Review Filem Ola Bola
Sinopsis
Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.
OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Bagi meninggalkan kesan pada hati penonton, Chiu telah memberi sentuhan ajaib pada setiap watak terutamanya watak utama, Tauke yang digambarkan dalam OlaBola, yang mana dia terpaksa meninggalkan pasukannya disebabkan masalah kewangan.
Begitu juga dengan watak Rahman, seorang pengulas sukan yang begitu bersemangat ketika membuat liputan. Kehilangan tunggak utama membuatkan pasukan kebangsaan berdepan dengan pelbagai masalah di perlawanan kejohanan pertamanya. Namun, pasukannya bangkit dengan bersatu padu untuk mencapai kemenangan.
Filem yang mengambil masa selama satu tahun untuk proses produksi ini menggunakan khidmat professional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood. Begitu juga dengan sinematografi udara terbaik dari Australia, pasca produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, mereka turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang seorang pengarah fotografi dari filem Kana.
Filem bergenre drama ini menampilkan pelakon hebat, Bront Palarae dan penampilan istimewa oleh Frankie Lee. Menariknya, OlaBola turut dibarisi pelakon baru yang bakal menyinar seperti JC Chee (Kwok Keong atau Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Saran Kumar (Muthu) dan Marianne Tan (Marianne).
Menarik untuk diperhatikan, bahawa filem ini seperti mana filem-filem yang sepatutnya menyatakan realiti sebenar kehidupan di Malaysia, menggunakan kesemua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis, dan juga Hokkien.
-petikan dari laman web (lupa)
-petikan dari laman web (lupa)
Bagi aku, aku sangat berbangga sebab menjadi salah seorang penonton Ola Bola. Dimana, aku duduk di dalam panggung wayang bersama dengan manusia - manusia yang lain menikmati bekas sejarah yang sedang dikibar untuk mengingati kembali kenangannya.
Jujurnya sepanjang aku duduk menikmati skrin layar, aku banyak menangis. Mungkin sebab aku perempuan yang memang senang sangat menangis untuk benda yang menyentak hati. Jadi boleh dikatakan, tiap babak banyak memaparkan tentang sesuatu yang meruntun hati aku. Contohnya, babak dimana masa tu kalau tak silap aku. Tauke datang nak tolong adik perempuan dia sidai getah (aku tak tahu apa istilah benda ni, jadi aku sebut je asal korang faham) . Masa ni adik dia dah fedup dengan Tauke. Biasalah perempuan kan. Kalau fedup, mesti dia akan luahkan panjang berjela lepastu menangis.
Adik perempuan dia ni tak dapat nak sambung belajar dekat universiti sebab masalah kewangan. Jadi dia gadaikan masa depan untuk membantu keluarga dengan menoreh getah dan menjahit pakaian. Masa ni adik dia cakap la, jangan lah berhenti main bola. Teruskan main bola dengan bersungguh - sungguh. Siapa lagi yang emak dia nak harapkan kalau bukan dekat abang dia.
Masa ni aku ikut menangis sebab adik dia pun menangis. Lepastu babak sedih masa Ali dapat tahu perlawanan bola yang diorang tengah nak kejar mata tu, tak layak pun sebenarnya nak ke Moscow. Jadi, dia rasa tertipu dan diperbodohkan. Masa ni aku rasa macam sedih gila. Aku terbayang bagaimana keadaannya bila ditipu oleh manusia.
Filem Ola Bola gaulkan segala perasaan dan rasa jadi sebati. Cerita ni bukan hanya mengisahkan tentang semangat bola sepak dalam menaikkan negara, malahan tentang erti kekeluargaan dan persahabatan juga adalah penting dalam sesebuah pasukan.
Warna kulit dan latar belakang bukanlah perihal yang sangat mustahak dalam menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Yang penting kepercayaan yang digadaikan dalam sesebuah perhubungan.
Jangan risau. Masih ada babak kelakar dalam cerita ni. Aku lupa apa nama watak dia. Dia nak sangat main bola sepak, tapi malang cuma layak jadi pemain simpanan. Sampai dekat perlawanan yang sebelum layak ke Moscow, dia menggantikan pemain lain. SO dapatlah dia main bola dan sepak bola menggunakan kasut baru yang tak pernah lagi dia pakai.
Filem ni betul - betul menghidupkan kembali rasa mencintai negara dan sukan bola sepak. Aku bukan peminat bola, tapi setakat layan tengok tv atau tengok di stadium aku masih boleh go lagi. Cuma tidak fanatik. Tapi selepas tengok filem ni, perasaan cintakan sukan bola sepak tu akan bertambah lagi.
Babak dimana keluarga sedang mononton perlawanan bola sepak di dalam televisyen |
Satu Jang nak tambah, kita sebenarnya telah layak ke Olimpik tetapi fahaman politik menghalang kita. Nampak? Politik dan dakyah Amerika yang bencikan Soviet Union berjaya menghalang anak Malaysia ke Olimpik. Kalau setakat perang Soviet yang melanggar Afghanistan kita boikot sukan, berapa banyak perang Amerika dah lancar sehingga sekarang dan kita masih bersukan dengan Amerika!!!! BERAPA BANYAAKKKKKK??? SETANNNN!!!!
Petikan di atas telah dipetik dari pemilik blog http://www.ultrajang.com/olabola-satu-tragedi-bolasepak/ .
Keseluruhan cerita ni memang menarik kalau nak dibandingkan dengan filem tempatan yang lain. Asyik berkisar cinta sahaja. Bosan! Maaf kalau review aku kurang menarik. Sebab aku banyak lupa nama watak. Aku juga tidak berapa pandai mengolah sesuatu hal.
4 Comments
menarik nak kena pi tonton....
ReplyDeletesukan dahulu lain tak macam sekarang..nak popular nak bergaya nak kaya....
nak ajak mak tengok tapi mak aku tak nak plak tengok, ajak tengok movie tamil plak. Aranmanai 2. Layan je la hahaha
ReplyDeleteJom. ajak aku. Mesti aku nak. hahaha
Deletenext time nnti k. hahaha
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.