini janggal dan skema. seperti mahu menulis cerpen. hahaha. abaikanlah dan kita mulai lanjut membaca rentetan peristiwa tadi. 

Mios Kitchen Shah Alam


Semalam seharian bertanyakan google tempat menarik untuk makan selain di kfc yang terletaknya di sebelah bangunan ofis (tesco). lupa pula yang kita ada puan jannah dan puan norhaliza dimana mereka lebih arif tentang restoran mana yang best dan menarik untuk dijadikan pilihan. setelah membuat senarai dan undian dari 'ramai' pihak, mios kitchen telah menjadi pilihan. terletaknya cuma beberapa kilometer dari bangunan ofis. 

boleh dikatakan hanya sebelah ofis sahaja, bersebelahan dengan pusat zakat seksyen 13 shah alam. cuma kalau berjalan kaki, agak jauh seperti melakukan senaman ditengahari dengan terik matahari. aku dan puan norhaliza telah keluar dari ofis lima belas minit awal untuk membeli sebiji kek di tesco. sebiji kek yang dibeli di tesco dari kedai king's confectionery. pilihan kek dibuat oleh puan norhaliza; kek black forest. 

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

kami berdua tiba beberapa minit awal dari yang lain. meja kami telah ditempah awal oleh puan syuhada. setelah duduk dan menilik buku menu yang disediakan, aku dan puan norhaliza sepakat untuk meng 'order' dari pilihan menu yang sama. oh shit, aku lupa nama makanan yang dipilih. korang boleh usha harga disini > menu makanan di mios kitchen.

semua ralit memilih makanan yang akan dimakan sebagai makan tengahari masing - masing. mula - mula aku memesan air jus guava. sekali terpaksa dibatalkan atas sebab jus guava tidak ada. hanya air bergas berperisa guava sahaja yang ada. aku terus menukar pilihan air iaitu ice lemon tea; air biasa yang dipesan di kedai mamak: teh o ais limau. 

sebelum mendahului catatan, nak berterima kasih kepada puan norhaliza kerana telah menyelesaikan urusan 'surprise' kek. hahaha. terima kasih kerana mengambil tanggungjawab yang ringan ini. 

sementara menunggu makanan sampai, kami berbual 'mesra'. seramai dua belas orang turut serta dalam acara makan tengahari bersama. 3 orang dari praktikal yang telah dipisahkan tempat duduk (lupa nama), puan syuhada, puan jannah, puan norhaliza, fateha, mieza, farina, nazurah, aiman, serta alif (praktikal juga). bos utama dan bos kedua tidak ada. sibuk dengan urusan yang lebih penting. 


Lagu Birthday Berkumandang

waktu sedang leka berbual, lagu happy birthday berkumandang selama beberapa saat. mungkin menjangkau seminit dua. tak sempat aku menyanyikan lagu, lagu sudah ditamatkan dan diganti dengan lagu default yang dipasang sebelumnya. halamak. hahhaha. 

fateha seperti biasa. walaupun namanya surprise, diwajahnya sentiasa tidak mempunyai perasaan apa - apa. atau mungkin dia rasa kaku dan tak percaya. kalau ikutkan, birthday fateha semalam; pada  tanggal tiga belas ogos. semalam hanya buat ucapan mulut. tidak ada surprise apa - apa yang dibuat. kesian fateha. 

memang sudah menjadi satu kelaziman menyambut hari kelahiran kecil - kecilan untuk staf di halal academy. tidak kisah lah bagaimana atau apa cara sekalipun cara meraikannya. tujuannya cuma satu; menghargai. 

sebelum kek sampai, air kami tiba mengikut giliran. air paling 'senang' dibancuh ialah air paling lambat sampai dimeja. hahaha. kesian warm water paling akhir. 

