November 2016 - Mieza S

30 November 2016

Pembaharuan Kad ATM

November 30, 2016 1
Pembaharuan Kad ATM

Pembaharuan Kad ATM


Pembaharuan Kad ATM

Akhirnya selesai jugak pembaharuan kad ATM. Terpaksa menunggu giliran seramai 100 orang lebih. Fuhh. Pisang menunggu. Maybank senang sikit. Sebab boleh buat secara online. CIMB semua kena datang buat dekat cawangan. Ingat nak tunggu lambat sikit. Tapi sebabkan hari - hari dapat mesej warning suruh tukar, terpaksa jugak lah gagah menunggu. Akhirnya pembaharuan kad ATM selesai. Kalau tak silap, hari Sabtu pun diorang bukak cawangan. Sebab nak mudahkan kerja korang. Yang mana belum tukar, pergilah tukar ^^

Pembaharuan Kad ATM


MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan

November 30, 2016 1
MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan

MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan


 Jus Qalbi Al-Ehsan di Maeps, Serdang!

1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan Pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Korang jangan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.


Mengapa Harus Pergi Ke Booth D18, Hall C (International Hall), Maeps, Serdang?

Diskaun sebanyak RM73 untuk pembelian Jus Qalbi Al-Ehsan. Bukan tu je, ada banyak lagi diskaun gila - gila dekat Booth D18, Hall C di Maeps, Serdang. Jangan lepaskan peluang tau. Bukan selalu Jus Qalbi Al-Ehsan nak bagi potongan diskaun gila - gila macam ni. 

 Jus Qalbi Al-Ehsan di Maeps, Serdang!


Kelebihan Jus Qalbi Al-Ehsan


  • Mencuci dan Membuang Kolesterol
  • Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat
  • Mencegah kompilasi jantung
  • Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Menurunkan tekanan Darah Tinggi
  • Melancarkan sistem pernafasan
  • Menghindari Penyakit Strok
  • Mencairkan lemak
  • Mengurangkan Serangan Gout
  • Membuang Angin dalam badan
  • Mengatasi Masalah Selsema
  • Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
  • Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Menurun dan melangsingkan badan
  • Menambah tenaga
  • Meningkatkan sistem immunisasi badan
  • Kesihatan yang berpanjangan


Untuk kekal sihat jangan lupa dapatkan  Jus Qalbi Al-Ehsan di Maeps, Serdang! Dapatkan diskaun di Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, Hall C (International Hall) Maeps, Serdang dengan hanya menunjukkan gambar kupon di blog ini. 


Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Facebook : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/
Instagram : http://www.instagram.com/qalbialehsan
Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421



29 November 2016

3 days Giveaway by Hanis Masturina

November 29, 2016 2
3 days Giveaway by Hanis Masturina

3 days Giveaway by Hanis Masturina





HADIAH




Hasil carian imej untuk novel kenapa aku


TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL

TOP REFERRAL (2) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN

RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO


Testimoni AJ HAIR CARE



Sesiapa nak trial AJ HAIR CARE percuma boleh usahakan untuk jadi TOP REFERRAL !!! CEPAT GIVEAWAY INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI SAHAJA ! Jangan lepaskan peluang ini !

Lirik Lagu Masa Yang Berlalu Lipan Bara

November 29, 2016 0
Lirik Lagu Masa Yang Berlalu Lipan Bara

Lirik Lagu Masa Yang Berlalu Lipan Bara


Lirik Lagu Masa Yang Berlalu Lipan Bara

Masa yang berlalu pergi
Menyusul aangin bersama sepi
Menanti dengan harapan
Kita akan terus bersama

Aku sering ternanti
Bersama riang mengatur langkah
Untuk mu walau pun pahit
Ku tetap berdiri

Dengan hati yang terbuka
Menikmati bersama
Suasana gemilang
Yang telah dikurniakan
Dari Tuhan yang satu

(**)
Harapan yang sedang sembunyi
Dengan sebaik impian
Untuk kita berdua
Teruskan perjalanan
Dalam satu irama

(*)
Berapa lama rasa begini
Berapa sepi sendiri
Bersama dengan cerita ini Bersama dengan resah dihati

(***)
Dengan memberikan sokongan
Berterima kasih atas perkenaanmu
Mengandung segalanya didalam hidup ini

ulang (*)
ulang (**)
ulang (***)

Lirik Lagu Garisan Terakhir Lipan Bara

November 29, 2016 0
Lirik Lagu Garisan Terakhir Lipan Bara

Lirik Lagu Garisan Terakhir Lipan Bara

Lirik Lagu Garisan Terakhir Lipan Bara

Dalam arena dunia ini
Pun ada pusingannya
Siang dan malam diberi nama
Tiada banyak bezanya

Kita yang akhir hidup disini
Hanya menumpang di garisan
Yang ditentukan ditentukan

(*)
Antara hidup dan mati ini
Ada perjanjiannya
Tersalah langkah buruk padahnya
Pilih antara satu

Mana yang suka ambil disanjung
Hingga ke landasan terakhir
Yang ditakdirkan

Tenang disini
Hanya sementara teman
Selagi hidup
Teruskan dengan apa yang ada

Ulang (*)

Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

November 29, 2016 0
Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

Ruam Baby Powder merupakan bedak ruam bayi yang dibuat secara homemade warisan semulajadi turun-temurun yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL. Dimana ia selamat digunakan oleh bayi sehinggalah dewasa. Juga jaminan HALAL dan suci. Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi) merupakan bedak ruam bayi yang menjadi penawar psoriasis, penawar ekzema, ekzima pada bayi dan semua jenis penyakit kulit. Keberkesanan nya yang terbaik dan dijamin berkualiti! Berbaloi dengan harganya juga. 


Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

Kelebihan Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi)




  • Bekas kecil tapi tahan lama.
  • Bebas Paraben dan bahan kimia berbahaya.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap kotoran dan toksik pada kulit.
  • Kandungan 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis 

  • Apa itu Psoriasis?

    Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

    Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik. Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).


    Perbezaan Ruam Baby Powder Tiruan dan Asli

    Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

    Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi) tidak pernah menukarkan pembungkusannya kepada Bedak Asma'. Pengguna atau pembeli yang baru sahaja mahu mencuba jangan mudah tertipu dengan Ruam Baby Powder tiruan! Pastikan asli baru beli untuk mendapatkan keberkesanannya.


    Testimoni Pengguna Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi)

    Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit

    Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit


    Ruam Baby Powder Penawar Penyakit Kulit


    Cara Menggunakan Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi)




  • Sapu pada bahagian kulit yang sensitif setiap hari terutama pada waktu malam
  • Jika air di dalam bekas sudah kering, campur dengan air yang boleh diminum/bertapis
  • Seloknya air zam-zam. Jangan guna air paip kerana ia mengandungi klorin
  • Jika keracunan makanan, gout, gastrik, ambil secubit ruam baby powder dan bancuh di dalam setengah gelas dengan air kosong dan minum.


  • Harga Ruam Baby Powder (Bedak Ruam Bayi)

    Produk ini berharga RM38.00 sahaja dan tahan lama sehingga berbulan - bulan.


    Jika berminat untuk mendapatkan dan mencuba keberkesanan dari Ruam Baby Powder, boleh lah menghubungi mereka di talian : 

    HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)

    Facebook : Ruam Baby Powder




    Lirik Lagu Tanda Tanya Lipan Bara

    November 29, 2016 0
    Lirik Lagu Tanda Tanya Lipan Bara

    Lirik Lagu Tanda Tanya Lipan Bara


    Lirik Lagu Tanda Tanya Lipan Bara

    Suasana begini terangnya suria
    Ku teruskan langkahku insan yang tiada
    Hanya pada landasan sempadan yang sempurna
    Sentosa aman sejahtera

    Renyai malam yang sepi ku dakap kerinduan
    Mata ku tentang mata kelip yang tiada
    Dalam lamunan sepi berlangsung cinta duka
    Keluar dari kesempitan

    Terus dengan semangat
    Terus dengan hakikat
    Tanda menjadi tanda
    Tanda suci yang murni
    Suci murni yang seri

    Harapkan aku senyum tenang
    Dengan suria terang
    Buktikan pada dunia ini dengan kesyukuran
    Kesyukuran yang Satu
    Syukur pada yang Satu

    Ternyata telah dikurnia
    Pahit dan manisnya
    Terpaksa aku terus rela
    Dan tangan terbuka

    Lirik Lagu Seirama Aman Sentosa Lipan Bara

    November 29, 2016 0
    Lirik Lagu Seirama Aman Sentosa Lipan Bara

    Lirik Lagu Seirama Aman Sentosa Lipan Bara


    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara

    Terkhayalku memandang matamu
    Bercahaya sinar dijiwaku
    Terpesona dimana mu jua
    Memukau wajahmu yang berseri

    Sehingga damainya suasana dimana saja
    Hulurkan tangan berganding bersama
    Bawa lah ku kemana sahaja
    Kita membina kota yang indah

    Bersama cahaya mempersona
    Diiring dengan keyakinanmu
    Kita nikmat berdua

    (*)
    Jalan seiring
    Kita berirama
    Menuju kata sempurna

    Genggam tanganku
    Rasa lah sendiri sentosa
    Aman sepuasnya
    Menuju kearah cinta
    Kita yang abadi

    Menanti bersama berganding tangan
    Kita berdua menyanyi seirama
    Menuju cinta yang bercahaya
    Yang masih terpendam
    Dalam sanubari yang rindu dan sepi
    Walaupun baru bermula

    Ulang (*)

    Lirik Lagu Rentak Yang Baru Lipan Bara

    November 29, 2016 0
    Lirik Lagu Rentak Yang Baru Lipan Bara

    Lirik Lagu Rentak Yang Baru Lipan Bara

    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara

    Dimana impian penuh pengertian
    Walaupun mencari kau tetap berdiri
    Dengan semangat dayamu
    Beryakin pada yang Satu
    Yang menentu segalanya

