Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

Hari Kedua di Pulau Pinang


hari kedua di pulau pinang, tak ada hujan. sedangkan dalam media sosial penuh dengan viral ribut di sekitar kuala lumpur dan purajaya. kami masih menikmati hari - hari indah di pulau pinang dengan tenang. malam tenang. pagi esok bangun, jalan basah. tahulah kami, semalaman hujan turun tapi kami tak sedar.

Roti Canai Gemas Road

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

sarapan hari kedua di roti canai gemas road. walaupun ramai orang, tapi tak perlu menunggu lama untuk mendapat tempat duduk. pekerja di sana alert dengan kehadiran pelanggan yang memenuhi ruang menunggu di depan kedai. 

menu special disini ialah roti canai special yang mempunya dua variasi iaitu ayam dan daging. aku memilih ayam. special sebab ada telur mata dan cheese. sedap weyh. sedap! aku tak tipu. kalau nak banding dengan hari pertama tu, ini jauh lebih baik. aku bagi 4.5 bintang. tak boleh bagi lima sebab terlalu sempurna. 

gabungan cheese, telur dan ayam tu sangat membantu selera aku pagi tu. kari dia sedap tau. bukan besher besher. 

Penang Hill - Bukit Bendera

dah kenyang makan? kami berangkat ke bukit bendera. untuk hari kedua, kami menggunakan grab car. sebab setiap point mempunyai jarak yang agak jauh. duit pun masih ada lebih. hehe. jadi kami manfaatkan duit lebihan yang ada untuk tidak merasa penat. 

langit panas, cuaca sangat baik. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

waktu beli tiket tu tak nampak sangat pun ramai orang. kaunter tiket tu hambarudin je. sekali dah beratur dekat dalam, hamek kau. haaa. panjang juga lah barisannya. nasib baik air cond kuat. takde la rasa penat. pulau pinang panas tau. ni first time sampai bukit bendera. 

jakun sikit naik train naik atas tu. sebab laluan dia 'mendaki'. telinga dah pekak sebelah sebab naik tempat tinggi. fadhilah dan ainul memang bawa bekal payung takut panas matahari. selamat boleh berteduh. 

paling struggle bila nak ambil gambar dekat kunci mangga banyak - banyak tu. panas dia, fuh ~ 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

walaupun panas, gambar mesti boleh pergi jauh. terima kasih fotografer tak berbayar, fadhilah. aku mencari juga kerusi yang orang selalu ambil gambar. tak jumpaaaaa. lepas bergambar di kawasan mangga yang dipenuhi cinta expired, aku dan kawan - kawan ke tempat lebah dan rumah 7orang kerdil. 

aku tak bergambar pun dekat rumah orang kerdil tu. tak besh. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

sebenarnya dekat bukit bendera ni memang banyak gila gambar. tapi ini jelah yang aku masukkan. hahaha. banyak - banyak nak pergi mana? ye dak. 

Penang Road Famous Chendol

dah tengahari panas, kami menuju ke penang road famous chendol pula. masih sama, dengan menaiki grab car. rupa - rupanya chendol ni dekat je dengan area hotel. takla dekat, tapi dekat juga. hahahah. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

beratur panjang juga, tapi aku tak makan pun. tak selera la. sebab aku bukan peminat chendol. aku rasa sikit isna punya chendol. not bad. cuma aku pelik, apa yang sedap sangatnya chendol ni. besher besher je. huhu. beratur panjang pun sebab viral je kot? 

tak habis dengan chendol, kami menuju ais tingkap pula! 

Ais Tingkap

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua'

aku tak tahu apa menariknya ais tingkap ni. mungkin kalau nak nampak retro, kena order yang jenis ikat tepi. baru nampak rare gitu. aku rasa ia cuma sirap biasa ? yang ditambah perasa macam strawberry mungkin? lepastu ada biji selasih. mungkin itu istilah untuk 'serbat'. hahahha. ke hape tah sebutannya. aku lupa. aku tak order pun ais tingkap ni. 

aku order lemon laici. lebih lega tekak waktu panas - panas. 

Pasar Chowrasta

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

time to shoping ! kami ke pasar chowrasta. lepastu singgah jeruk pak ali. tempat wajib kan? banyak juga lah aku beli. dan beban waktu nak balik. hahah berat oi! dekat pasar chowrasta ni diorang memborong baju, sakan. aku tak beli pun. sebab tak minat. * padahal duit dah habis beli jeruk. huhu.

Makan Tengahari di Deen Maju Nasi Kandar

orang cakap deen maju nasi kandar ni berhantu. ye ke? hahaha. waktu membeli belah di jeruk pak ali, aku dah serabut kepala nak kena beratur. sebab fadhilah cakap, ramai orang. grr.

sekali sampai, memang terbukti ramai. beratur sampai ke luar. aduhai malas la. lama juga la beratur panas - panas kat luar tu. rupa - rupanya, beratur lama dekat luar bukan sebab ramai pun. tapi sebab dia macam stuck dekat tempat nak ambil makanan. 

dalam kedai banyak je kosong. aku ingat full pack. huhuu

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

jadi ini lah marketing strategy ye. kalau nak buka kedai, pastikan jaga sorang je dekat bahagian makanan. biar lambat - lambat sikit. kalau sedap, lagi panjang orang beratur. makanan dia not bad. tapi entahla. biasa - biasa jela. bukan peminat mamak pun. jadi memang tak boleh nak kome banyak pun. hahha nanti korang ke sana jangan lupa singgah deen maju ya? 

Gani Famous Pasembur

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

orang cakap, datang pulau pinang antara makanan wajib yang perlu rasa ialah pasembur. nah! aku dah rasa, boleh tahan juga. kedai ni dekat dengan padang kota kalau tak silap. lepas je beli, terus gerak pantai bukit feringgi. ainul mengidam katanya.

Pantai Batu Feringgi

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Kedua

dari gani pasembur nak ke pantai batu feringgi memang kena naik grab car. dia punya jauh tu. 30km - 40km juga. sampai di sana dalam jam 6 lebih nak pukul 7 juga. menikmati pantai dan bergambar. sampai manghrib baru kami pulang.

jadi itulah aktiviti hari kedua kami.

bajet hari kedua (makan sahaja)
gemas road; roti canai ayam + teh ais = rm10
penang road ; chendol = rm3
ais tingkap = rm2.50
deen maju ; nasi kandar + teh o ais limau = rm10
total : rm25

untuk total, tunggu ni akhir entri okay? takecare.

hari pertama di pulau pinang
hari kedua di pulau pinang
hari ketiga di pulau pinang

Post a Comment

2 Comments

  1. roti canai Gemas Road lagi okay dari Transfer Road punya. better la..
    kedai pun kemas sikit. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dan lebih sedap kalau nak bading dengan transfer road.

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.