Ohara Matsuri Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
Ohara Matsuri mengeratkan hubungan kekeluargaan? Yes! Nak tahu kenapa? Sebab ada macam - macam aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Aku pun terasa nak join jugak. Tapi sebab tak de geng. Malu -- Aku jadi pemerhati je. Paling best bila dapat tengok hubungan kekeluargaan yang terzahir. Seronok. Bila entah aku nak bekeluarga ya? Hikhokkkk. Dapat bawak anak aku pakai kimono. Cewahh, berangan. Tunggu lagi 5, 6 tahun kot. Kalau ada jodoh.
Japanese Dance Along Session
Aktiviti yang dimulakan pada pagi itu ialah 'Japanese Dance Along Session'. Tengok keletah adik - adik kecik ni. Alahai comel je tariannya. Mula - mula ramai yang malu. Lama - lama penuh pulak yang masuk gelanggang tak nak lepas peluang menari sama - sama. Mana tak comel nya. Dah lah pakai kimono saiz kecik (baca : untuk budak kecik), lepastu joget - joget lak. Memang mata aku asyik curik pandai je dekat budak - budak ni menari.
Ohara Matsuri Colouring Contest
Ketika 'Japanese Dance Along Session' sedang berlangsung, 'Ohara Matsuri Colouring Contest' juga dimulakan. Kiranya dalam satu masa ada dua aktiviti yang sedang berjalan. Untuk mereka yang tak join 'Ohara Matsuri Colouring Contest' ni, mungkin ada di tempat 'Japanese Dance Along Session' atau sedang berjalan - jalan di booth makanan dan booth jualan barangan.. Ramai juga yang masuk pertandingan ni. Teringat lah masa aku kecik - kecik dulu. Memang minat sangat mewarna. Selalu menang tau! Pernah dapat nombor 1. Tapi kan, mana ada pertandingan mewarna untuk orang dewasa. Pertandingan melukis ada lah. Tangan aku ni dah kah kayu.
Paling teruja mesti lah sang emak. Berkali - kali pesan pada anaknya begini begitu. Aduh. Jeles aku. Bawak 1 beg penuh dengan pensil warna. Macam - macam jenis ada. Ternganga aku. Dengan bawak tikar, sarung tangan nya, dengan bantal lapik. Aduh. Memang serius betul emak - emak dengan pertandingan anak dia. Memang support habis! Memang lawa gambar yang diorang warna tu. Ada shading gitu. Pekat, cair, lighting. Ah entahlah.
Paling teruja mesti lah sang emak. Berkali - kali pesan pada anaknya begini begitu. Aduh. Jeles aku. Bawak 1 beg penuh dengan pensil warna. Macam - macam jenis ada. Ternganga aku. Dengan bawak tikar, sarung tangan nya, dengan bantal lapik. Aduh. Memang serius betul emak - emak dengan pertandingan anak dia. Memang support habis! Memang lawa gambar yang diorang warna tu. Ada shading gitu. Pekat, cair, lighting. Ah entahlah.
Selain tu juga, ada aktiviti lain. Antaranya ialah 'Kendama Culture Workshop', 'Sushi Rolling 'Workshop' dan 'Ramen Challenge'. Tiada gambar untuk ketiga - tiga aktiviti ini. Maaf. Hehehe.
Sepanjang Ohara Matsuri di Citta Mall berlangsung, turut diadakan booth booth jualan seperti makanan dan buku. Dapat lah merasa makanan orang Jepun ye. Menyesal kan tak pergi? Tunggu tahun depan. Kot ada lagi Perayaan Ohara Matsuri kan? Boleh merasa makanan Jepun, pakai kimono dan turut serta dalam pertandingan - pertabdingan lain.
Pada hari Sabtu (26/11/2016) juga turut diadakan penyerahan cek sebanyak RM10,000 kepada Sunbeams Home. Reaksi mereka yang datang dari SunBeams juga nampak gembira. Kalau nak tahu, mereka juta turut hadir di Citta Mall untuk memeriahkan lagi Ohara Matsuri ni.
Ada yang tanya SunBeams Home tu ape?
Siapa Sunbeams Home?
SunBeams Home atau lebih dikenali sebagai Yayasan Sunbeams Home (YSH), merupakan sebuah badan bukan kerajaan. Merupakan sebuah rumah untuk kanak - kanak pelarian, yang menjadi mangsa penderaan, dan yang diabaikan oleh keluarga. Datang mereka adalah dari pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Kewujudan Yayasan Sunbeams Home dimulakan oleh sepasang suami isteri Pastor Alvin Tan dan arwah isterinya, Pastor Lucy pada tahun 1995.
Maklumat Lanjut mengenai Sunbeams Home boleh rujuk disini --> Laman Web Sunbeams Home
Terima kasih Ohara Matsuri yang berlangsung di Citta Mall. Kalau tak de, mesti aku tak berpeluang merasai perayaan Jepun dan sedikit budaya mereka.
Info Mengenai Citta Mall
Alamat : Citta Mall No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel:
+603- 7662 5000
Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm
Facebook : CITTAMall
Instagram : @cittamall
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.