    Biar lah tertipu dengan janji palsu
    Asal kejujuran ada dihatimu
    Hidup hanya sementara
    Yang dikurniakan padamu
    Biar takdir tentukannya

    Janganlah bersedih kisah yang berlalu
    Dimana berakhir biarlah terhenti
    Semagaimana cerita
    Yang dimulakan dahulu
    Biar saja terus pergi

    Yang pasti kau teruskan hidup
    Walaupun hangat dihakikat
    Ikutlah rentakmu yang baru
    Bersama cinta dan citamu

    (ulang)

    Yang pasti kau teruskan hidup
    Walaupun hangat dihakikat
    Ikutlah rentakmu yang baru
    Bersama cinta dan citamu

    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara

    November 29, 2016 0
    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara

    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara


    Lirik Lagu Rindu Yang Tersisa Lipan Bara

    Sejenak aku dilamun kerinduan
    Kembali aku pada sebuah ingatan
    Satu perjanjian yang tiada penghujungnya
    Sezaman aku dalam keindahan

    Sinar ungu yang telah engkau tinggalkan
    Aku mengejar imbasan wajahmu
    Terlena aku antara dua warna
    Embun jernih gugur tanpa kusedari

    Di mana kau sayang
    Aku di sini dalam kedinginan
    Semoga mentari kan
    Menjelma menyinari

    Dengarilah sayang
    Akan ku coretkan nota cinta
    Agar kau mengerti
    Rinduku ini yang tersisa

    Bicara manismu bermain difikiran
    Antara kenyataan dan khayalan
    Abadilah cinta dalam kenangan
    Tak mungkin pupus tuk selamanya

    28 November 2016

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    November 28, 2016 0
    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri mengeratkan hubungan kekeluargaan? Yes! Nak tahu kenapa? Sebab ada macam - macam aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Aku pun terasa nak join jugak. Tapi sebab tak de geng. Malu -- Aku jadi pemerhati je. Paling best bila dapat tengok hubungan kekeluargaan yang terzahir. Seronok. Bila entah aku nak bekeluarga ya? Hikhokkkk. Dapat bawak anak aku pakai kimono. Cewahh, berangan. Tunggu lagi 5, 6 tahun kot. Kalau ada jodoh. 


    Japanese Dance Along Session

    Aktiviti yang dimulakan pada pagi itu ialah 'Japanese Dance Along Session'. Tengok keletah adik - adik kecik ni. Alahai comel je tariannya. Mula - mula ramai yang malu. Lama - lama penuh pulak yang masuk gelanggang tak nak lepas peluang menari sama - sama. Mana tak comel nya. Dah lah pakai kimono saiz kecik (baca : untuk budak kecik), lepastu joget - joget lak. Memang mata aku asyik curik pandai je dekat budak - budak ni menari. 

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Colouring Contest

    Ketika 'Japanese Dance Along Session' sedang berlangsung, 'Ohara Matsuri Colouring Contest' juga dimulakan. Kiranya dalam satu masa ada dua aktiviti yang sedang berjalan. Untuk mereka yang tak join 'Ohara Matsuri Colouring Contest' ni, mungkin ada di tempat 'Japanese Dance Along Session' atau sedang berjalan - jalan di booth makanan dan booth jualan barangan.. Ramai juga yang masuk pertandingan ni. Teringat lah masa aku kecik - kecik dulu. Memang minat sangat mewarna. Selalu menang tau! Pernah dapat nombor 1. Tapi kan, mana ada pertandingan mewarna untuk orang dewasa. Pertandingan melukis ada lah. Tangan aku ni dah kah kayu.

    Paling teruja mesti lah sang emak. Berkali - kali pesan pada anaknya begini begitu. Aduh. Jeles aku. Bawak 1 beg penuh dengan pensil warna. Macam - macam jenis ada. Ternganga aku. Dengan bawak tikar, sarung tangan nya, dengan bantal lapik. Aduh. Memang serius betul emak - emak dengan pertandingan anak dia. Memang support habis! Memang lawa gambar yang diorang warna tu. Ada shading gitu. Pekat, cair, lighting. Ah entahlah. 

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Selain tu juga, ada aktiviti lain. Antaranya ialah 'Kendama Culture Workshop', 'Sushi Rolling 'Workshop' dan 'Ramen Challenge'. Tiada gambar untuk ketiga - tiga aktiviti ini. Maaf. Hehehe. 

    Sepanjang Ohara Matsuri di Citta Mall berlangsung, turut diadakan booth booth jualan seperti makanan dan buku. Dapat lah merasa makanan orang Jepun ye. Menyesal kan tak pergi? Tunggu tahun depan. Kot ada lagi Perayaan Ohara Matsuri kan? Boleh merasa makanan Jepun, pakai kimono dan turut serta dalam pertandingan - pertabdingan lain. 



    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan


    Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

    Pada hari Sabtu (26/11/2016) juga turut diadakan penyerahan cek sebanyak RM10,000 kepada Sunbeams Home. Reaksi mereka yang datang dari SunBeams juga nampak gembira. Kalau nak tahu, mereka juta turut hadir di Citta Mall untuk memeriahkan lagi Ohara Matsuri ni. 

