WARNA KEAMANAN



warna keamanan



WARNA KEAMANAN | Assalamualaikum rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada para pemenang pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015.


Kategori Antarabangsa : 
  1. Joshua Parfitt dari United Kingdom
  2. Emma Cecilia Roberts dari Australia
  3. Wyatt Evan Gordon dari Amerika Syarikat


Kategori Alam Melayu : 
  1. Mohd. Akmal Aizat Umar dari Malaysia
  2. Then Siaw Lian dari Malaysia
  3. Awabeen Samsuding dari Thailand


Kategori Pelajar Asing Malaysia :
  1. Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Mesir
  2.  Waleed Basil Mohammed Ali dari Iraq 
  3. Maher G.M. Abdolrasol dari Libya 

Sebenarnya aku tertarik dengan tajuk pidato yang dibawakan oleh wakil dari Malaysia iaitu Sakitnya Tu Dimana? Tak payah jawab sebab aku dah tau apa jawapan yang korang nak bagi. Dah tentu - tentu sakitnya tu disini. Isi yang dibawakan oleh Mohd. Akmal Aizat Umar memfokuskan kepada keamanan. Dan beliau bertanyakan penonton apakah warna keamanan? Hitam atau putih? Sebelum melanjutkan penulisan aku, elok lah kalau korang bagi jawapan dalam hati. Malaysia masih aman kah? 




Secara amnya keamanan adalah keadaan bebas dari bahaya. Istilah ini biasanya digunakan dengan segala bentuk kejahatan, kecelakaan, dan lain-lain.Aku ulang sekali lagi, persoalannya di sini masih amankah Malaysia? Merujuk kepada makna tadi, Malaysia masih dilihat masih aman kerana negara kita masih tidak berlakunya sebarang peperangan. TAPI.... bagaimana pula kecelakaan kecelakaan yang nyata dilihat rakyat jelata? Contohnya kehilangan MH370 yang telah dimanipulasi dan macam - macam lagi lah. 


Berbalik balik semula kepada warna keamanan. Seandainya, warna putih lah yang dipilih. Maka wajarlah jika Nelson Mandela, Presiden dari Afrika Selatan yang pertama memperjuangkan APARTHEID


Apa itu APARTHEID?
Pemerintah yang didominasi kulit putih yang mencuba untuk menyingkirkan dan menindas suku kulit hitam


WARNA KEAMANAN




Jika warna hitam yang dipilih begitulah juga sebaliknya. Jadi wajarkah jika bumi ini hanya didominasi untuk mereka yang berkulit hitam dan putih sahaja? Maka, sebenarnya warna keamanan bukanlah hitam atau putih. Jadi apa sebenarnya warna keamanan? Seperti kata Mohd. Akmal Aizat Umar warna keamanan adalah warna - warni iaitu warna pelangi. Semuanya bahagia dan tenteram. Bukan hitam dan putih. Jika hitam dan putih dimana bahagianya? 

Untuk semua kecelakaan yang pernah terjadi di Malaysia dan juga negara - negara Islam yang lain, ayuh doakan kemanan untuk negara tercinta dan se agama dengan kita. Jangan biar kita terus dintindas dan tertipu dengan agenda - agenda bodoh. | WARNA KEAMANAN





Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.