Review Velvet - Ikmal Ahmad (versi wattpad)

Review Velvet - Ikmal Ahmad (versi wattpad)





Genre : Misteri / Thriller
Penulis : Ikmal Ahmad
Tahniah aku ucapkan kepada penulis Ikmal Ahmad sebab berjaya menulis sebuah cerita yang serba mewah dan indah dengan idea hebat. Jujurnya, VELVET adalah diantara novel yang mendapat tempat di hati aku. Walaupun aku baru baca sekali. Boleh dikatakan sebenarnya aku dah pun jatuh cinta dengan novel ni. Memang misteri, dan penuh debar. Kalau cerita ni diangkat menjadi sebuah filem aku rasa memang gah nak dibandingkan dengan filem filem tempatan yang lain.
Uniknya VELVET ni sebab dia masukkan unsur dan molekul - molekul kimia. Aku yang tak faham sains mungkin hanya akan mengiyakan. Dan aku tak tahu sejauh mana fakta yang dia guna tentang sains. Aku rasa, korang memang patut cuba untuk membaca karya IKHMAL AHMAD ni. Ohh ye. Untuk pengetahuan, versi Wattpad akan dipadam pada 21/12 dan digantikan menjadi sebuah novel yang hebat.
Sekali lagi. Tahniah. Menghidupkan sel - sel otak aku dengan teka - teki yang pening. Yang pasti, bila baca, kena pastikan otak kau sedang berkembang. Kalau tidak akan timbul banyak persoalan di benak. "Eh tadi,, eh bukan ke." 
 Seperti aku. Terkandas di antara teka - teki yang cuba diwujudkan penulis. 
Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan di tepi pantai, yang akan diakhiri dengan pemotongan Kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka seolah-olah sebuah karya dongeng sehingga Akim menerima sepucuk kad RSVP yang didatangkan bersama sebuah kotak hadiah setinggi enam kaki daripada kawan baiknya, Kamarul, yang bakal mencemar majlis perkahwinannya nanti dan melahirkan satu soalan yang memakan jiwa Akim. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong Kek Red Velvet pada hari persandingan mereka nanti?


Post a Comment

1 Comments

  1. Dh bace.....mmg best tapi saye nk tanya ade x sape2 tau name novel sambungan velvet 2....saje nk bagi tau....mira dan akim sempat potong kek red velvet tapi ending die akim mati sbb kene bakar oleh isterinya,mira...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.