    Ada yang tanya SunBeams Home tu ape?


    Siapa Sunbeams Home?

    SunBeams Home atau lebih dikenali sebagai Yayasan Sunbeams Home (YSH), merupakan sebuah badan bukan kerajaan. Merupakan sebuah rumah untuk kanak - kanak pelarian, yang menjadi mangsa penderaan, dan yang diabaikan oleh keluarga. Datang mereka adalah dari pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.  Kewujudan Yayasan Sunbeams Home dimulakan oleh sepasang suami isteri Pastor Alvin Tan dan arwah isterinya, Pastor Lucy pada tahun 1995.

    Maklumat Lanjut mengenai Sunbeams Home boleh rujuk disini --> Laman Web Sunbeams Home

    Terima kasih Ohara Matsuri yang berlangsung di Citta Mall. Kalau tak de, mesti aku tak berpeluang merasai perayaan Jepun dan sedikit budaya mereka. 


    Info Mengenai Citta Mall

    Alamat : 
    Citta Mall No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

    Tel: 
    +603- 7662 5000

    Operations hours: 
    Mon – Sun: 10am -10pm

    Facebook : CITTAMall 
    Instagram : @cittamall




    Lirik Lagu Demi Cinta Ezad Lazim

    November 28, 2016 1
    Lirik Lagu Demi Cinta Ezad Lazim

    Lirik Lagu Demi Cinta Ezad Lazim


    Lirik Lagu Demi Cinta Ezad Lazim

    Ku sedar ku berdosa
    Kerna sering menyakitimu
    Membuatkan kau terluka
    Berteman rasa kecewa

    Walau berdepan derita
    Kau selalu terus setia
    Dan bertahan demi cinta
    Yang pernah ku janji dulu

    Besar salahku pada dirimu
    Tak terbanding kasih yang kau beri
    Dan tetap menggenggam erat cinta

    Sayang kaulah cahaya
    Menyuluh jalanku untuk kembali
    Dan pegang pada tali cinta
    Yang pernah ku lafaz dahulu

    Sayang buka hatimu
    Biar ku rawat segala deritamu
    Agar kita mampu terus hidup
    Nikmati bahagia

    Walau berdepan derita
    Kau selalu terus setia
    Dan bertahan demi cinta
    Yang pernah ku janji dulu

    Besar salahku pada dirimu
    Tak terbanding kasih yang kau beri
    Dan tetap menggenggam erat cinta

    Sayang kaulah cahaya
    Menyuluh jalanku untuk kembali
    Dan pegang pada tali cinta
    Yang pernah ku lafaz dahulu

    Sayang buka hatimu
    Biar ku rawat segala deritamu
    Agar kita mampu terus hidup
    Nikmati bahagia

    Sayang kaulah cahaya
    Menyuluh jalanku untuk kembali
    Dan pegang pada tali cinta
    Yang pernah ku lafaz dahulu

    Sayang buka hatimu
    Biar ku rawat segala deritamu
    Agar kita mampu terus hidup
    Nikmati bahagia
    Bahagia

    26 November 2016

    Lirik Lagu Misteri Sebuah Pusara Lama Samudera

    November 26, 2016 1
    Lirik Lagu Misteri Sebuah Pusara Lama Samudera

    Lirik Lagu Misteri Sebuah Pusara Lama Samudera 

    Lirik Lagu Misteri Sebuah Pusara Lama Samudera

    Di bawah merah matahari
    Ketika muda ini
    Terpcak sebuah pusara lama
    Yang agung lagi berwira

    Dan jasa mu dikenang
    Oleh seluruh bangsanya
    Yang mengalir harapan

    Untuk bumi tercinta
    Di mana seluruh hidupnya
    Dari budi yang padu

    Warisan dari bangsa
    Di bumi tercintalah
    Tegaknya bangsa yang gagah

    Tapi jika kemanusiaan
    Itu nafasnya
    Di bawah sinaran mentari
    Di balik siang dan malam

    Hidupnya terpacak kebenaran
    Matinya berkibar di bawah
    Bendera keyakinan
    Bendera keyakinan

    Yang mengalir harapan
    Untuk bumi tercinta
    Di mana seluruh hidupnya
    Dari budi yang padu

    Warisan dari bangsa
    Di bumi tercintalah
    Tegaknya bangsa yang gagah

    Tapi jika kemanusiaan
    Itu nafasnya
    Di bawah sinaran mentari
    Di balik siang dan malam

    Hidupnya terpacak kebenaran
    Matinya berkibar di bawah
    Bendera keyakinan
    Bendera keyakinan

    Lirik Lagu Kita Saling Menyayangi Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Kita Saling Menyayangi Samudera

    Lirik Lagu Kita Saling Menyayangi Samudera

    Lirik Lagu Kita Saling Menyayangi Samudera

    Tak perlu kau nyatakan
    Tak perlu kau luahkan
    Tak perlu kau bisikkan rindu
    Aku mengerti kini
    Kau masih sayang

