A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

setiap bulan, althea tak pernah gagal surprise kan aku dengan kotak warna merah jambu. aku lah orang yang paling setia menerima kunjungan dari abang posmen. sebab aku kan receptionist. hahahha. jadi, setiap parcel yang sampai memang akan 'jumpa' aku dulu. kali ni, althea memperkenalkan produk rangkaian terbaru yang diberi nama a'bloom. 

Produk A'Bloom dari Althea


antara produk tersebut ialah:
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs

aku tak tahu lah, tapi produk althea memang tak pernah comel. dia punya comel tu sampai rasa sayang gila nak guna. contohnya packaging ni. aku rasa mesti wujud orang yang kumpul packaging macam ni. sebab sayang nak buang.

okay mari kita mula membedah a'bloom, produk rangkaian dari althea.

A'bloom Mask Sheet

a'bloom mask sheet didatangkan dengan empat pilihan variasi. iaitu, a'bloom moisturizing watermelon mask sheet, a'bloom nourishing avocado mask sheet, a'bloom brightening lemon lime mask sheet, dan a'bloom anti-blemish peach mask sheet. semua perisa buah - buahan. suka tak? perempuan ni dia selalu je ada banyak masa terluang sebelum tidur. jadinya sebelum tidur jangan lupa pakai mask sheet a'bloom ni. 

harga: rm2/sheet & rm15 untuk 10sheet.

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

kelebihan: ekstrak tembikai bagi memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit untuk kelihatan lebih segar. lavendar untuk memberi bauan yang tenang 


A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

kelebihan: menyuburkan dan melindungi kulit serta mencegah kedutan. avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar. 



A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

kelebihan: mengawal minyak pada kulit, menyingkirkan sel kulit mati, dan mengimbangi kelembapan pada kulit muka. 



A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

kelebihan: mencerahkan kulit, mengurangkan bintik hitam, melindungi kulit dari sinar uv.



A'bloom BHA Blackhead Blaster

bha blackhead adalah produk yang sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan blackhead, whitehead atau kulit mati. didatangkan dalam bentuk stick yang senang dan mudah dibawa kemana - mana sahaja. mengandungi willow putih, arang, biji aprikot dan minyak daun teh untuk penggunaan skrub ke atas muka tanpa rasa sakit. 

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

cara penggunaan: cuci muka sehingga bersih dan bilas dengan air suam untuk membuka liang pori pada muka, gosokkan bha blachead blaster disekitar wajah, bilas dengan air suam. siap! 

harga: rm16



A'bloom Meringue Puff

a'bloom meringue puff juga didatangkan dengan dua variasi. 'giant' dan 'baby'. dua dua comel wey. lembut je. hahaha. digunakan untuk foundation atau ratakan concealer. ada orang suka guna brush, ada orang suka guna span. jujurnya aku memang tak reti guna brush. sebab macam tak sekata. 


jadi, meringue puff ni akan mudahkan kerja aku. buat masa sekarang aku cuma ada satu sahaja span. itulah yang digunakan untuk foundation, itulah juga yang aku guna untuk shape kan muka aku. dah bercampur aduk. 

A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs

A'Bloom Rangkaian Terbaru Althea

cara penggunaan: boleh digunakan secara kering atau basah mengikut kesesuaian kesan pada muka. 

harga: rm8/1pc (giant)  dan rm11/3pcs (baby)



Info Althea 
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/ 
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/ 
Website : https://my.althea.kr

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.