Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku


Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku


Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku | Assalamualaikum. Jujurnya tak pernah tahu, dulu ada event best macam ni. Serius. Tuhan kenalkan aku dengan seseorang yang dah ubah aku. Ubah apa? Ubah tentang hobi aku yang buang masa. Apa hobi aku? Tu lah. Aku sendiri tak pasti apa hobi aku. Sebab tu aku cakap buang masa. Huhu Semenjak aku join dia, weekend aku lebih bermakna dan diisi dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. 

Dulu kalau bosan lepak mall. Biasa lah mall. Mesti nak makan bagai. Kalau dah lepak tak kan nak sembang kosong, paling tidak pun bawak satu plastik balik rumah. Kalau tak sia - sia jelah keluar. Aku lepak event best macam ni aku dapat lagu aku dapat buku. Gentle! 



Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku

Eksotikata 2. kalau tak silap masa tu lah rasanya. Gambar lelaki yang dekat atas ni jujurnya aku tak pernah tahu. Siapa dia? Entah. Tapi aku eksited -_______- Ni kalau dia baca mahu kena bahan sebulan. KahKah. Tu yang tak boleh belah masa kawan aku cakap aku nak amek gambar dengan dia. Masa tu dia tengah elok - elok ikat rambut, lepastu bangun cabut getak rambut buat gaya iklan shampoo. Adududuhh. Terjatuh jatuh hati aku tuh. Hahah. Nampak tak. Masa aku tulis ni aku gelak sorang - sorang. Aku gila sekejap. Tak pasti apa puncanya. Jujurnya tak pernah tau, dia ni siapa. Tu masalah aku. Tak tahu mana nak carik info tentang dia ni. Kalau korangtau bagitau aku tau :) Huhuu

Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku
Khatijah Nur Ain


Ini lah kawan yang aku cakap tu. Nama dia Khatijah Nur Ain. Ya, sememangnya dia yang ubah aku. Dia kawan aku masa sekolah tingkatan 2/3 . Aku tak pasti. Jujurnya aku memang tak pernah bertegur dengan dia pun. Tak sangka sekarang jadi rapat macam ni. :) Kawan <3

Aku seronok duduk bersahaja menikmati aroma kata nan indah. Sungguh. Aku tak tipu. Sampai aku balik rumah tu kaki aku kejang. Sebab beria sangat duduk. Hmm. Ouh ye. Aku jatuh hati sangat - sangat secara jujurnya dengan persembahan Fazleena And The Lasykar. Persembahan santai. Tapi buat orang jatuh hati. Yang pasti bukan aku sorang je yang jatuh hati. Memukau.

Wani Ardy pun buat persembahan yang best. Aku suka dengar ayat - ayat yang dia lontarkan. Power gile! Sebenarnya aku lambat sampai. 3 petang macam tu baru sampai. Banyak sangat yang aku tertinggal. Sangat ~ Event macam ni buat kat mana - mana pun boleh secara santai. Aku sendiri masa mula - mula sampai macam pelik. Eh apa event buat depan mall. Memang tak kelakar. Ya memang tak kelakar. Sebab dah buat pun -__-. Bak kata Fazleena And The Lasykar :

kita boleh berumah dimana - mana asalkan kita selalu bersama :)


Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku


Masa ni aku nak balik. Ya aku sorang. Kawan aku dah balik. Dari event tadi untuk ke LRT aku melalui jejantas. Dekat jejantas tu ada lampu yang samar menemani aku sepanjang jalan. Kalut. Gelandangan. Bukan kalut takut kegelapan. Kalut sebab aku sorang. Aku takut apa - apa jadi pada aku. Lagipun aku pun sorang. Gelandangan yang dok baring - baring tu semua lelaki. Aduh. Ya  --semangat. Sebab semangat nak turun event dan balik masa penutupan ini lah yang harus aku tempuh. Ketakutan! | Jujurnya Tak Pernah Tau - Kota Buku

Post a Comment

0 Comments