Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing


Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Masa aku dengan ayah aku sampai sini dulu, kami kejar masa. Dapat bergambar je depan papan tanda ni. Tapi semangat berkobar nak lalu atas jambatan tu macam bagus je. Tapi bila dapat peluang lalu Jambatan Gantung Kolong Pahat Sg. Lembing ni, memang masak. Aku ni sejenis yang takutkan ketinggian. Nanti kaki dan tangan aku berpeluh. Aku pun tak tahu macam mana nak atasi rasa takut tu. Nasib baik ada ahli kembara KBBA9. Dalam takut - takut tu, lepas juga aku ke seberang dan pulang semula ke tapak papan tanda ni. Ni semua atas semangat berpasukan. Hahaha. Betul tak kawan - kawan? :p 

Jambatan Gantung Kolong Pahat Sg Lembing

Yang sebenarnya. lawatan ke Jambatan Gantung Kolong Pahat merupakan lawatan kedua selepas Muzium Sungai Lembing. Tapi aku tak masukkan dalam entri tu sebab aku nak korang rasa berkobar - kobar baca entri aku. Eh, ada orang baca ke? Harap aku ada peminat setia. Cewah. Haraplah bukan harapan palsu. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Dikatakan usia jambatan gantung ni dah melebihi 100 tahun dan merupakan jambatan tertua antara jambatan gantung yang terdapat di beberapa lagi perkampungan berdekatan. Jambatan ni memang panjang dan tinggi. Sebab tu lah aku gayat. Nak pulak, bawah tu sungai. Kecut je perut aku. Di hujung jambatan pula terdapat perkampungan cina. Nak tahu apa istimewanya di perkampungan tersebut? 

Semestinya kilang pembuatan mee. Tapi bukan mee je yang istimewa dekat perkampungan ini. Terdapat juga snek yang dibuat sendiri serta taufufa yang sangat sedap. Sempat juga aku merasa taufufa dari orang sungai lembing. Memang terbaik dari ladang. Semua barangan yang dibuat secara manual ni akan dijual samaada di kedai mereka sendiri atau dibawa ke Pekan Sungai Lembing. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Walaupun takutkan ketinggian, dalam keadaan yang tak sengaja aku tetap memunculkan diri dalam lensa kamera orang. Kononnya nak tunjuk bukti aku pernah datang situ. Diorang siap melompat lagi tau. Kaki aku yang serius takut jatuh. Padahal tak ada apa pun. Orang kampung situ siap naik motor lalu atas jambatan. Memang berani betul weyh. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing


Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing


Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Rainbow Waterfall Sg Lembing atau juga dikenali sebagai Air Terjun Pelangi merupakan tempat wajib pergi bila sampai Sungai Lembing. Memang jadi tarikan untuk para pelancong dan orang Malaysia sendiri. Kenapa namanya ada terselit perkataan pelangi? Semestinya sebab memang pelangi akan memunculkan diri di air terjun tersebut. Tapi ikut nasib lah. Kebetulan masa aku datang, pelangi tak malu menonjolkan diri sampai tak sudah. Masa nak balik tu, baru pelangi hilang dan pergi. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Untuk sampai ke atas air terjun pelangi, kitorang semua melalui jungle tracking. Walaupun jauhnya melebihi 1km lebih, tapi tak terasa penat bila dah sampai atas. Sebab dapat menikmati air terjun yang begitu nyaman dan asyik. Untuk sampai ke sini (gambar di atas) dari XCape Resort, kitorang menaiki 4x4 dan diturunkan disini. Lepastu kitorang redah sungai berjemaah. Memang wajib basah. Jangan bawak barang banyak sangat. Nanti basah dan rosak. Pastikan ada beg waterproff. Rosak naya je. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Bila nampak nombor 1000m tu, rasa macam aduh lamanya nak sampai. Rasa tak sabar nak naik atas. Tu lah, aku duduk depan je, nak cepat sampai. Hahhaha. Aku tak tahu lah orang belakang sampai mana dah. Bukan tak peduli, tapi aku takut aku pancit dekat tengah - tengah. Ni pun macam dah perlahan je aku jalan. Taoi aku gagah lah berhenti - berhenti. Ambil gambar mana patut. Apa yang seronoknya dekat jungle tracking sepanjang perjalanan ke Air Terjun Pelangi ialah jalan tracking yang semulajadi. Ada jenis track dia siapkan tangga. Ni tak de. Memang gentle kena panjat batu semua. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Masa ni dah separuh jalan. Tinggi kan air terjun tu? Rasa macam semut je orang - orang dekat bawah dia. Jangan risau. Setiap laluan disediakan tali untul naik ke atas. Cuma keselamatan kena jaga sikit. Takut licin. Pastikan pakai kasut yang selesa dan sesuai. Takut tergelincir. Jalan pun jangan gopoh sangat. Kena sentiasa berhati - hati. Sebab kita pun tak tahu apa halangan kita dekat depan. :) 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Jodoh aku dapat bertemu pelangi hari tu. Sampai je dekat atas, pelangi sedang perlahan - lahan nak keluar memunculkan diri. Air dari atas memang kuat dan laju. Memang kamera aku asik gagal je tangkap gambar. Sebab penuh dengan air terjun dari atas. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing
Bergambar ala - ala model
Walaupun air terjun memang kuat, kitorang tetap gagah perkasa nak buat pose depan kamera. Hahhaha. Gitu kau. Nampak tak gigih kitorang nak ada gambar?? 


Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing


Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing
Dah sedap mandi semua lapar. Hehhe
Waktu makan ni memang tak senang duduk. Aku dah macam pakinson je. Menggeletar sejuk. 


Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Rainbow Waterfall (Air Terjun Pelangi) di Sg. Lembing

Gambar terahir sebelum pulang meninggalkan Air Terjun Pelangi. Semoga ukhuwah antara kita akan tetap kekal sampai bila - bila. Harap dapat mengembara bersama lagi ye kawan - kawan. Kenangan bersama kalian tetap diingat sampai bila - bila. <3 Sampai sekarang aku takut nak mandi. Sejuk air paip terasa persis macam air terjun tempoh hari. Nampak sangat aku masih tak boleh move on. Masih teringat kesejukan air di sana. Semoga aku dapat ke sana lagi.



Post a Comment

0 Comments