Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing, Pahang
Entri ini adalah entri kesinambungan dari cerita Kembara KBBA9 Part 1. Dan ini merupakan lawatan pertama di Sungai Lembing :)
Bayaran Masuk
Dewasa | RM 2 |
Warga Emas | RM 1 |
OKU | RM 1 |
Ahli ICOM | Percuma |
Pelajar Sekolah Beruniform | Percuma |
Kanak - Kanak | Percuma |
Dewasa (Tanpa Mykad) | RM 5 |
Warga Emas (Tanpa MyKad) | RM 5 |
Kanak - Kanak | RM 2 |
ICOM | Percuma |
Dulu aku ingatkan Muzium Sungai Lembing tu adalah muzium yang menempatkan sejarah pasal Sungai Lembing tu sendiri. Hahahah. Tu masa umur aku belasan tahun. Masa tu pun belum ada blog lagi. Sibuk 'dok' baca pengalaman orang. Punyalah aku eksited nak sangat pergi Muzium Sungai Lembing ni. Nak tahu sebab apa? Sebab sejarah tu sendiri. Aku memang minat sejarah. Tapi bila dalam kelas, memang mengantuk kemudian dalam exam pun tak dapat markah tinggi. Puncanya sebab cikgu sejarah yang buat jalan cerita sangat membosankan. Mendatar je ~ Lepastu kena ingat banyak fakta. Aduh, lemah weyh.
Apa yang pernah wujud di Sungai Lembing pada waktu dulu adalah sangat gah dan sangat hebat. Sungai Lembing pernah menjadi pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang Darul Makmur. Menggunakan teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Bijak cara pemikiran mereka di masa lampau.
Pekerjanya terdiri daripada Inggeris, Melayu dan Cina. Mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah dan banyak perak. (sumber wikipedia)
Jom kita tengok apa yang ada di dalam Muzium Sungai Lembing.
Nak sampai ke muzium tu memang kena mendaki sikit. Hati kena kental. Tinggi kan? Atas bukit. Bila aku dah masuk muzium dan naik ke tingkat dua, aku dapat menikmati pemandangan hijau. Subhanallah. Tak tahu nak kata macammana. Reka bentuk muzium juga ala - ala inggeris yang bercirikan senibina kolonial. Dikatakan dulu ketoka era perlombongan, bangunan muzium ni merupakan sebuah banglo pengurus dari Eropah. Muzium ni kalau ikutkan mengadap Sungai Kenau.
Antara nya ialah model lombong bawah tanah (underground mining model). Serta alatan - alatan yang digunakan sepanjang melombong. Peralatan yang digunakan sepanjang perlombongan yang dipamerkan juga melebihi 100 jenis. Memang mengimbau kenangan betul.
Terdapat juga diorama seolah - olah laluan terowong yang digunakan ketika zaman perlombongan dulu kala. Nampak macam real. Cuma pendek sekadar pameran.
Segmen Ekonomi Perlombongan |
Replika bilik tidur |
Bergambar kenangan di pintu masuk Muzium Sungai Lembing |
Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Terpanjang di Dunia
Pernah tak terfikir? Kenapa lombong bijih timah bawah tanah terpanjang didunia tidak dikenali? Maksud aku namanya yang gah tak menjadi bualan orang langsung. Masa aku dekat kampung dulu, aku ada lalu depan muzium. Adik aku cakap, ada terowong. Weyh, aku punya tak sabar nak pergi. Sampai bawak dalam mimpi tau. Request banyak kali dekat ayah aku untuk bawak aku kesana. tapi ayah aku tak mahu. Alasannya waktu tu, sebab orang tengah beraya. Mana ada orang kerja. Balik ke Selangor, aku tak habis meng google pasal terowong tu.
Nampak sangat aku sayangkan sejarah. Kahkah. Tak tahu kenapa semangat aku berkobar - kobar. Mungkin sebab aku dengar cerita dari adik aku. Kalau masuk terowong lagi dalam, kena pakai topeng muka. Ha, itu lah yang aku nak. tapi tak tahu sungguh - sungguh ada atau pun sekadar reka cerita. Aku nak merasa sendiri kedalaman terowong yang dikatakan terpanjang di dunia.
Batuan yang ditebuk yang menjadi bekalan udara kepada pekerja lombong |
Tahu tak? Kitorang naik keretapi untuk masuk ke dalam terowong. Tapi bukan sepanjang perjalanan. Keretapi tu sekadar hantar kami di awal perjalanan muka terowong sahaja. Lepastu kitorang berjalan kaki. Dalam tu rasa sejuk. Macam ada penghawa dingin. Mungkin sebab ada lubang udara yang pernah ditebuk oleh pekerja lombong suatu ketika dahulu. Ada air menitis masuk ke dalam gua. Ada sedikit basah - basah lecak dalam gua tu. tapi tak menyusahkan sangat pun. Biasa lah tu dalam gua kan.
Sedikit info berkaitan Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Terpanjang di Dunia
Dikatakan Terowong bawah tanah atau 'pengkang' dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi.
Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter. Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.
Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih.
Mengapa Lagenda Lubang Sejuta Ringgit??
Di hujung terowong terdapat satu tayangan yang menunjukkan kisah di sebalik lagenda yang menjadi bualan masyarakat setempat. Dalam tayangan video tu ada menunjukkan tentang aktiviti perlombongan haram pada tahun 1987.
Satu usaha melombong bijih timah secara
besar - besaran dipercayai telah berlaku di dalam lubang ini, tidak lama
selepas lombong ini ditutup. Adalah dipercayai bahawa sekumpulan
yang terdiri daripada 20 orang pelombong yang sehingga itu belum dibayar gaji telah
mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan
secara haram ini disebalik kegelapan malam.
Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah bernilai antara RM2000 hingga RM3000
setiap malam, untuk suatu jangka masa yang lama sehingga
jumlah keseluruhan bijih timah yang dianggarkan bernilai sekitar RM1,000,000.
Bijih timah yang dilombong dipercayai dipecahkan dengan tangan dirumah, sebelum dijual
di pasaraya gelap. Lubang ini telah dilombong
sehabis - habisnya sehinggalah struktur menjadi tidak selamat.
Andaikata doraemon wujud, mesti aku mahukan satu waktu untuk kembali di zaman ini. Aku nak merasa bagaimana keadaan waktu dulu yang kini menjadi sejarah. Atau mungkin, aku sebenarnya boleh ke luar negara kalau betul - betul mahukan info berkaitam ini? Sebab cikgu selalu kata, banyak sejarah malaysia tidak ada di sini. Semuanya di bawa ke luar negara. Ha lebih kurang gitu lah ayatnya. Datanglah sini. Merasa pengalaman masuk ke lombong bijih timah bawah tanah terpanjang di dunia.
Bukti KanvaDakwat pernah datang sini ^_^ |
Part 1 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 2 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 3 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 4 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Muzium Sungai Lembing
Alamat:Ibu Pejabat Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Timur), Sungai Lembing, 26200 Pahang.
Tel:
09-541 2378
Fax:
09-541 2377
Emel:
pr.msl@jmm.gov.my
http://www.jmm.gov.my/en/museum/sungai-lembing-museum
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.