Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Thursday, May 18, 2017

VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya

Mieza S | 5/18/2017 11:55:00 AM | 1Comments |

Barang Mangga Melanda Taman Daya

VIRAL!! Barang Mangga Melanda Taman Daya

Sape orang JayBee? Kalau ada, mesti korang rugi besar kalau tak pernah rasa Barang Mangga - Ais Mangga yang dikisar. Gila kau. memang sedap. Barang Mangga ni dah viral di Taman Daya. Hari - hari orang beratur semata - mata nak menikmati Barang Mangga yang memang terbaik dari ladang. Barang Mangga ni didatangkan dengan 2 jenis menu yang selalu jadi pilihan. Dua menu tersebut ialah ais mangga kisar dan ais-krim lekit.

Perniagaan ni diuruskan oleh anak muda. Kau bayangkan eh, berapa banyak dia untung dalam masa sebulan sampai mampu menggajikan beberapa pekerja. Selalunya ais kisar (ais blend) ni ramai je yang buat. Tapi semua orang nak kaut untung. Lagi - lagi bila wujudnya food festival atau jualan di food truck. Satu cawan boleh mencecah sehingga RM7 hingga ke RM10. Rasa? Hampas je kau. Kahkah. 

Orang tertarik nak beli pun sebab cara pembungkusan dan marketing yang dia guna. Nampak ala - ala hipstur gitu. Janji bergaya sudah. Rasa tidak kisah. Kan kan? 

Korang dah ada pengalaman ke dengan Barang Mangga? Cuba cerita sikit macammana rasa dia? Power ke tidak. Jom layan gambar. Jangan jilat skreen okay. Aku tak mau tanggung sebarang masalah yang menimpa. 


VIRAL!! Barang Mangga Melanda Taman Daya

VIRAL!! Barang Mangga Melanda Taman Daya

Dengan hanya membayar RM3.50, kau akan dapat kepuasan berganda. Tak cukup?? Cawan besar boleh beb. Baru RM5. Boleh kongsi dua orang. Memang puas hati! Aku rasa ni pun sebab kebetulan aku jalan - jalan di rumah makcik aku. Beliau lah yang bawak aku kesini untuk merasa dua makanan power ni. Dah lah murah, siap dapat mangga tabur pulak atas dia. Ni kalau dekat Shah Alam, mesti cecah RM5 cawan kecik. Tu pun kalau ada cawan kecik lah. 

VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya
VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya
Menu di Barang Mangga Taman Daya
VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya
Aku dah, hampa bila lagi? 


Menu Gaya Barat di High Taste Kitchen Taman Daya

VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya

Dah basahkan tekak dengan Barang Mangga? Meh duduk santai dekat sebelah gerai diorang. Takkan nak minum je kot. Tak syok pulak. Ada abam hensem masak spageti dek non. Bukan makanan siap bungkus dalam bekas tau. Ni masakan panas yang dimasak secara live depan mata. Kau order, baru abam ni masak. Kalau kau tak order, takkan lah dia nak masak pulak kan?

Baik kau rasa. Abam ni macam sedang menuju ke jalan kejayaan. Mana tahu tup tup meletop jadi cef terkemuka. Baru lah nak kata, eh dia bukan ke yang jual spageti tepi jalan tu. Ha kauuu. Duduk Taman Daya tapi tak pernah rasa Barang Mangga dan makan di High Taste Kitchen memang. Memang korang akan menyesal. Takut nanti diorang pindah. Melepas~

Waktu entri ini ditulis, perut aku berkeriuk mengenangkan spageti dan ais mangga yang dikisar. Nak!!! Bila lah dapat ke Johor lagi. Hmmm

VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya

VIRAL!! Barang Mangga dan High Taste Kitchen Melanda Taman Daya

Tadaaa. Tapi aku lupa apa nama ni

Okay, aku dah tak sanggup menulis pasal diorang. Aku betul - betul lapar. Cukup sampai sini dulu perkongsian aku.

Waktu Beroperasi : 
12 tengahari sehingga 6 petang
Sabtu - Khamis (Jumaat tutup)

Lokasi : 
Persimpangan JALAN PINANG 6, TAMAN DAYA, 81100, JOHOR BAHRU. 

Follow instagram diorang :
Barang Mangga : @barangmangga
High Taste Kitchen : @hightastekitchen


** gambar yang tidak diletakkan watermark, bukan milik aku.

1 comment:

  1. Pergh!! Mangga tu..
    Suh dia buka cawangan kat Behrang lak.. hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.