Shogun2u Terbaik?

Shogun Terbaik?


Shogun2u Terbaik?


Pernah dengar Shogun2u? Aku tak pernah. Ni kali pertama. Aku pun tak tahu lah Shogun2u ni apa. Tapi!! Aku tak menyesal lepas aku bukak laman web http://shogun2u.com/ . Tak tahu nak pilih mana satu. Rambang mata. Harga pun berpatutan. Kan sini ada macam - macam jenis makanan yang tersedia. Daripada Japanese, Korean, Chinese, Western sampai lah ke Stemboat. Lengkap. Kau cakap je kau nak apa? Semua ada. Tersedia secara meal set (makanan utama, air, dan kek) atau secara mains (ala carte).

Ni kira kali pertama aku buat food delivery. McDonals pun aku tak pernah buat lagi. Sebab aku tak reti nak telefon dan bercakap dengan orang yang angkat telefon aku. Kadang - kadang kita cuma nak order seketul je tapi poyo siap nak telefon. Nanti komfem kena kutuk punya. Tu lah aku malas. Jadi, bila kau log in di http://shogun2u.com/ kau tak perlu susah - susah bina ayat bercakap dengan orang yang angkat telefon kau. Kau cuma perlu ada internet dan pilih mana - mana makanan yang kau nak. Senang berurusan dengan Shogun2U ni. 

Sebab kalau nak ikut sebelum ni aku pernah beli barangan online di *** (nama dirahsiakan). Aku order dua barang. Lepastu kira aku salah masukkan maklumat. Aku emel harini, esok baru dia balas. Tak pun kena tunggu beberapa jam. Lepastu aku telefon pulak. Cakap nak cancel. Sudahnya membazir je kredit aku. Tak boleh cancel sebab dia cakap satu barang tu memang milik syarikat tu. Dan satu lagi tu orang letak (tumpang). Memang tak boleh cancel. Tapi seingat aku, tak ada pulak tulis dekat halaman gambar baju tu. Sama je macam barang aku lagi satu. Jadi aku redha. Nak kata serik tu tak lah. Mungkin sebelum beli aku kena banyak tanya dulu sampai pihak diorang bosan dengan soalan aku. Padan muka! Hahaha.

Berbalik kepada Shogun2U ni. Memang aku selalu ada masalah kalau nak buat tempahan atas talian. Ada je benda aku salah masukkan. Dan seperti biasa aku akan contact balik pihak syarikat untuk buat sebarang pembatalan atau nak buat tempahan baru. Ni memang selalu masalah aku. Hehehhe. Nak dijadikan cerita semalam masa aku buat tempahan, ada benda yang aku tak habis tulis lagi tapi aku dah hantar pesanan tempahan tu. Lepastu siap dapat nombor siri untuk tempahan. 


Shogun2u Terbaik?

Ini adalah resit yang aku dapat pada pukul 6.33pm. Pantas. Selepas dua minit (semalam sebelum 6.33pm) yang lepas aku buat tempahan terus aku menggelabah sebab aku salah key in ni. Aduh. Lepastu aku tak tahu dah nak buat apa ni. Lepastu aku whatsapp tanya kawan. Dia suruh contact customer service. Dekat laman web http://shogun2u.com/ bahagian kanan bawah sekali, ada tempat chatting. Terus aku mula chat. Sekejap je dia balas. Maknanya sepanjang pihak mereka bekerja, memang sudah sedia ada orang jaga chat ni kalau - kalau orang yang bermasalah macam aku ni tiba - tiba memerlukan perkhidmatan dan sebarang pertanyaan. So, kalau kau tak reti macam mana nak isi tempahan ni kau terus je chat. Sekejap je diorang balas. Tak payah nak tunggu sampai esok. 


Shogun2u Terbaik?

Masa aku buat tempahan tu, anggaran untuk setiap penghantaran ialah selama satu jam. Jadi aku ambil lah dalam pukul 8.15pm. Tapi! Awal gila dia hantar. Maksud aku, kau jangan risau kalau kebulur tak sabar sangat nak makan. Anggaran masa yang kau pilih tu akan awal dari yang kau jangkakan. Semalam aku tempah ni. Buat makan malam :)

Shogun2u Terbaik?

( Tori Karaage Set)

RM25.80


Shogun2u Terbaik?
Buy 1 Free 1

Shogun2u Terbaik?
Makanan yang aku order macam dalam gambar dekat atas.
Air lupa nak snap. Dah habis. Huhuu. 
Makanan ni masih panas masa aku dapat. Tak pasti pulak dekat mana cawangannya. Hahhaa. Harga tu dah termasuk kos penghantaran rasanya. Sebab tak di cas pulak. 

Shogun2u Terbaik?
Kek Black Forest (set sekali dengan makanan)

Shogun2u Terbaik?
Ni dessert. Aku tambah. Sebab terliur. Haritu makan tak puas.


Jadi malam tu, aku kenyang makan makanan Japanese :) untuk pertama kali dalam hidup aku. Terima kasih Shogun2U sebab perkhidmatan (food delivery) anda sangat memuaskan! Saya bagi 4 bintang. 


Post a Comment

7 Comments

  1. kalau pegi buffet dia lagi best...akak prefer dine in...hehehhehe...tp nak cuba gak la nanti...

    ReplyDelete
  2. owh sedapnya nampak.xpernah try lagi shogun2u

    ReplyDelete
  3. Wahhh bagus laa customer service camtu. Tak sabaq nak order gak

    ReplyDelete
  4. Bestnya! Bestnya! Area mane je dia cover erk? Ehhh, nak pegi terjah jugaqlah :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.