    Lupakan kisah silam
    Sengketa yang menduka
    Padu kasih ikrarkan janji
    Cinta antara engkau dan aku sayang

    Ku impikan bahagia
    Bersama membina cinta
    Teguhkan kasih ikatan
    Mesra satukan rasa

    Semoga rasa yang kita rasakan
    Abadi dan kekal selamanya
    Kerana antara kita
    Saling menyayangi

    Tak perlu kau sentuh untuk merasakan
    Tak perlu rasa untuk engkau paling
    Tak perlu faham untuk menyayangi
    Kerana kasih kan membina janji

    Ku impikan bahagia
    Ku impikan bahagia
    Bersama membina cinta
    Teguhkan kasih ikatan mesra
    Menyatukan asmara

    Lupakan kisah silam
    Sengketa yang menduka
    Padu kasih ikrarkan janji
    Cinta antara engkau dan aku sayang

    Ohh Ohh

    Lirik Lagu Kerinduan Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Kerinduan Samudera

    Lirik Lagu Kerinduan Samudera

    Lirik Lagu Kerinduan Samudera

    Berguguran daun kering
    Berserakan di tepian
    Mahligai yang indah
    Hanyut di bawah arus

    Semusim telah berlalu
    Aku yang masih di sini
    Camar menangis
    Di persisiran pantai

    Deru ombak yang bergelora
    Dalam kedinginan
    Di ulit sepi aku kerinduan..

    Pulanglah kepada ku
    Yang menyintaimu
    Moga kembali bersinar hidupku oh..

    Deru ombak yang bergelora
    Dalam kedinginan
    Di ulit sepi aku kerinduan..

    Pulanglah kepada ku
    Yang menyintaimu
    Moga kembali bersinar hidupku oh..

    Deru ombak yang bergelora
    Dalam kedinginan
    Di ulit sepi aku kerinduan..

    Pulanglah kepada ku
    Yang menyintaimu
    Moga kembali bersinar hidupku..

    Hadirlah sayang ku
    Kita bina istana
    Aku menanti mu
    Bersama angin lalu..

    Ah.. ah.. ah..
    Ah.. ah.. ah..
    Ah.. ah.. ah..
    Ah.. ah.. ah..

    Lirik Lagu Ku Kehilangan Kata - Kata Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Ku Kehilangan Kata - Kata Samudera

    Lirik Lagu Ku Kehilangan Kata - Kata Samudera

    Lirik Lagu Ku Kehilangan Kata - Kata Samudera

    Silapnya juga pada diriku
    Menetapkan sepenuh harapan
    Tak pernahku berkasar dengamu
    Bimbang nanti akan terguris hati

    Kerana ingin menjaga hatiku
    Kan ku bina tembok dan sempadan
    Ku harapkan kekal dan berpanjangan
    Akhirnya aku diketepikan

    Tak guna diteruskan andai sudah ulang
    Rasa rinduku hati
    Bukan sehari dua
    Bukan semalam dua

    Sudah lama bersama
    Engkau seharusnya mengerti
    Apa yang amatku ingini
    Tapi usah kau menuding jari

    Bersama mengharungi
    Andai egomu mengawal perasaan
    Kata nasihat tiada berkesan
    Walaupun intan berada di depanmu

    Kau anggap kaca yang tiada berharga
    Biarkanlah tak mungkin aku bersama

    Lirik Lagu Selamat Tinggal Kekasih Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Selamat Tinggal Kekasih Samudera

    Lirik Lagu Selamat Tinggal Kekasih Samudera

    Lirik Lagu Selamat Tinggal Kekasih Samudera



    Semalam Ku Masih Tak Lupa
    Di Pertemuan Kita
    Ku Lihat di Wajahmu Seribu Resah
    Apakah Yang Menyentuh Kalbu

    Adakah Ini Salah Diriku
    Atau Engkau Sengaja
    Ingin Sakiti Hatiku Ini
    Atau Aku Sudah Kau Jemu

    Berterus Terang Sejujurnya
    Jangan Engkau Sembunyi
    Jika Itu Maksud di Hati
    Izinkan Aku Pergi

    ( Korus )
    Oh Selamat Tinggal
    Rela Aku Berpisah
    Demi Cinta Tiada Persimpangan
    Selamat Tinggal
    Rela Aku Melangkah
    Membawa Hati Yang Pasrah

    Demi Tuhan
    Tiada Yang Lain ku Cinta
    Hanya Dirimu Yang Telah Dulu Ku Puja
    Apakan Daya Memang Sudah Ditakdirkan
    Ku Jadikan Kenangan
    Sebuah Coretan Silam

    Lirik Lagu Anna Karenina Samudera

    November 26, 2016 1
    Lirik Lagu Anna Karenina Samudera

    Lirik Lagu Anna Karenina Samudera

    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera
    Tak mungkin aku ucap kan
    Kata hati dan harapan ini
    Seandainya aku tak cinta
    Demi hati yang lama meronta

    Di dalam gelora rindu membara
    Engkau datang bagai penawar
    Kau antara mimpi
    Pernah membelai lena tidurku

