KMY KMO
Dari mana lahir dari mana hadir
Dari mana asal semuanya ditinggal
Dari yang di zahir hingga tak dipamer
Dari langkah awal hingga paling afdal
Dari lubuk hati hingga lubuk akal
Dari langkah abdi menuju jalan amal
Ramalan amalan jangan diramalkan
Amalkan amalan mengenal asalkan
Demi mu kekasih terawal terakhir
Aku musafir membawa musafir
Tenangkan jiwa jauh dari khuatir
Kudrat belikat diganti pepasir
Bekalan bersama nanti disana
Inderaloka firdausi miliknya
Hasil berkais saat di dunia
Hasil ku kalis dunia paranoya
Yang sukar itu pasti ganjaran cinta hakiki
Saat diuji bertubi tandanya kasih sejati
Syukur masih ada engkau yang sudi terus perhati
Gerak geri dari masa lampau hingga kini aku menghampiri
uah
dari mana datang
tumpuan tujuan hanya itu
dari yang datang itu
itulah tumpuan ku
dari yang selamat
pulang atau pergi kembali
yang itu dikemudi ku
semurni cahya hati
saat fajar membangkitkan jiwa ku dari kamar bermalam
saat kelopak mata mata ku terbuka dari terpejam
susuk tubuh pun sedia siaga
untukku terus uruskan sesiapa
dari mana datang
tumpuan tujuan hanya itu
dari yang datang itu
itulah tumpuan ku
dari yang selamat
pulang atau pergi kembali
yang itu dikemudi ku
semurni cahya hati
untukmu kekasih abadi
demi mu kekasih sejati
dari mana datang
tumpuan tujuan hanya itu
dari yang datang itu
itulah tumpuan ku
dari yang selamat
pulang atau pergi kembali
yang itu dikemudi ku
semurni cahya hati
kmy kmo
dari yang paling mahmudah
hinggakan yang paling mazmumah
ku sekatakan serata
mekar bak bunga bunga mawaddah
untuk dibawa pulang
serap raikan cinta kekasih
hingga semua menyebar
rindu mereka
jadi kekal masih
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.