Kemeriahan Pesta Pantai dan Tanjung Rhu Swim Fest 2016
Masih terasa lagi kehangatan bahang matahari yang memancar terik pada hari Sabtu yang lalu. Seolah Tuhan merestui perjalanan sepanjang keberlangsungan Tanjung Rhu Swim Fest 2016 dari mula hingga ke penghujung acara. Alhamdulillah. Akhirnya semua tamat dengan baik. Muka aku berbelak hitam. Nasib baik memang kulit aku ni gelap. Maklumlah, aku yang paling rajin duduk bawah matahari. Padahal boleh je duduk bawah khemah. Hehehe. Tapi, aku tak kisah muka bertambah gelap sebab Pesta Pantai dan Tanjung Rhu Swim Fest 2016 ni. Memang best. Takpe, tahun depan ada lagi boleh turun kalau nak turut serta dalam semua acara Pesta Pantai. Memang meriah. Dengar kata jumlah pengunjung dalam lingkungan 3000 orang. Fuh!
Tanjung Rhu Swim Fest 2016
Aku mulakan dulu dengan Tanjung Rhu Swim Fest 2016. Ini merupakan kali pertama aku diberikan peluang dan kepercayaan untuk membuat liputan di acara yang macam ni sebagai seorang blogger dari #kelabbloggerbenashaari. Terima kasih Ben Ashaari. Rasa teruja pada hari sebelum aku sampai dekat Tanjung Rhu. Rasa macam tak sabar sangat nak tengok macammana rupanya orang berenang dalam pantai. Selalu tengok orang masuk pertandingan berenang dalam kolam. Aku terfikirkan air yang berombak dan angin yang menolak.
Tanjung Rhu Swim Fest 2016 merupakan program yang pertama di bawah siri Aktion anjuran E-Plus Global Sdn Bhd dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Langkawi, menarik lebih 200 peserta dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan untuk pulau-pulau yang mensasarkan khusus kepada peminat sukan.
Apa yang menariknya, Tanjung Rhu Swim Fest adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar untuk ke Langkawi bukan hanya sebagai destinasi pelancongan semata malahan sebagai destinasi untuk acara - acara sukan akan datang dalam kolaborasi bersama negara - negara luar.
Sebelum acara bermula, mereka semua diberi ucapan dan taklimat oleh pihak penganjur. Seramai lebih 100 orang peserta yang menyertai acara renang terbuka ini termasuk peserta dari negara Singapura, Britain dan Perancis. Terdapat tiga kategori yang dipertandingan antaranya 2, 4 dan 6 kilometer. Paling best 6 km. Diorang kena pusing pulau yang terdapat di Tanjung Rhu. Memang tak boleh nak cakap. Aku yang lalu naik bot sebelah diorang pun terasa jauh dan payah. Ombak yang melambong - lambong pukul bot. Haish.
Masing - masing dah tak sabar nak terjun. Ada yang dah siap buat warm up sebelum acara bermula bagi meregangkan otot - otot sebelum menghadapi pertandingan. Takut tengok badan sado - sado ni. Mesti power. Tapi memang power. Kalau tak de otot besar - besar ni mesti payah nak lawan bila ombak tolak. Kalau berjaya pun, sebab dia memang bersungguh - sungguh dan serius!
Jangan terkejut kalau orang yang tak sado pun boleh menang. Masing - masing ada kelebihan dan kekuatan masing - masing. Sebab tu ada pepatah yang mengatakan 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. 'Diam - diam ubi berisi'.
Selepas je diorang dah sampai ke tengah pantai, kitorang dari pihak media menaiki bot mengelilingi pantai membuat pusingan di pulau kecil yang terdapat di Pantai Tanjung Rhu untuk mendapatkan gambaran lebih dekat. Takut jugak tengok diorang. Takut apa - apa jadi. Alhamdulillah, memang perkara yang tak diingini tidak berlaku. Semuanya berjalan dengan sangat baik.
Pihak yang bertanggungjawap menjaga dan mengawasi mereka sepanjang perjalanan dari garisan permulaan, hingga ke tengah laut hingga ke garisan penamat.
