Hello Tokyo Sayonara Malaysia

Hello Tokyo Sayonara Malaysia

Kota Metropolitan Tokyo 

Kalau korang rasa KL dah sibuk dan padat dengan pelbagai tarikan menarik, kota metropolitan Tokyo adalah 100 kali ganda lebih daripada ini! Apa yang menjadikan bandar ini unik adalah bagaimana sebuah kota boleh menggabungkan kesemua elemen moden, trendy, futuristik dan era lama dalam satu bandar yang sama? 

Kota yang meriah dengan pelancong yang datang daripada pelbagai sudut dunia ini juga masih memiliki kawasan tarikan yang tersorok dari mata pelancong dengan atmosfera menarik dan padat dengan peninggalan lama, tapi di mana? 

Nak tahu? Sebelum tu korang kena book cheap flights to Tokyo di Traveloka dulu sebabkan kat sini korang boleh buat perbandingan harga. 
 Kenapa bayar lebih? Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Korang perlu baca senarai ini satu persatu untuk mengupas sedikit demi sedikit tentang tarikan-tarikan yang terdapat di kota ini. Hati-hati, keinginan untuk ke Tokyo tak akan dapat ditahan sebaik habis baca artikel ni. Tak percaya? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Tokyo.

Senso Ji 

Hello Tokyo Sayonara Malaysia

Senso Ji adalah sebuah tokong Buddha yang terletak di Asakusa. Tokong ini merupakan antara tempat penyembahan yang paling berwarna-warni dan terkenal di Tokyo! Jangan terkejut, tokong ini juga sebenarnya adalah tokong yang tertua di Tokyo, ianya siap dibina pada tahun 645! Betapa tuanya usia tokong ni kan? Untuk menuju ke kawasan tokong ini, korang akan melalui shopping street yang berkepanjangan 200 meter yang digelar Nakamise.

 Yayoi Kusama Museum 

 Yayoi Kusama Museum adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk seorang seniman Jepun yang cukup terkenal dengan rekaan designnya yang bermotifkan polka dot. Yayoi Kusama merupakan seorang wanita yang dilahirkan pada tahun 1929 di Nagano. Beliau telah mula melukis sejak kecil lagi dan apa yang dihasilkannya merupakan corak-corak yang terbayang di fikirannya sendiri. 

Bukan calang-calang, ketika berusia 27 tahun, beliau telah berpindah ke US dan berjaya mencipta nama di sana. Salah satu karyanya yang pernah terjual adalah bernilai 7.1 juta pada tahun 2014, ini juga merupakan bayaran tertinggi pernah diterima untuk seorang karyawan wanita yang masih hidup. Nak selami dunia karyawan hebat di Jepun ni? Korang boleh lawati muzium ini, namun tiket perlu dibeli dengan awal secara online untuk menempah slot waktu.

Shinjuku Gyoen National Garden 

Hello Tokyo Sayonara Malaysia

Shinjuku Gyoen National Garden adalah salah satu taman yang paling besar dan terkenal di Tokyo. Terletak hanyalah beberapa tapak dari Shinjuku Station, taman dengan kemasukan yang berbayar ini menawarkan kawasan yang cukup luas dan mendamaikan untuk diterokai. Taman pun berbayar? Kalau korang tahu nilai sejarahnya serta betapa indahnya pemandangan di dalam taman ini, korang mesti tak akan berfikir 2 kali. 

Shinjuku Gyoen National Garden sebenarnya telah wujud sejak zaman Edo (1603 – 1867) lagi yang pada awalnya merupakan tempat tinggal para bangsawan. Kawasan ini kemudiannya dijadikan taman botani sebelum diberikan kepada keluarga Diraja pada tahun 1903. Namun begitu, ketika Perang Dunia Ke-2, taman ini hampir musnah secara keseluruhan dan kemudiannya dibaikpulih sebelum dibuka kepada orang awam pada tahun 1949. 

Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Taman Lanskap Jepun, Taman Perancis dan Taman Lanskap Inggeris. Antara waktu yang paling best untuk melawat taman ini adalah dari pertengahan Nov ke Dis ketika musim luruh untuk melihat perubahan warna daun yang cukup mengujakan pandangan. 

Ginza Six 

Kalau di Malaysia, korang boleh shopping sepuas hati di 1 Utama, tapi kalau di Tokyo, Ginza Six adalah lokasi shopping yang 2 ke 3 hari pun tak semestinya dapat habis pusing. Di dalamnya terdapat 241 brand berbeza untuk pakaian, seni, kosmetik dan macam-macam lagi. Untuk merasakan keseronokan luar biasa semasa berada di shopping mall ni, sediakan duit yang tebal atau kad kredit paling power. 

Dalam banyak-banyak kedai yang ada di mall ni, jangan lepaskan peluang untuk melawat Tsutaya Books yang terletak di tingkat 6 mall ini. Kedai buku ini menawarkan bukan sahaja bermacam buku tapi juga turut memiliki ruang pameran dan galeri seni! AKu nak suggest kat korang pergi ke online Singapore Airlines Promotion di Traveloka supaya korang boleh dapat promotion yang berbaloi. Amacam? Tertarik nak pergi Tokyo? Buat tempahan tiket segera!

Post a Comment

1 Comments

  1. Mmg seronok melancong di Tokyo. Kalu bershoping xbp sngt..Mahal.. tp kalu melancong mmg best..lbh lg naik pengangkutan awam mereka. Mmg terbaik.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.