    Kau jambangan suci
    Sejuta erti kasih
    Ada dihatimu
    Oh Karenina
    Di mata di hati
    Kau tak pernah hilang

    Kau antara mimpi
    Pernah membelai lena tidurku
    Kau jambangan suci
    Sejuta erti kasih
    Ada dihatimu

    Tak ku janjikan intan permata
    Menghias diri mu kekasih
    Tapi cinta tak mungkin pudar
    Kesetiaan dan belaianmu

    Itu yang aku inginkan darimu
    Kebahgiaan pasti menjelma
    Andai Anna Karenina
    Engkau ratu di sepanjang hidupku

    Didalam mahligai cinta abadi ..
    Anna Karenina .....
    Anna Karenina .....

    Lirik Lagu Prasangka Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Prasangka Samudera

    Lirik Lagu Prasangka Samudera

    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

    Ku berlari dengan mata hati
    Bukan hanya mengikut rasa
    Persisnya roda yang berputar putar
    Tak terjulang lintasannya

    Namun aku masih lagi mampu
    Mengatasi kehebatanmu
    Kerna aku yakin dan percaya
    Kita sama punya kelebihan

    Ingin ku buktikan kepadamu
    Bahwa diriku ada harga
    Bukan hanya sang boneka kaku
    Sekadar tontonan prasangka

    Ternyatalah sia prasangka
    Tak memberi makna
    Prasangkaaaa

    Prasangkaaa jadi kan sempadan
    Prasangka bukannya dijulang

    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

    Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera


    Banyak yang kau tahu
    Semakin banyak yang kau tak tahu
    Asal kejadian yang dari mula
    Sampai akhirnya

    Apa yang tersurat
    Bukan yang tersirat
    Menyingkap misteri
    Bukanlah sehari

    Gigil bukan dingin
    Sepanas jua bukan mentari
    Tidak dalam gelap
    Dia yang ada
    Di dalam terang

    ketentuan hidup
    rencana dari Nya
    kita di dunia
    hanya sementara

    Jauhnya dia
    Tidak sejarak
    Langit dan bumi
    Dekatnya Dia
    Tidak sedekat
    Sebutir padi

    Dayunglah hai teman
    Dalam samudera
    Hidup sementara
    Layarkan bahtera
    Ke destinasi
    Hidup yang hakiki

    Renung kejadian
    Asal mula kita
    Dari mana datang
    Ke manakah pulang

    Biarlah lewat
    Jangan terlambat
    Untuk mengenali
    Hakikat kejadian
    Insan seperti kita

    Lirik Lagu Aduh Usahlah Berubah Samudera

    November 26, 2016 0
    Lirik Lagu Aduh Usahlah Berubah Samudera

    Lirik Lagu Aduh Usahlah Berubah Samudera


    Bagaimana caramu menafsirkan cinta
    Di dalam hubungan kita ini
    Atau cuma pujian dan manis kata
    Yang kau hargai dan kau sanjungi..

    Dan di manakah cintaku engkau tempatkan
    Di saatku tiada di sisi
    Walaupun kini ku jauh dari pandangan
    Namun kau tak kulepaskan lagi..

    Kita tidak dapat selalu bersama
    Berpisah hanyalah sementara
    Cuma tidak dapat selalu bersama
    Itu tak bermakna putus cinta ..

    Air melimpah pantai berubah
    Tapi tidak tu aku bersumpah
    Usah kau sangka aku dah lupa
    Di mana aku bermula..

    Tapi andainya memang kau sudah
    Berpatah arah aku pasrah
    Apa gunanya ku berharap
    Kau tak sudi apa nak diratap..

    Ketika ini aku masih lagi
    Menyimpan rasa dan cinta kita
    Ku terus berdoa sepenuh hati
    Moga nanti kembali bersama..

    Bagaimana caramu menafsirkan cinta
    Di dalam hubungan kita ini
    Atau Cuma Pujian dan Manis Kata
    Yang kau hargai dan kau sanjungi..

    Aduh Usahlah... Usah Berubah..

    Update Blog Tengah Malam Bahaya Untuk Kesihatan!

    November 26, 2016 1
    Update Blog Tengah Malam Bahaya Untuk Kesihatan!

    Update Blog Tengah Malam Bahaya Untuk Kesihatan! 

    Update Blog Tengah Malam Bahaya Untuk Kesihatan!

    Hmm. Taknak cakap pasal benda macam ni sebenarnya. Nanti menyusahkan semua pihak. Aku yakin ramai yang suka sangat update blog tengah - tengah malam kan? Sebab masa tu memang idea mencurah - curah laju je turun. Aku dah pernah terkena. Sebab suka sangat update blog tengah malam! Aku risau. Takut sangat masalah kesihatan.

    Hmm. Sebab selalu bila update blog tengah malam mesti lapar. Jenis yang rajin memasak mesti akan masak makanan dengan cukup bahan. Contoh masak megi. Ada sayur bubuh sayur, ada cheese, letak cheese. Lepastu. hampeh! Berat naik sebab banyak makan plus makan cheese. 

