Macammana Nak Jadi Matang?

Macammana Nak Jadi Matang? 

Macammana Nak Jadi Matang?
Umur aku? Dah nak masuk dua puluh dua (22). Perangai? Entah. Aku tak tahu nak klasifikasikan aku macammana. Sebab yang boleh nampak aku macammana cuma orang lain. Kadang - kadang terfikir jugak macammana ya nak jadi matang? 

Matang tu ada banyak sudut kan? Matang dari segi percakapan, perbualan, pemikiran, pergerakkan dan entah apa lagi. Aku nak tekankan kepada pergerakkan. Ni cerita pasal aku. Kalau duduk tengok wayang mesti aku akan bersila kaki naik atas kerusi. Macam - macam gaya duduk lah aku buat. Sebab aku penat duduk lama - lama. 

Kalau aku tengok diri aku, tak ada apa kot rasanya. Sebab orang nampak aku sejenis macam budak kecik je. Memang tak ada masalah. Tapi bila aku tengok orang lain yang sama baya macam aku duduk sopan je, Tak gerak - gerak. Sopan habis. Jadi, aku cuba bayangkan dia tengah duduk tak senonoh macam aku. Aku akan rasa malu. Hahahaha. Malu sebab mesti orang pun sebenarnya pandang aku macam budak tak matang. Macam budak budak. Entah la. Susah nak explain -_- 

Macam - macam lah. Gaya makan pun sama. Kalau makan dekat kedai, orang lain elok je makan. Lagi lagi makan burger macd. Orang lain makan sekali ngap masuk mulut. Yang aku asing kan satu - satu. Nampak tak? Aku tak tahu lah nak berkelakuan macam orang dewasa. 

Selain tu dari segi pemakaian. Korang sendiri tahu kan, kids now a day umur baru 15, 16 tadi dressup boek. Mungkin sebab diorang kaya, banyak duit, kreatif tu dress up pun lawa je. Aku bukan lah nak ikut orang. Tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku mengubah penampilan. Ala, tak payah la beli yang mahal - mahal. Setakat yang mampu. Lagipun banyak je baju murah kan? 

Masalah besar ialah, aku macam badut. Hahahahhahaa. 

Bukan merendah kan diri sendiri. Kan aku cakap, umur aku dah nak masuk 22. Tapi kalau keluar aku masih lagi selekeh. Kalau boleh aku nak keluar sekadar pakai selipar, tudung ikat bawah, tshirt lengan panjang. Nampak tak? Macam budak sekolah nak pergi sukan je. Hmmm.

Macammana Nak Jadi Matang?


Macammana sebenarnya nak jadi matang? Ajar aku. Hahaha.



Post a Comment

2 Comments

  1. Matang nie bukannya pada penampilan pun.. hehehe..
    Kadang2 kita dah matang tapi kita tak perasan..
    Habits bersila kaki naik atas kerusi ini akak yang 33 nie pun buat juga.. Hahaha.. Akak pun tak boleh nak duduk sopan2.. Lama2.. mesti lenguh.. macam2 gaya akak buat..

    ReplyDelete
  2. haha, saya pun sama..macam mana lah nak jadi matang..kadang adik perempuan boileh cakap bila lah kau ni nak matang kak..gelak je mnjang x p[ernah ada prob eahhh...bolh bf ko tahan gn prgai ko yg mcm budk tu...adoiiii sy juga 22 tahunnn

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.