Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera - Mieza S Mieza S: Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

November 26, 2016

Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera

Lirik Lagu Menyingkap Tabir Misteri Samudera


Banyak yang kau tahu
Semakin banyak yang kau tak tahu
Asal kejadian yang dari mula
Sampai akhirnya

Apa yang tersurat
Bukan yang tersirat
Menyingkap misteri
Bukanlah sehari

Gigil bukan dingin
Sepanas jua bukan mentari
Tidak dalam gelap
Dia yang ada
Di dalam terang

ketentuan hidup
rencana dari Nya
kita di dunia
hanya sementara

Jauhnya dia
Tidak sejarak
Langit dan bumi
Dekatnya Dia
Tidak sedekat
Sebutir padi

Dayunglah hai teman
Dalam samudera
Hidup sementara
Layarkan bahtera
Ke destinasi
Hidup yang hakiki

Renung kejadian
Asal mula kita
Dari mana datang
Ke manakah pulang

Biarlah lewat
Jangan terlambat
Untuk mengenali
Hakikat kejadian
Insan seperti kita

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.