San Andreas (2015) - Full Movie



San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie


Mungkin, atau pasti aku telah dikategorikan sebagai orang paling lambat menonton. Memang dah lama sangat aku cari movie ni. Akhirnya atas kebaikan kawan, aku dapat menonton dengan penuh rendah diri. Maksud aku disini ialah, aku mula merasa kita tidak lah terlalu tinggi untuk pasti esok masih sempurna seperti hari - hari biasa. Siapa tahu mungkin esok adalah kiamat yang pasti. Yang sudah dijanjikan tuhan di dalam kalam agungnya.

Bagi yang belum menonton, memang ini adalah diantara filem yang patut dan harus di tonton, untuk memekarkan rasa keinsafan dalam diri yang kian hanyut dengan keindahan syurga dunia.

Jujurnya, timbul rasa gerun bila mengenangkan bagaimanan nanti andai esok adalah kiamat yang pasti. Belum terlunas rasanya janji kita sebagai manusia di tanah tuhan untuk mengumpul jutaan kebaikan semata syurga disana nanti, tempat abadi.

Disaat aku mencari gambar - gambar sekitar google, aku masih lagi terasa gerun membayangkan kiamat kelak. Allahu. Mungkin apa yang tergambar dalam filem ini hanya lah sebahagian kecil. Mungkin pada hari kiamat nanti, adalah maha dasyat yang tidak tertanggung dek benak manusia dan akal fikiran yang cetek. Astaghfirullah.

Aku juga sebahagian manusia yang masih membuat dosa tiap hari nya meski hanya seketul zarah. Masih juga si pencatat dosa membilang kesalahan aku dalam buku notanya. Masih. Semoga kita dijauhkan dari segala yang tidak pasti.



San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie


Begitulah keadaannya nanti sekitar hari akhir manusia.

Sinopsis.

San Andreas adalah sebuah kisah yang berkisarkan tentang seorang bapa yang sangat rapat dengan anaknya, Blake (Alexandra Daddario). Ketika kecelakaan yakni sebuah gempa bumi melanda sebuah bandar California, Ray (Dwayne Johnson) yang bekerja sebagai juruterbang helikopter di jabatan menyelamat segera teringatkan anak perempuan yang telah berpisah dan menetap bersama bekas isterinya, Emma (Carla Gugino). 

Kerana dihantui kebimbangan, Ray cuba mengesan setiap negeri untuk mencari anak perempuannya yang tidak bersamanya. Ketika itu, bekas isteri, Emma turut juga membantu mencari Blake. Pada masa itu, bandar ini bertukar menjadi sebuah bandar California yang seolah-olah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk didiami, terutama selepas bencana yang dahsyat itu  


Jangka masa:
114 minit



Post a Comment

0 Comments