dalam satu bulan, ada satu atau beberapa hari yang membuatkan aku macam orang tak ada arah. macam dua hari lepas. gila. tiba - tiba je aku macam mintak ruang untuk menangis. balik dari kerja, aku baring. on handphone. sambil menangis. motif sangat.
Menangis Tanpa Sebab
masa tu memang aku paksa diri aku cari sesiapa je untuk borak. aku update dekat status, then ada lah dua tiga orang yang komen and orang tu offer diri untuk call aku. borak biasa. tanya da makan, sihat, buat apa. ada lah lagi. tapi perbualan kosong.
bila dah nak maghrib tu, aku yang cakap lepas isyak nanti text la. orang yang call tu cakap, 'okay. assalamualaikum. bbye'. aku nangis lagi bila dengar 'bbye' . aduh lawak.
lepastu habis call aku sambung nangis.
sampai pukul 8 malam baru aku bangun dan mandi. lepas tu aku makan. aku tak tengok tv terus masuk bilik baring, sambung menangis. macam - macam dalam otak aku. macam - macam dalam fikiran aku. bestnya kalau waktu - waktu macam ni, ada seseorang yang boleh aku call semata - mata dengar aku nangis.
Ingin
maksudnya orang yang bila aku call masa nangis, dia akan tenangkan aku. dia tak perlu cakap, maybe ~ sekadar dengar aku menangis. sampai aku rasa puas. lepastu borak macam biasa. dengar aku membebel.
tapi tu impian bodoh. kau tahu? aku ada kawan yang boleh macam ni. tapi dia perempuan. hahah. ada bff aku yang perangai macam ni. dia call aku semata - mata nak dengar dia nangis. habis dia nangis, baru kita borak panjang. tapi aku tak reti lah nak buat macam tu dengan bff. aku rasa kelakar. aku nak 'lelaki'. hahahhahahahah bodoh.
sebenarnya, aku nak ada boyfriend. macam aku ada bff. tapi pangkat dia as boyfriend. masalahnya aku ni apa je. umur aku 23. kawan lelaki aku boleh kita pakai jari. hmm
2 Comments
semoga terus kuat
ReplyDeleteKeren... saye suke sangat
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.