    Ternyata, Update Blog Tengah Malam Bahaya Untuk Kesihatan! Jaga - jaga ye yang suka update blog tengah makan lepastu suka makan. Hahhahahahahaa



    24 November 2016

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    November 24, 2016 1
    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Rasai Pengalaman Ohara Matsuri di Citta Mall


    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall



    Mula - mula aku tak tahu Ohara Matsuri tu apekebenda. Rupanya Ohara Matsuri tu adalah nama festival yang diadakan di Japang. Jadi aku berpeluang merasai pengalaman Ohara Matsuri di Citta Mall bersama kawan - kawan blogger - Bloggers Day Out! Memang best sebab kerja kitorang makan je. Paling kuat makan? Hahahaha. Kak Syafiera. Teeeeeeet. Kitorang dah berhenti makan pun dia masih lagi sumbat makanan dalam mulut dia. Memang bagus sebab dia tak suka tengok pembaziran walaupun seketul. Tak rugi bawak Kak Syafiera ke majlis makan - makan. 

    Bagaimana Mahu ke Citta Mall Menaiki Public Transport?

    Tak kisah lah kau dari mana yang penting kau berhenti di LRT Kelana Jaya/Ara Damansara. Lepastu kena naik grab car/uber untuk sampai ke Citta Mall. Masa pergi aku turun di LRT Kelana Jaya. Masa balik aku di LRT Ara Damansara. Jadi aku tak tahu mana paling dekat. Dalam maps kalau kira jauh perjalanan nak ke Citta Mall dari LRT Kelana Jaya lagi dekat. Tapi masa balik aku naik di LRT Ara Damansara lagi dekat dari aku di LRT Kelana Jaya. Tapi kedua - duanya sama je. Sebab sampai jugak di Citta Mall. Tambang grab car/uber? Dalam RM6 je. Senang kan? 

    Sebab kan aku takut jalan sesak, pukul 3.30 petang aku dah keluar rumah. Aku siap kira perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih. Padahal, tak sampai sejam dah sampai. Chooiii. Lama nak tunggu masa berjalan. Nasib baik Kak SS pun awal jugak. tapi aku lagi awal. Lepak sekejap dekat kedai buah - buahan. Dia order air detox. Aku order air buah. Tu pun dia yang pilihkan. Sebab tak tahu lah nak pilih yang mana satu. Rezeki pulak tu, Kak SS belanja. Terima kasih Kak SS. Semoga murah rezeki ^_^ 

    Perut dah kenyang ni dengan air. Tapi. aktiviti Bloggers Day Out bersempena Ohara Matsuri di Citta Mall dimulakan dengan sesi minum petang. Haaaaa minum lagi. Bukan minum je. Ada lah makan makanan ringan. 

    Coconut Ice Cream With Corn di Jombali

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Dekorasi kedai yang sangat cantik. Ala - ala hipster gitu. Hehehe. Sekarang semua hipster kan? Aku order coconut shake with corn. Sedap! Makan ais-krim sambil kunyah kelapa. Rasa kepala asli. Sebelum ni kalau makan dekat kedai order coconut shake je. Kali ni buat kelainan sikit. Makan aiskrim sambil kunyah kelapa dan jagung. Di kisar dengan penuh halus di dalam mulut. Pergh! Sekarang ni aku nak. Mana nak cari? Jauh pulak. Hhahaa. Belum jumpa lagi coconut shake with corn area Shah Alam. Kalau ada roger - roger :p Opss, kalau nak tahu apa lagi menu best - best dekat Jombali ni, klik je pautan ni Website Jombali dan Instagram Jombali. Jangan terliur sudah. 

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Selain dari makan ais-krim aku juga dapat merasa sup wantan, mangga apatah nama nya, dan kentang goreng. Aku tak faham kenapa kentang goreng nya sedap. Tak sempat nak ambil gambar dah licin pinggan. Hehehhe. Lepas makan kitorang semua merasa pakai kimono. 


    Berkimono di Snowman Village

    Uuuuuu. Kimono tau. Aku tak pernah lagi pakai kimono. Berpeluh juga lah nak pakai. Sebab kena pusing - pusing. Ni nasib selapis je. Kalau berlapis - lapis tak tahu lah nak cakap apa. Mungkin aku akan duduk. Ni pun ada orang tolong pakaikan. Terima kasih untuk mereka yang susah payah pakaikan kimono untuk aku. Lepas siap separuh bukak balik, lepastu pasang balik, lepastu cabut balik. Semuanya sebab aku kurus sangat. Dia punya yang dekat tengah tu susah nak bentuk. Okay, lepasni aku akan makan banyak - banyak untuk dapatkan bentuk badan ideal. Cewah. Ni semua penangan kimono. 

