FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Minat motor? Mestilah. Tapi takat minat jela, takde pulak niat sampai nak masuk sukan permotoran ni. Tak berani woi nak tanggung risiko. Kiranya minat aku bukan minat yang terlampau extream. Setakat minat suam - suam kuku. Ikut orang kot? Eh tak jugak. Memang suka. Suka tengok orang lumba - lumba ni. Hehehe. 

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Sampai je dekat khemah pendaftaran benda paling penting kena ambik gambar dengan bos dulu. Buat kenangan. Sebab ada sesetengah event, lupa nak ambik gambar. Seronok sangat kan -_- Kali ni tak lupa. Hahahhaa.

Pengalaman Tengok FIM Asia Supermoto Champion 2016

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Pengalaman? Gila tak seronok. Dapat tengok benda yang kita minat secara dekat dan ekslusif tau. Siap dapat masuk gelanggang lagi. Selalu tengok sukan permotoran ni jauh - jauh je kan? Kena duk diam dalam pagar, tak leh keluar. Aku siap dapat tengok di tengah - tengah. Memang dekat. Dapat kamera DSLR ni memang syok ah ketip ketip butang kamera. Tapi pakai phone pun okay jugak. Cuma tak boleh nak zoom in. Kan. Doakan Nur Amieza Suhaini dapat sebuah DSLR senang korang dapat tengok gambar - gambar ekslusif secara dekat. Cewah.

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Tapi waktu tu, bukanlah pertandingan sebenar. Sekadar acara qualified untuk catat masa diorang. Apa pun tetap macam perlubaan sebenar, walau bahang nya tak terasa. Tahu tak? Litar nya kecik? Tak tahu lah macam mana diorang ni boleh kawal motor. Jalan licin kot. Baru lepas gerimis. Gerimis pun tetap basah jalan. Takut je bila diorang sampai selekoh. Haah, macam aku pulak yang bawak motor tu. Padahal tengok je. Tapi memang la. Terasa macam nak buat corner sekali bila diorang sampai selekoh. Memang menghayati betul. Macam main game pulak. 

Lepas je tamat masa diorang buat qualified tu, aku jalan - jalan sekitar booth yang disediakan. Teruja gak tengok macam - macam jenis motor dan macam - macam jenis orang dari pelbagai negara. Overseas sangat masa tu. 

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Masing - masing sibuk beger motor (betulkan motor). Ejas apa yang patut ejas. Aku tengok jela. Tak faham pasal motor - motor ni. Motor aku tak hidup pun aku dah gelabah. tak tahu nak buat apa, aku suruh orang je tengokkan. Heeeeee. 

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia


Tiga Pelumba mewakili Malaysia di FIM Asia Supermoto Champion 2016

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia
kiri - kanan (Gabit, Gaban & Khairi Zakaria) Pelumba Malaysia (fokus kepada 3 lelaki ya)

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia
Mohammad Khairi Zakaria yang merangkul tempat ketiga

Separuh dari geng #kbba9 bergambar bersama tiga pelumba yang mewakli Malaysia. Hebat - hebat diorang ni. Tak percaya? Cuba google. Ada je nama diorang. Tak sia - sia Malaysia hantar diorang sebagai wakil. Sebab akhirnya Gabit dinobatkan sebagai juara Asia Supermoto Champion. Tahniah!!
FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia
Sumber gambar MStar
Atau nama betulnya ialah Muhammad Habibullah Mohd Saleh dengan kutipan mata sebanyak 171 mata sekaligus merangkul tempat pertama. Sorang lagi wakil dari Malaysia, Mohammad Khairi Zakaria  mengutip mata sebanyak 123 mata dan merangkul tempat ketiga. Okay lah tu. Sikit lagi. Boleh cuba di lain hari. Cayalah. Malaysia bolot. Satu je tercicir. Mungkin bukan rezeki. 

Rider Muslimah Buka Mata Masyarakat

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Jangan kau ingat rider hanya layak untuk lelaki. Wanita ni dah buktikan dia mampu! Kalau korang perasan baru - baru ni, negara viral dengan kisah seorang rider muslimah. Kenapa muslimah? Sebab gaya pemakaian nya yang tak dilepaskan. Masih kekal sebagai seorang muslim. Walaupun sukan permotoran adalah suatu bidang yang cukup lasak bagi seorang wanita. Siti Fatimah Husna Muslim satu - satunya riders dalam kalangan wanita. Huuu. Naik bulu roma aku cerita pasal dia ni. Oh ya, dia sangat tak sombong. Senang dan mudah untuk didekati.

Siti Fatimah Husna Muslim juga merupakan salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha. Kalau nak tahu sebelum ni, Siti Fatimah Husna Muslim pernah menjadi juara dalam Kejohanan Supermoto Malaysia untuk kategori CKD dan merupakan peserta tunggal wanita. Bukan calang - calang orang yang boleh duduk di tempat Siti Fatimah Husna Muslim. Banyak juga kecaman yang diterima. Memulakan kerjayanya sebagai wakil One Speed Motorsport. 

Nak tak nak, harus dilalui juga jalan yang dipilih. Sehinggalah beliau berjaya membuktikan kejayaannya. Sehinggallah masayarakat membuka mata! Memberi peluang dan ruang kepada beliau meneruskan kerjayanya dalam sukan lasak permotoran. 

“Bagi saya bertudung bukan penghalang buat kaum wanita untuk lakukan kerja yang di dominasi lelaki, yang penting kita kena berani dan kita perlu tahu apa yang kita lakukan serta pandai jaga diri,” katanya. 

Pangkolo Riders Sukan Permotoran Baru di Malaysia

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia

Pangkolo Riders merupakan satu acara sukan yang baru di Malaysia. Adalah dalam lima tahun macamtu. Macammana aku tahu? Haish, aku interview la. Mana boleh sembang kosong. Hhehehe. Kang macam menipu pulak. 

Aku pun tak tahu nak klasifikasikan Pangkolo Riders ni macammana. Tapi lebih kurang macam lalu dekat kawasan yang berhalangan. Alaa, kalau kita pergi program membina diri mesti ada aktiviti ni. Aktiviti obstacle. Ala - ala macam rempuh halangan. Tapi ni pakai motor. Agak mencabar juga. 

FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia
Mereka yang membuat aksi Pangkolo Riders


Kelab Blogger Ben Ashaari di Asia Supermoto Champion 2016


FIM Asia Supermoto Champion 2016 di Malaysia
Kredit gambar : Nina Mirza

Terima kasih Ben Ashaari selaku founder #kbba9, dan Sim sebab bagi peluang keemasan macam ni. Juga tak lupa kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang memberi sokongan untuk Kejohanan FIM Asia Supermoto dan penganjur - penganjur iaitu Bikenation Motorsports Sdn Bhd, CW Media Sdn Bhd dan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd. Terima Kasih :* 

Post a Comment

7 Comments

  1. Jelessss, tak sempat masuk dalam litar!!! Huwaaaaa

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa. suka tengok motor besar2 macam nie :D

    ReplyDelete
  3. tahniah Gabit dan tahniah jugak pada semua riders Malaysia. memang hebat!

    ReplyDelete
  4. terbaiklah..best ;ah boleh ambik gambardengan Ben Ashaari..jeles aii hhheh

    ReplyDelete
  5. tahniah gabit.. panas eh kecik.. sian .. heheheh tapi memang salute la yang men motor mcm ni . bertaruh nyawa juga ni kalau salah step

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.