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam
selamat panjang umur buat fateha, puan syuhada dan farina

selepas acara meniup lilin, (sebelum ini aku mahu menaip lelen tapi disedari awal dan cepat - cepat dipadamkan) makanan kami sampai. yang paling 'susah' disediakan ialah makanan yang paling awal sampai. hahaha. aku, puan syuhada dan puan jannah telah memilih kombo. apekelah  nama menunya. rujuk gambar dibawah hokayy. harganya dalam lingkungan rm50 lebih. 

makanan yang dipesan boleh dikongsi seramai 3/4 orang. kami kenyang. terdapat mashed potato, kentang goreng, salad dan beberapa kepingan ayam, daging dan kambing. aku menambah (add on) mashed potato bersama bebola daging. juga dikongsi bersama orang yang sama dan orang kiri kanan aku. boleh tahan kenyang kalau makan sorang.  

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam
mashed potato bersama bebola daging

dibawah ialah makanan yang dipesan puan norhaliza. rasanya sama sahaja dengan menu pilihan kami bezanya cuma ia dimakan oleh seorang sahaja. dan ada tambahan jagung yang sedikit lemau,  katanya. 

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam
makanan yang dipesan oleh puan norhaliza


Tempat Makan Best di Shah Alam

rata - rata kami berpuas hati dengan makanan yang dipilih. servis cepat dan pantas, tak sampai 15 minit pun makanan sampai. makanan sedap, cuma mungkin ada masalah - masalah kecil yang tak dapat dielakkan. bak kata orang; tak ada apa yang sempurna. ha gituu. 

masing - masing berniat akan datang sekali lagi membawa keluarga masing - masing. begitu juga aku. next gaji mak! hahahha. untuk harga makanan/ minuman tak ada masalah. kerana tak mahal sangat dan tak tak juga murah. sedang - sedang ajaaaa. 

kedai bersih dan kemas. pelanggan didendangkan dengan lagu - lagu inggeris sambil berbual dan menikmati makanan. lagu tak terlalu kuat sehingga menjejaskan perbualan yang sedang berlangsung. staf mesra dan cepat bertindak. 

ada pelbagai pilihan masakan western, masakan korean, pecal lele (yang tak tahu nak letak kategori apa) dan macam - macam. korang boleh google untuk lebih info tentang restoran ni. sangat disarankan bagi mereka yang mahu mencuba selera western di restoran baru; belum pernah jejak. 

kami kekenyangan. ketika mahu pulang, hujan sedang renyai - renyai turun. 

terima kasih puan syuhada untuk makan tengahari yang mewah dan sambutan hari lahir buat fateha.

buat fateha; rakan sekerja dan juga jiran sebelah. semoga panjang umur dengan kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki dunia akhirat. juga bahagia dunia akhirat. semoga kerja lebih lama di halal academy dan mendapat banyak ilmu. terima kasih sebab selalu bantu dalam urusan kerja. :) muah ciked

Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam
Sambut Birthday di Mios Kitchen Shah Alam

** gambar adalah milik puan norhaliza sepenuhnya. aku meletakkan watermark kerana ia digunakan diblog aku. huhu


Info Mios Kitchen Shah Alam
Alamat: 
1-14-1, Blok 1, Presint Alami, Persiaran Aquatic,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Tel:
011-5166 8653

Website: 
https://www.mioskitchen.com/

Instagram:
https://www.instagram.com/mioskitchen_official/ 

Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UCBMiDyfzC-P-GbyvOVmt11w




Anda haruslah melayari website eSemakan untuk mendapatkan pelbagai panduan untuk aplikasi dan review online. Tutorial yang disediakan oleh mereka adalah lengkap dan membantu. Jangan terlepas laman web yang begitu berguna

Post a Comment

3 Comments

  1. Best dapat berkumpul beramai-ramai ni... Dan nampak menyelerakan hidangan di Mios Kitchen

    ReplyDelete
  2. bila tgk gambar makanan, aduhaiiii nak jugakkk hahhaa

    ReplyDelete
  3. Serlamat menyambut Hari Lahir buat admin. Semoga sihat dan murah rezeki. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.