sabtu yang lepas bersama kawan setia, aku telah ke arts and lights @ southville city. sebelum ulas panjang, aku nak bagi rating sebanyak 1.5/5. wow. amazing tak geng? hahahha. aku bukan nak burukkan, tapi kenyataan.
semua yang kau baca atau # di instagram atau facebook propa belaka. kalau kau nak tau perasaan aku tu bagaimana, kau harus sendiri datang dan rasakan pengalaman sia - sia kau ke sana.
Bergembira di Arts and Lights @ Southville City
tempat ni sesuai untuk semua peringkat umur dan semua golongan. aku difahamkan untuk masuk ke sana percuma. cuma kau kena daftar/ membuat tempahan tiket di laman web yang telah aku nyatakan pada baris akhir bahagian info. setiap hari telah dilimitkan sebanyak ? orang. aku kurang pasti yang itu.
kalau kau suka bergambar, ini memang tempat 'terbaik' untuk memotret sebilangan gambar. kenapa? background lawa. ada beberapa kubikel yang disediakan. dan setiapnya mempunyai tema tertentu. aku ada masuk 2/ 3 kubikel untuk merasai pengalaman.
jangan risau, dalam entri ini tak ada satu pun gambar yang aku sertakan. korang boleh ke instagram mereka untuk mengetahui lebih lanjut.
kenapa tak nak letak dalam entri? sebab aku rasa macam, malas. aku ada post satu dalam instagram aku. kau tengok la. aku, adik aku dan tasya lebih banyak luang masa di luar. diluar lebih lawa.
antara gambar yang diabadikan sepanjang di sana.
aku harap kita akan kekal kawan sampai bila bila tasyasomad |
acah - acah model sikit. mana tau ada orang nak ambil jadi model. amin ~ |
ini adik aku. |
tasya pun model juga. model tak berbayar. |
Food Trucks
ini antara food trucks yang terlibat dalam acara arts and lights. aku tak makan kat sini. aku tak ambil tahu tentang harganya. mungkin tak mahal sangat. aku kurang pasti. disana, kalau kau penat menunggu atau mahu bersantai - santai, kau boleh ambil ruang di tengah - tengah untuk berbaring atau beristirehat selayaknya.
Bad Review Arts and Lights @ Southville City
see? apa yang kau tengok dekat video atau gambar semua propa. sumpah! aku ingat aku cuma perlu beratur sekali dan setiap laluan memiliki kubikel dengan tema masing - masing. tapi kok ternyata tanggapan aku salah.
disana, untuk memasuki setiap kubikel kau harus beratur dan mengulangi lagi pada kubikel yang lain jika kau mahu menikmatinya. kau bayangkan. setiap kubikel punya barisan yang panjang. aku bagi kau contoh. kubikel 1 = kau perlu tunggu 5 minit atau lebih. lepastu baru kau dapat tangkap gambar dalam masa 2, 3 minit kot. lepastu kau beratur lagi untuk 5 ke 10 minit seterusnya.
bayangkan untuk 6 kubikel x 5m = 30m. itu pun kalau 30minit lah. tak ada yang buat perkongsian mengenai barisan yang panjang.
aku ke sana dengan menaiki KTM. berhenti di ktm bangi/ ktm ukm. disebabkan itu pertama kali aku kesana, aku menggunakan perkhidmatan mycar. aku masukkan destinasi 'Southville City @ KL South Bangi'. cuba teka dia sampai mana?
sampai tol weyh. tiga kali tau lalu jalan sama. 30 minit dalam mycar. aku sampai cakap dengan abang tu, 'takpelah bang. berhenti jela mana- mana.'
aku dm @artsandlights haram tak jawab. deme read je. atleast, reply la walaupun dah 10 jam berlalu. ye dak?
aku tahu, dorang buat arts and lights ni sebab nak tarik pengunjung sekaligus nak mempromosikan rumah - rumah di sana. tapi, ha entahlah. menyesal datang. nasib baik gambar persis model. hmmmm. siapa yang perlukan perkhidmatan model, boleh ambil aku . hahahhaha.
kesimpulannya, kalau kau rasa kau sanggup beratur lama untuk sekeping gambar. silakan pergi dengan senang hati :)
Arts and Lights @ Southville City
Southville City @ KL South Bangi,
Taman Teknology Mint, Bangi, Selangor.
instagram: @artsandlights
website: www.artsandlights.com.my
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.