Selamat Hari Raya 2019


Hari Raya Disambut Gembira
baju raya hari pertama

masih sempat lagi rasaya, kalau aku nak ucap selamat hari raya dekat sekalian pembaca. tahun ni aku beraya di kuantan, sebab tahun lepas dah beraya di shah alam. keluarga aku mengamalkan sistem selang seli sejak dulu. jadi tak ada pergaduhan yang melibatkan isu giliran dan sebagainya. tu kisah emak dan ayah. nanti kisah aku pulak, entahlah bagaimana pula. semoga suami aku nanti memahami. cewah. hahhaha

Berjaya Beraya dengan Bahagia

sebulan sebelum raya aku mengalami sakit gigi yang tak kronik. hujung - hujung puasa sengaja aku nak test kekuatan gigi kiri aku. ternyata nyilu mencucuk. padahal makan kuih raya je. sehingga akhirnya, aku buat keputusan untuk menggunakan gigi kanan sahaja sepanjang hari raya berlangsung. hasilnya sangat bahagia. aku makan daging dan ayam tanpa perlu takut gigi meragam.  

Hari Raya Disambut Gembira
gambar keluarga yang akhirnya 'sempurna'

selepas habis bersalaman keluarga, aku memaksa keluarga aku bergambar diluar buat kenang - kenangan. kalau tak buat macamni, alamatnya setiap kali habis raya bapak aku, terutamanya akan 'menyesal' tak de gambar raya keluarga. begitulah setiap tahun. sengaja aku lukis adik aku sebab dia bekerja pada musim raya. 'sempurna' gambar raya tahun ni. hahahahha.

Hari Raya Disambut Gembira
ni gambar adik - adik aku yang selalu menyakitkan hati
semua ada perangai yang tak boleh dibawa bincang. dari sebenar - besar adik sampai la yang paling kecil tu. nampak kecil, tapi macam kucing garang. itulah, sorang tak ada. lupa nak tambah. 

Sepupu Yang Tak Cukup Bilangan

Hari Raya Disambut Gembira
yang paling kanan tu anak makcik aku, adel namanya.
tengok rambut dia, kepok kepok. cantik je. hahaha. dia ni kalau raya, baju mengalah kan model. cantik dan macam - macam design dia ada. kalau masuk model cilik mesti dapat nombor. dulu masa dia ni kecik, memang taknak dekat orang langsung, ni dah besar sikit okay dah. 

Hari Raya Disambut Gembira
sepupu baya - baya aku. 
 sepupu perempuan yang umur bawah aku, tak de gambar. lupa la. next year lah eh?

Hari Raya Disambut Gembira
ada lagi sebenarnya. tapi yang ni cuma yang ikut beraya je

Kanjo di East Cost Mall, Kuantan

disebabkan adik aku yang laki tu tak ada, jadi aku ada lah peluang untuk berkanjo dengan sepupu aku yang lain. sebab kalau dia ada, memang dia tak kasi aku ikut. bapak kedekut. dah bertahun - tahun benda ni jadi dekat aku. sedih :( hahahhhaa. yela, aku tak ada kereta. sepupu dengan adik sendiri palau. aku ingat kawan je buat aku macam tu. rupanya orang terdekat pun sama, tak guna. hahahahahhaha. 

Hari Raya Disambut Gembira
lepaks mamak

mula - mula ingat nak tengok movie men in black. tapi apakan daya, movie belum keluar. jadi, kita semua sepakat tengok cerita godzilla. sebelum movie start, kita semua lepak mamak sembang kosong. ramai juga rupanya east coast mall walaupun baru raya kedua. mengalahkan tak raya. 

Hari Raya Disambut Gembira

aku taktahu nak rate berapa untuk movie godzilla ni. sebab bagi aku, movie ni macam ultramen doh. serious. hahhahaha. lawak pun ada. lawak bukan sebab ada adegan lucu, tapi sebab 'watak' yang ada dalam movie ni. 

Tragedi Kasut Hilang

balik dari east coast mall, aku letakkan kasut 'raya' yang tak berapa nak raya dekat rak kasut. esoknya aku akan pulang ke shah alam. memang aku langsung tak check keberadaban kasut aku, sehinggalah tiba untuk aku pakai kasut (waktu nak naik kereta). waktu ni aku perasan kasut 'raya' aku dah tak ada dekat tempat asal. dan kasut putih aku bergelimpangan di bawah.

aku ingat kasut raya aku turut jatuh. rupanya tak. tak ada terus. makjang aku sedang leka melayan tetamu. sambil bertanya "ja, jumpa tak kasut awak?". masa ni aku terbuat muka. hahahha aku buat muka sebab barang aku hilang.

untuk pengetahuan semua, walaupun barang aku harganya cuma rm5, aku tetap akan sayang. sebab barang aku kan. actually, harga kasut yang hilang tu cuma rm15 je beli dekat times square dengan tasya tempoh hari. disebabkan aku dah guna kasut tu berminggu - minggu, lepastu tiba - tiba hilang. aku bengang la. padahal aku letak dekat rak kasut. bukan dekat longgokan kasut orang. kalau dalam longgokan, aku percaya kasut hilang memang akan jadi. dah la ni kasut kerja aku satu - satunya. 

berbalik kepada makjang aku. bila barang hilang yang dicari tak jumpa, aku akan menangis. dah kasut hilang kan, pastu makjang aku tanya - tanya. dah ada tetamu dia masa tu. hahaha. aku terbuat muka + jawab macam marah sebab aku hampir menangis. 

jadi, "makjang, aja minta maaf ya. tak sengaja".

Kasut Baru

Hari Raya Disambut Gembira

akhirnya, dengan hasil kutipan duit raya aku beli kasut baru. ada less 50% di XES Shoes. cantik pulak tu. aku pun beli jela. alhamdulillah. selamat berkhidmatan kasut baru saya ! semoga awak dapat jalankan kerja awak dengan baik sepanjang 'bekerja' bersama saya. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Tragedi2...adoi..hehe... Salam aidilfitrii....
    Betul..gambo family wajib ada.... Takde full...selfie pun okkk

    ReplyDelete
  2. Meriah sakan beraya...enjoy..swmpat lg tgk wayang..(^0^)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.