Atas bot pun sempat lagi selfie. Buat mengabdikan kenangan. Maklumlah jarang rasanya selfie di tengah laut ni. Takut telefon jatuh dalam laut. Kang jatuh tak sempat cari dah rosak. Dah lama tak naik bot atas laut. Pening. Mula - mula tu memang terasa nak muntah, tapi dah lama tu macam okay. Sebab rasa macam terhuyung hayang je tengok ombak tu bergerak. Ni kalau aku yang masuk pertandingan, mungkin sekadar 200meter aku dah patah balik. Atau mungkin tak sempat patah balik (balik naik bot). Hehehe.
Antara pemenang - pemenang yang mendapat medal. Ada yang muda, berusia. Memang diorang punya stamina kuat. Boleh berenang tanpa henti sehingga lebih dari 60minit. Sampai je kat pantai terasa macam dah pusing je kepala. Ada yang siap nak terjatuh. Tapi hebat lah sebab boleh tahan nak kejar garisan penamat. Orang kata, kita kena habiskan apa yang kita mula. Itu lah agaknya yang ditanam dalam minda setiap peserta. Kalau kita berhenti sekerat jalan, mungkin kita akan berasa malu. Walhal orang tak kisah pun, mungkin kekuatan kita takat tu je. Tapi kita akan rasa menyesal kalau tengok orang lain boleh habiskan, kenapa kita tak boleh. Kan?
Senarai Pemenang Tanjung Rhu Swim Fest 2016
Pemenang Top 5 2km (Lelaki)
Pemenang | Masa | Negara |
Azizi Bin Awang | 00:2 47:15.513 | Malaysia |
Yong Choon Goh | 00:52:14.570 | Malaysia |
Khazali Bin Harun | 00:52:58.553 | Malaysia |
Khairul Faizi Abdul Aziz | 00:53:59.057 | Malaysia |
Azlan Bin Mohd Ali | 00:54:45.377 | Malaysia |
Pemenang Top 5 2km (Perempuan)
Pemenang | Masa | Negara |
Megan Min Yi Lee | 00:46:40.917 | Malaysia |
Honey Yam | 00:54:04.007 | Malaysia |
Jrene Clerc | 00:52:58.553 | Malaysia |
Sandra Loh | 01:36:44.500 | Switzerland |
Pemenang Top 5 4km (Lelaki)
Pemenang | Masa | Negara |
Osmund Stephen Tumi | 01:1 38:18.767 | Malaysia |
Shah Shahbani | 01:50:25.640 | Malaysia |
Mohamad Hafiz Syane | 01:56:02.850 | Singapura |
Mohd Shahrin Hasan Sazeli | 02:00:37.197 | Malaysia |
Nazirul Nabil Mohd Amin | 02:20:10.347 | Malaysia |
Pemenang Top 5 4km (Perempuan)
Pemenang | Masa | Negara |
Hannah Kamaruzaman | 01:56:26.107 | Malaysia |
Nurul Yasmin Afrina Mohamed Daud | 02:08:44.293 | Malaysia |
Pemenang Top 5 6km (International Open)
Pemenang | Masa | Negara |
Serge Dominichi | 01:58:17.827 |
Pemenang Top 5 6km (Malaysian Open - Lelaki)
Pemenang | Masa | Negara |
Kevin Yeap | 01:21:46.280 | Malaysia |
Tern Jian Han | 01:23:15.553 | Malaysia |
Vernon Lee | 01:23:15.813 | Malaysia |
Rupert Tan | 01:27:59.227 | Malaysia |
Estino Taniyu | 02:00:04.057 | Malaysia |
Pemenang Top 5 6km (Malaysian Open - Perempuan)
Pemenang | Masa | Negara |
Lee Tze Ooi | 02:24:46.377 | Malaysia |
Nur Hazwany Halim | 02:53:49.147 | Malaysia |
Pemenang Top 5 6km (Malaysian Veteran Open)
Pemenang | Masa | Negara |
Norhaimi Arifin | 01:55:53.857 | |
Mohammed Sofian Ismail | 02:11:51.667 | |
Wei Chern Lee | 02:18:16.330 | Malaysia |
Kar Hong Lai | 02:42:53.717 | Malaysia |
Bakar Wahid | 02:44:28.350 | Malaysia |
Anugerah Khas
Mohd Sabki Arifin |
Antara peserta di Tanjung Rhu Swim Fest 2016, aku paling bangga dengan atlet yang bernama MOHD SABKI ARIFIN. Satu - satunya peserta kelainan upaya yang telah berjaya menghabiskan acara ini hingga ke garisan akhir dengan catatan masa sebanyak 2jam 4minit. Tahniah atas kesungguhan!
