Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop Bersama Chef Muluk
Kalau nak ikut, ni pertama kali dapat jemputan masak - masak. I tak reti masak. Hhhahaha. Sadis. Reti sikit - sikit je. Bila kata ada pertandingan memasak jenuh gak lah aku tanya inviter tu. Kena masak apa, ramai ke tak. Takut lah kan tiba - tiba kena masak sorang - sorang. Apa pulak aku nak masak ni. Hmmm. Aku ni dah lah tak kreatif. Setakat nak tolong kupas - kupas bawang boleh lah. Kalau nak masak special sikit mungkin kena tempat tak ada orang. Sebab pemalu sangat. Choiii.
Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop Bersama Chef Muluk
Cuba teka apa yang Chef Muluk nak masak? |
Apa yang bestnya masa workshop tu? Sebab dapat tengok seorang Chef Muluk masak secara live. Selalunya kalau dapat jemputan ada chef ni. Jarang lah tunggu makanan tu sampai siap. Selalunya masak campak - campak. Lepastu tunjuk terus makanan yang dah siap. Sebab nak kejar masa. Tapi kali ni dapat tengok live memang rasa macam. Haa seronoknya. Dah lah Chef Muluk ni asik buat lawak je Tahu - tahu dah siap masakanan yang dia masak. Duduk dalam workshop tu terbau je air tangan beliau. Macam sedap!
Nak tahu apa yang Chef Muluk masak?
Maggi Seafood Paela |
Maggi Oat Mee Salad |
Kredit gambar kepada Mama Darwiish. Produk maggi ni ada macam - macam tau. Kalau kita ni jenis reti dan suka masak boleh sangat lah guna produk maggi. Macam - macam jugak menu boleh buat dari produk maggi ni. Aku selalu makan maggi. Tapi tak pernah pun terfikir maggi ni boleh buat macam - macam masakan, contoh macam Maggi Oat Mee Salad yang Chef Muluk masak.
Siap buat salad tau. Memang salad ni sesuai untuk orang yang suka diet. Memang kreatif kan? Chef Muluk kata, korang boleh hasilkan Paela ni sendirian berhad je. Senang je sebenarnya nak buat menu ala - ala hotel bertaraf 5 bintang. Hanya menggunakan produk Oat Maggi dan Produk Tefal sahaja. Hehehe. Cepat dapatkan produk tefal. Dapatkan 20% diskaun Voucher Lazada di sini :) Guna tau.
Kenapa Memilih Tefal ?
Kerana Produk Tefal adalah produk perkakasan dapur yang diyakini. Selain tu Tefal juga merupakan produk yang sangat bagus dan berkualiti. Tak percaya? Beli produk tefal yang paling murah dan cuba masak. Memang terbaik!
Dekat kuali yang Chef Muluk pakai ni ada ciri istimewa tau. Tengok macam gambar dekat bawah ni. Siap ada penunjuk suhu. Selalunya kalau kita nak memasak, kita akan renjis air untuk tahu kuali tu dah betul - betul panas ke belum. Nak jadi seorang 'chef' di dapur kena lah profesional sikit. Hehehe. Contohnya dengan menggunakan produk Tefal dan beli di sini. Tak payah susah - susah dah nak renjis air. Tengok je dekat dasar kuali tu. Ada warna merah. Kalau merah tu dah bertukar warna, maknanya kuali tu dah boleh digunakan (kuali dah panas). Senangkan?
Aktiviti di Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop
Para blogger dan media termasuk crew dari Lazada dan Nestle dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peralatan dan bahan dari produk maggi. Memang macam masterchef gitu. Siap ada bahan cabaran lagi (tutup pakai kain). Aku dapat masuk kumpulan A.
Bahan cabaran kitorang? Daging. Nasib baik senang. Hahaha. Apa yang kitorang masak? Daging blackpaper dan Petola Sayur Campur. Memang kena buat dua jenis menu. Nasib baik lah ahli kumpulan memang reti masak. Aku tolong ambil gambar dengan potong - potong je. Kan dah cakap tadi. Kalau nak jemput jadi juri masakan pun boleh. Tak ada hal. :p
Pakai apron macam masak :p |
Orang tengah busy ni. Jangan kacau |
Bergambar bersama Chef Mama Darwiish |
Tadaaaaaa. Ini lah 2 menu yang disediakan dari kumpulan A. Nampak sedap kan? Memang sedap. Tapi ada lagi yang sedap. Tu kitorang tak menang. Janji makanan habis. Settle. Sekarang lapar kan? Pergi masak daging blackpaper. Jangan lupa u olls guna produk maggi.
Masakan dari kumpulan lain |
Ini lah rupa gegadis yang memenangi cabaran masakan di Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop. Tahniah u olls. Nampak tak siapa paling gembira? Yeah. Tentunya Hakak Sally. Tahniah lagi sekali. Mesti dekat rumah ni rajin masak. Dapat produk Tefal lagi lah bertambah rajin masak. Nampak tak?
Bergambar bersama Chef Muluk :* |
Bergambar bersama Media dan Blogger |
Walaupun tak menang, nak juga ambil gambar. Hahhahahaha. Seronok dapat jemputan masak - masak ni. Rasa macam nak memasak lagi sekali. Huhu. Korang jangan lupa tau pakai produk maggi dalam setiap masakan. Supaya masakan lebih umph! Bukan tu je, ada macam - macam lagi tawaran hebat dan harga runtuh produk dari lazada, boleh klik di sini
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website Lazada : Lazada Malaysia
Facebook Lazada : Lazada Malaysia
Instagram Lazada : Lazada MY
Website Nestle : Nestle Malaysia
3 Comments
Waw... Sedapnya mutabab Maggi... hehe
ReplyDeletePerghh bestnyaaa masak-masak.. mesti sedap2 semuanya... muka nampak pandai masak... Terbaik lahhh
ReplyDeleteps visit me
ReplyDeletehttp://gezipgelelim.blogspot.com.tr/
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.