Kawan Makin Pergi

Kawan Makin Pergi

entri ini aku tujukan buat kawan - kawan yang makin pergi. semakin lama, semakin jauh dan menghilang. bukan nak kutuk ke apa. tapi sekadar penulisan kosong sebagai diari untuk aku baca pada suatu hari nanti. aku tak sure, kalau ada kawan aku yang akan baca. tapi ya. ini untuk kau. aku nak tulis nama, tapi. haahhaha. takpayah la. kalau kau terasa, maknanya kau la. 

aku ada kawan yang rapat dengan aku di zaman sekolah dan zaman belajar. tahun berganti tahun, aku perasan, hubungan makin renggang. nak jumpa jauh sekali. samaada atas faktor keluarga atau busy dengan aktiviti masing - masing sehingga tak ada ruang untuk aku. 

Raya

okay aku mulakan. sebelum raya haritu, aku sengaja tak wish sapa - sapa. dan ada beberapa kawan rapat aku wish aku. sebab aku nak tengok, siapa yang ingat dekat aku. so aku nampak dah dekat situ. 

so, ada sorang tu. aku wish selamat hari raya. dia tak reply. aku ingat dia tak online. lepastu aku check, oh 5 hari dia tak online fb. hahha. lepastu, dia update status di whatsapp. guess what? dia memang sengaja ignore whatsapp aku (aku rasa lah). sebab sebelum - sebelum ni pun dia memang selalu sangat ignore whatsapp aku. tunggu lah setahun kemudian kalau dia rasa dia nak whatsapp aku, baru lah whastsapp aku yang dia belum baca tu dia 'baca'. 

Kawan Makin Pergi

kisah yang kedua pulak, manjang cakap 'tak sabar nak lepak dengan kau' dan bla bla bla. at that time, bila orang ajak lepak ada je alasan. tup tup update ada dekat kl. hahahhaha. yang ni suka sembang lebih. banyak kali kena perli tapi dia cakap lagi 'tak sabar nak lepak sama'. yang ni lelaki. hahahha.

OpenHouse

yang ketiga, aku tertengok story di instagram. buat makan - makan. semua kawan dia aku tak kenal. tapi aku dengan dia rapat (lupa bagitahu, dia lelaki). aku tau, dia akan fikir aku takkan pergi so buat apa nak jemput aku kan? entahlah. 

yang keempat, kawan universiti satu sem. aku ternampak kawan aku post dia pergi openhouse ex classmates. dulu kita rapat. tapi, kawan aku ni sekarang cuma kawan dengan aku dan dia. dia dah tak kawan dengan aku, dan aku pun tak kawan dengan dia. sekadar like post di media sosial. yang selalu tegur - tegur pun cuma aku, bukan dia. yang pernah ajak lepak pun aku, bukan dia. alasan sama, 'busy'. tup - tup bergambar sedang melepak dengan kawan. yang ni perempuan. 

aku selalu anggap kawan aku adalah kawan aku. tapi kawan - kawan aku, tak pernah anggap aku kawan. sedih kan hidup aku? aku tak pernah ada dalam hidup diorang. 
kawan makin hilang makin jauh. akhirnya kita semua mengambil keputusan untuk tak perlukan sesiapa. cukup kalau diri sendiri ada untuk berdiri (termasuk keluarga). atau setidaknya pasangan hidup mati. entah. 

aku.

akan ada satu hari dimana aku akan buang semua kawan - kawan rapat aku dan malas nak ambil tahu. aku cuma nak berkawan dengan orang - orang yang tak rapat biar kalau nak hilang atau pergi tak terlalu rasa kesan yang dalam. 
aku tak kecik hati, aku dah biasa. haahhahaha. saja lah luahkan perasaan. takut nak cerita karang, takde yang sudi nak dengar. 

Post a Comment

3 Comments

  1. singgah ptg
    x pe sekadar luahan

    ReplyDelete
  2. Faham je kalau ada jenis kawa2 macam ni. Yg cari kita bila perlu pun ada juga. Tapi nak buat mcm mane, itu pilihan dia :')

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.