Waktu #mediateam mewawancara beliau, dikatakan sebelum ni beliau ada memasuki pertandingan macam ni jugak. Dengan jarak sebanyak 6.5 km dengan catatan masa 2jam 3minit. Kali ni bertambah seminit pulak. Mungkin sebab keadaan ombak dan pantai yang tak dapat dijangka. Takpa, didoakan semoga Mohd Sabki Arifin akan terus cekal dan kekal dalam acara sukan.
Harapan aku, semoga suara Mohd Sabki didengari pihak - pihak atasan tentang bantuan dan keperluan yang beliau layak terima ketika mengikuti acara sukan macam ni. Beliau juga ada mengatakan bahawa ada sesetengah penganjur yang tak benarkan beliau menyertai acara sukan kerana dikhuatiri berlaku perkara yang tak diingini berikutan keadaan beliau. Yela, kekuatan dan kelebihan kita ni Tuhan yang bagi. Jadi ya terserah --
Acara perasmian |
Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan, Hussin Moh (empat dari kiri)
melakukan gimik perasmian Pesta Pantai Langkawi 2016 dan penyerahan hadiah kepada para pemenang.
Opss, sempat selfie dengan para pemenang. Gambar terpaksa disensor. Sebab rasa bersalah pulak kalau aku pamerkan. Hehehe. Maaf ye.
Pesta Pantai Tanjung Rhu 2016
Ketika Tanjung Rhu Swim Fest sedang rancak menunggu peserta tiba di garisan penamat, di tengah pantai telah berlangsung nya acara Pesta Pantai. Memang meriah giler. Mana tak meriahnya, ada 3000 orang. Secara tak langsung, Pesta Pantai Tanjung Rhu menyajikan aktiviti dan budaya orang Malaysia pada peserta yang datang dari luar negara. Ini menarik lagi minat mereka untuk berkunjung ke Pulau Langkawi lagi. Bukan hanya melancong semata - mata tapi turut mendekati budaya orang Malaysia.
Antara acara yang diadakan termasuklah tarik tali, pukul pantai, kayak pecut, bola sepak pantai, bola jaring, sepak takraw dan sukaneka. Aku paling suka tengok orang main tarik tali :p Seronok tengok diorang bersemangat nak tarik tali tu. Tu lah agaknya muka aku gelap. Aku sanggup tunggu diorang. Nak tengok dekat - dekat. Cewah. Nampak tak, aku sebenarnya memang ada semangat kesukanan. Tapi tengok jela. Nak join memang TAK. Hahaha.
Nampak tak? Semangat je diorang tarik tali. Hahahahhaa. Semangat juga aku ambek gambar diorang. Aktiviti pantai disertai wakil dari enam mukim di pulau peranginan ini selain pasukan dari Satun dan Songkla di Thailand, Filipina dan England.
Persembahan kebudayaan juga tidak ketinggalan untuk turut memeriahkan lagi Pesta Pantai Tanjung Rhu.
Kalau korang nak tahu, banyak lagi sebenarnya aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2017 nanti. Antaranya ialah Mount Mat Chinchang Skybridge Climb (18 Februari 2017) dan Tuba Trail Run (8 April 2017).
Kalau korang nak tahu apa lagi aktiviti best dan menarik untuk tahun akan datang, boleh layari facebook Aktion Langkawi/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih juga kepada Panorama Langkawi, Aktion Langkawi dan Naturally Langkawi :) Harap tahun depan bertambah meriah. Hehehe.
** Terima kasih juga kepada Jean kerana berkongsi gambar.
5 Comments
Meriah ny!
ReplyDeletememang meriahlah
ReplyDeleteHebat Mohd Sabki, serius kagum!
ReplyDeletemenarik.. alamak rindu pulak kat Langkawi.. pernah kerja disini lepas habis belajar.. syok sangat...
ReplyDeleteyanieyusuf.com
wahhh tahniah pada semua yg menang..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.