    Kalau tak ada Ohara Matsuri di Citta Mall, mungkin aku mampu tengok je orang pakai kimono. Kalau korang nak merasa pakai kimono jugak, datang lah Citta Mall pada 26 dan 27 November ini. Percuma dan boleh pilih sendiri kimono mana yang korang nak. Ada macam - macam warna untuk korang gayakan. Tak pandai pakai kimono? jangan risau. Ada orang akan pakaikan kimono untuk korang. Korang rileks je k? Benda boleh settle

    Lepastu boleh lah bergambar banyak - banyak di Snowman Village. Upload dekat instagram dan hashtag Berkimono di Snowman Village. Mesti ramai yang tertanya - tanya korang dekat mana. Rasa meletopss kejap. Takkan dekat Jepang pulak kan? Semata - mata nak merayakan Ohara Matsuri. Rupanya Ohara Matsuri di Citta Mall je. 

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall


    Bergambar di Dinding 3D 

    Lepas habis je sesi photoshoot dekat Snowman Village, kitorang jadi kanak - kanak riang bergambar di dinding 3D. Background pun ala - ala di Jepang. Aku tak bergambar. Segan nak buat aksi. Hehehe. Kalau tak de orang mungkin aku paling over. Hahahha. Waktu kawan lain buat aksi dekat dinding tu, aku ambillah gambar diorang. Sebab aku tak bergambar pun dekat dinding 3D. Kalau nak merasa ala - ala di Jepang meh bergambar di dinding 3D di Citta Mall. Memang real kalau kena dengan angle tu. Hanya fotografer je yang memahami. Tapi memang sakan sungguh depa beraksi. Aku senyum je tengok. Nampak kecomelan diorang. Nampak muda remaja. 

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Makan - makan di Tokyo Kitchen

    Fuh. Makan lagi. Memang kenyang betul Bloggers Day Out kali ni. Tak berhenti langsung makan. Makan malam kitorang dekat Tokyo Kitchen di Citta Mall. Menu dia? Macam sushi tu. Tapi lagi best dan menarik! Selalu aku beli sushi dekat giant yang harga belas - belas. Kadang tak puas. Ni macam - macam ada. Sampai tak tahu nak makan yang mana. Tokyo Kitchen juga pernah mendapat anugerah 'Best Japanese Restaurant of The Year 2012/2013'. Hanya penggemar makanan Jepang je tahu betapa best nya menu dekat Tokyo Kitchen ni.

    Dekorasi kedai pun best. Nampak santai dan tenang. Jadi dapat menikmati dengan aman dan selesa. Tak tahu nak sebut nama menu. Sebab semuanya terbaik. Walaupun aku ni penggemar makanan sushi, tapi aku tak lah heavy sangat. Hehehe. Jadi yang ada salmon tu aku tak sentuh langsung. Takut tak boleh telan. Diorang kata sedap. Memang licin pinggan! 

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    A Beauty Secret Studio di Citta Mall

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Masa sampai dekat sini kedai pun macam dah nak tutup. Sebab dah tak ada orang. Maklumlah banyak masa yang habis di Tokyo Kitchen. Bab makan memang kitorang nombor satu! Walaupun lambat tak baik membazir tau. Tetap nak habiskan. Di Beauty Secret Studio, kitorang diberi penerangan serba ringkas. Diorang ada buat rawatan kuku, penjagaan rambut dan beberapa rawatan lain. Aku pun tak sempat nak tanya banyak. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin korang boleh klik di pautan ni untuk maklumat lebih lanjut mengenai rawatan yang ditawarkan --> Facebook A Beauty Secret Studio

    Jom ke Citta Mall Dan Rasai Sendiri Ohara Matsuri 

    Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

    Ha. Yang duduk rumah tak tahu nak buat apa,  meh datang Citta Mall. Ada macam - macam aktiviti menarik diadakan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman di Jepang dan merayakan perayaan Ohara Matsuri di Citta Mall tau. Berbaloi sebab kau dapat merasai perayaan di negara orang. Walaupun bukan betul - betul macam dekat Jepang. Kutip lah seberapa pengalaman di 'negara orang'. Hehhee. Jangan kecam okay. Maksud aku fefeling dekat Japang lah. Best apa merasa merayakan perayaan orang. Asyik Salam Lebaran je. Cuba lah pula Ohara Matsuri kan? 

    Aktiviti Ohara Matsuri di Citta Mall

    26 November 2016:
    11:00 am – Japanese Dance Along Session
    11:30 am – Ohara Matsuri Colouring Contest
    2:00 pm – Japanese Dance Along Session
    2:30 pm – Kendama Culture Workshop
    4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
    5:00 pm – Ramen Challenge

    27 November 2016:
    11:00 am – Japanese Dance Along Session
    11:30 am – Kendama Competition
    4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
    5:00 pm – Ramen Challenge

    Kalau nak daftar untuk aktiviti Ohara Matsuri Colouring Contest boleh daftar di sini --> Borang Pendaftaran Ohara Matsuri Colouring . Semoga berjaya :) 


    Info Mengenai Citta Mall

    Alamat : 
    Citta Mall No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

    Tel: 
    +603- 7662 5000

    Operations hours: 
    Mon – Sun: 10am -10pm

    Facebook : CITTAMall 
    Instagram : @cittamall