Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang 

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang
Kredit kepada SS

Rempuh Halangan di XCape Resort

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Selepas je balik dari lawatan pertama ke Muzium Sungai Lembing, kami balik ke bilik untuk bersiap ke lawatan seterusnya. Ke mana? Ke Obstacle Course XCape Resort. Obstacle Course merupakan tempat yang paling sesuai untuk mengadakan team building. Kalau main benda alah ni memang memerlukan semangat kesukanan yang tinggi. Kenapa? Yela, kalau tak ada semangat berpasukan macammana nak menang. Kan? 

Sedikit info berkenaan Obstacle Course

Obstacle Course diilhamkan oleh seorang volunter dari Rusia. Kebetulan waktu Kembara KBBA9 di Sungai lembing, beliau juga ada disitu. Yang paling hensem tu beliau lah. Tu yang paling depan sedang memberikan sedikit sepatah dua kata. 

Jom tengok gelagat KBBA9 main obstacle course

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang
Permulaan
Kumpulan akan dibahagi kan kepada dua kumpulan. Nampak tak anak panah tu? Ada warna kuning dan merah. Warna kuning terlindung sikit. Peserta dikehendaki melalui kiri dan kanan untuk melepasi tong hitam. Oh lupa nak bagitahu. Semua peralatan yang digunakan merupakan objek terbuang dan dari sumber alam itu sendiri. Jadi tiada istilah membazir. 

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Ada halangan yang sukar, ada halangan yang memang kacang betul. Semua halangan yang kacang betul tu aku lalui dengan senang hati. Dan semua halangan yang sukar tu aku tak buat. Memadai aku sebagai jurugambar tak bertauliah ditepi. Hehehe. 

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang
Imbangan badan
Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Ni adalah seorang Ayu yang gagah perkasa. Dia hebat dan hardcore. Jarang - jarang dia menolak semua aktiviti. Sebab dia memang sangat berani untuk  mencuba sesuatu yang baru. Aku kagum dengan beliau. Nampak tak? Dia lompat air tu lepastu panjat sampai atas? Berjaya ke seberang tanpa jatuh. Tahniah Ayu Jean ^_^ Awak memang hebat.

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Ha panjat benda alah ni, memang sesuai untuk orang yang gagah perkasa je. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang memang padu. Nak mengaut tali yang depan tu memang aduh. Tak daya aku. Aku memang setia je jadi penonton dekat depan. Yang pasti aku sampai dulu sebelum melalui halangan. Walaupun tak nampak hebat, tapi cukup lah kalau aku rasa aku hebat untuk diri sendiri. Cewah. Hanya orang tertentu je yang lepas untuk habiskan benda alah ni. 


Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Huh! Dah habis pun. Kalau main secara serius mahu basah ketiak. Tapi, tak perlu risau. Habis je main obstacle course, kitorang semua dibawa ke sungai berdekatan. Untuk apa? Aktiviti sungai lah ! Yeahhh. 

Aktiviti Sungai di Xcape Resort

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang
Sesi penerangan
Dah penat main obstacle course, terjun sungai pulak. Tapi, tak boleh terjun sembarangan tau. Kena tunggu dulu. Buat aktiviti seperti yang dirancang. Abang tu tengah bagi penerangan macammana cara untuk memegang SUP (stand up paddle). Kalau salah pegang dikhuatiri tak bergerak pulak nanti. Sebab tu kena ada cara yang betul. Nak duduk atas apa tah namanya tu macam kayak tu pun kena betul. Kalau nak sorang kena duduk tengah - tengah. Kalau berdua kena pandai bahagi sama rata. Biar adil dan saksama. 

Masa aktiviti dekat sungai ni aku tak mandi pun. Sebab aku seriau dengan warna air dia. Aku bayangkan macam - macam. Senang cerita aku takutkan air dan takut tinggi. Sebab tu atas jambatan gantung terkedek - kedek aku nak sampai ke hujung. Sampai basah lah tangan aku berpeluh punya pasal. Nak tahu pasal jambatan gantung? Tunggu entri seterusnya ya :) 

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Siapa yang  nak imbang badan atas tali pun ada. Aku tengok pun macam seronok je diorang ni main air. Ber'kayak'nya lagi. Meriah betul masa tu dengan gelak ketawa. Tapi paling tak boleh nak lupa bila ......

 Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Hahahaha. AKu tak tahu lah ni siapa yang jatuh. Tapi kalau tengok kasut, hmm macam boleh agak. Sebab lain dari yang lain. >.< Comel je kan. Punyalah semangat nak imbang badan. Nak sampai separuh tiba - tiba ada orang kacau daun. mana tak terbalik. 


Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Rempuh Halangan dan Aktiviti Sungai di Xcape Resort Sungai Lembing, Pahang

Nampak? Best gila gelongsor ni. Mula - mula ramai yang tak peduli sebab taknak. Last - last dah cuba sekali mesti nak berkali - kali. Sebab tak puas hati. Masing - masing buat terjunan ala olimpik gayanya. Nak maghrib baru kitorang naik. Memang main air sungguh - sungguh betul hari tu. Walaupun dah berjalan ke Muzium Sungai Lembing, pusing - pusing di sekitar pekan Sungai Lembing, penat tu tak pernah ada. Masing - masing menikmati waktu yang berharga ni. 

Jadi, siapa berminat nak merasai sendiri pengalaman di XCape Resort ni boleh la lawati laman web XCape Resort. Boleh tengok gambar pertama di entri ini tentang pakej yang berkaitan :) 


Jom tengok entri sambungan Kembara KBBA9 :

Part 1 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 2 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 3 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 4 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang






Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.