Selamat Hari Guru 16Mei2017

Selamat Hari Guru 16Mei2017

Selamat Hari Guru 16Mei2017

Dah masuk lima tahun rasanya aku tinggalkan sekolah. Masih muda lagi aku kira kalau nak bandingkan dengan orang yang sudah menginjak angka 30. Selamat Haru Guru. Aku sengaja coretkan semuanya di blog. Memandang semua orang tulis di facebook. Di facebook terlalu biasa. Kahkah. Disini aku lebih selesa kalau mahu menulis seberapa banyak pun patah kata. Aku bebas ~


Selamat Hari Guru 16Mei2017

2014 - 2016 Kolej Komuniti Hulu Langat
2013 Uitm Segamat (1sem)
2012-2011 SM Vokasional Shah Alam
2010-2008 SMK Seri Tanjong Kuala Selangor
2007-2003 SK Seksyen 20 Shah Alam
tadika 6 tahun di tadika farah (ah lupa nama)
Jadi inilah tempat aku menimba ilmu dari mengenal ABC sehingga lah aku mengenal erti hidup. Bukan hanya disekolah tempat aku mencari ilmu. Di jalanan pun aku kutip ilmu. Koleksi buku aku yang ramai je menambah pengetahuan aku tentang berbaga- bagai benda. 

Ternyata, menimba ilmu itu tidak akan pernah habis. Tidak akan sesekali. Semoga kita sama - sama akan menjadi orang berilmu yang bermanfaat pada semua. 

Ucapan pendek untuk para pendidik. 

Terima kasih semua
Berkongsi ilmu sehingga mengisi dada
Semoga kalian sentiasa dirahmat Tuhan sepanjang jalan
Terus kuat walau diagah pahat
Walau terbenam tajam menikam
Kental kan hati saat dimaki
Aku tahu kalian mampu.

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru 16Mei2017

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.