Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Saja nak kongsi pengalaman makan domino's pizza yang baru tu. Ala yang ala korean tu dia punya rasa. Ha Samyeang Beef Pizza, Samyeang Chicken Pizza, dan Samyeang Tuna Pizza. Tak lupa juga Ayam Haseyo yang meletops. Korang pernah rasa tak? 

3 jenis pizza dan Ayam Haseyo ni memang letak sos samyeang. Sos samyeang ni memang terinspirasi dari kombinasi Korean iaitu manis, 'tajam' dan pedas. Pernah makan maggi samyeang ramen? Walaupun pedas berdenyut lidah, tetap juga kau nak nak sumbat maggi tu kan? Padahal air mata dah laju turun. 

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Sos Samyeang Dominos Pizza

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Macam tu juga lah pizza dominos yang baru ni. Haritu makan sebelah akak ni, nangis dia. Sambil makan, sambil lap air mata. Kesian betul. Masa makan tu tak rasa sangat. Bila pizza tu dah habis nak sumbat suapan yang seterusnya, masa tu lah. Uihhh. Tak tahan. 

Tapi nak banding pizza dominos yang letak sos samyeang ni dengan maggi samyeang ramen, yang tu lagi pedas gila! Pizza ni ala kadar je. Hehehe.

Korang yang memang acah - acah kpop ke, kaki korea ke, kaki pedas memang patut cuba. Tengok boleh pergi ke tak makan pizza dominos Samyeang Pij-ja yang baru ni. Oh tak lupa juga kepada promosi Super Tuesday dimana korang boleh dapatkan pizza dominos Samyeang Pij-ja bersaiz peribadi dengan harga RM3.90 sekiranya membuat tempahan secara atas talian. Atau bawa pulang pizza dengan RM4.90 jika membuat tempahan di kaunter.

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Pada korang yang berkenan sangat dengan sos samyeang ni, boleh lah beli dengan harga RM19.90 untuk setiap 500ml bagi pembelian pizza domino's ala carte. Kalau nak beli sos samyeang sahaja harganya cuma RM24.90. *sementara stok masih ada.

Masak Menggunakan Sos Samyeang

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Alang - alang dah merasa pizza dominos Samyeang Pij-ja, korang boleh cuba resepi resepi melayu + korean. Bagaimana? Hanya menambah sos samyeang dalam masakan dengan menggantikan sambal secara keseluruhan atau letak beberapa sudu sebagai penyedap rasa. 

Diingatkan sos samyeang adalah kombinasi dari perisa manis, tajam dan pedas. Mungkin boleh buat tomyam, sambal ikan dan lain - lain. Syiok lah lepas ni. 

Kreatif memasak tak? Boleh lah berjinak - jinak masuk dalam cabaran #Samyeangkan! Macammana? Boleh baca dibawah.

Cabaran bersama #Samyeangkan

Domino's Pizza Perkenalkan Sos Samyeang

Mudah je weh. 

1. Cuma perlu tambahkan sos samyeang dalam setiap masakan seperti ayam masak merah dan pelbagai lagi mengikut kretiviti masing - masing. Kalau taknak masak pun boleh. 

2. Mungkin boleh guna sos samyeang sebagai sos cicah keropok lekor. Sedap uii untung orang yang tahan pedas!

3. Kongsikan bagaimana korang menyediakan makanan tersebut (resepi) menggunakan sos samyeang dan letakkan hashtag #samyeang #samyeangkan dalam setiap posting cabaran tersebut

4. Setiap penyertaan yang kretif akan memenangi Domino's Pizza bernilai RM200.

5. Cabaran #Samyeangkan akan tamat pada 26 April 2018 pada jam 11.59pm

6. Jangan lupa setkan akaun anda ke public! 

7. Selamat mencuba dan menang.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Domino's Pizza Malaysia
Website : www.dominos.com.my
Facebook : www.facebook.com/DominosMY
Instagram : www.instagram.com/dominosmy

Post a Comment

2 Comments

  1. ini kalau pedas Sha memang xleh masuk..hihi..mau seminggu dalam toilet ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.