aku rasa sejak akhir - akhir ini, eh tak . bukan akhir - akhir ini, tapi dah lama sangat aku menghadapi sindrom ni. aku penat lah. perasaan ni setan betul kacau - kacau aku. hmm. aku rasa dada aku nak pecah pada setiap kali benda ni datang menganggu mata dan diri aku. aku cuma rasa nak 'mati'.
aku tak boleh tengok orang bahagia. bukan sebab dendam ke apa. tak. maksud aku ialah aku tak boleh langsung tengok orang post gambar kahwin. gambar kebahagiaan selain dari gambar kawin aku is okay. tapi bila orang kongsi gambar nikah ke sanding ke, aku sakit. sakit rasa nak menangis. aku putus asa nak hidup tiba - tiba.
sejak dulu lagi aku perasan benda bodoh ni wujud dalam diri aku. kenapa???
sumpah lah penat. mungkin aku terlalu memikirkan keadaan aku yang serba tidak ada dan serba tidak cukup sempurna. aku rasa yang aku ni takkan kawin sampai bila - bila. memang aku pernah ajar diri aku, jangan susah kan diri sendiri fikir pasal kawin kalau aku sendiri pun tak berduit, takde rupa, takde kerja. jangan.
tapi sebagai manusia biasa, yang tuhan letak rasa dalam jiwa. aku selalu rasa putus asa. putus asa untuk fikir bila masa tu akan tiba. adakah penantian aku nanti akan sekadar sia - sia sebab tuhan dah tulis jodoh aku bukan di dunia?
aku tahu, takdir tu boleh berubah dengan doa dan usaha. tapi yang memilih aku kan orang lain. tuhan juga kena buka jalan dan pintu untuk dia bagi aku masuk. semuanya kerja tuhan kan. bukan manusia. mungkin kalau aku usaha dan doa berlebih - lebih tuhan kabulkan. ah entahlah ~
dalam masa yang sama, aku juga takut untuk ada lelaki. sebab takut tak mampu nak jaga hati dan hidup orang. tapi aku sakit tengok orang share gambar kawin. dan aku sebenarnya paling tak suka pergi kenduri kawin kawan. mungkin sebab tu, tuhan meng - hadkan aku untuk ada pada majlis - majlis kawin kawan lain. sebab taknak aku tambah luka ?
aku tak tahu apa aku nak sebenarnya. mungkin aku tak suka orang share gambar nikah/ sanding sebab aku tahu aku takkan melalui perjalanan macam tu kot. aku akan rasa sesedihnya. seolah - olah itu macam pengakhiran hidup aku. dan benda ni akan menghantui aku sebelum tidur.
dikhuatiri bantal aku akan selalu basah sebab sedih sangat mengenang hidup yang tak macam orang lain. entah.
penat.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.