KUKU TERCABUT



KUKU TERCABUT


KUKU TERCABUT | Assalamualaikum. Hai U alls. Cuma nak cakap. Aku tengah menahan sakit. Nak kata sakit tu tak, tapi everything dalam keadaan terkawan. Means, semuanya kena berhati - hati. Oh ye, di atas tu hasil gambar google. Tak mungkin aku nak letak gambar kaki aku yang buruk. Pssttt.


Beberapa minggu yang lepas, kuku kaki aku macam something. Macam ada darah kering. Makin lama makin banyak pulak. Tapi aku tak boleh nak buat apa lah sebab benda tu dalam kuku bukan diluar kuku. Makcik - makcik aku ada jugak suruh letak itu lah ini lah apa lah. Aku dah cuba tapi tak berhasil. Mungkin sebab aku cuma letak benda tu sehari dua je. Then nak expect benda tu normal back. ? Memang tak lah. Masalahnya semua benda yang aku guna tu aku pinjam. Aku dapat guna time makcik makcik aku ada dekat dengan aku, lepastu aku stop guna.


Semalam masa tengah syok - syok layan Akademi Fantasia, aku rasa macam kaki aku berangin semacam. Tapi aku masih lagi positif. Rileks. Cool. Sampai lah satu masa aku bangun, aku nampak ada kuku kat tepi aku. Kuku ibu jari kaki kan besar. Aku terkejut lah juga. Aku ingat tu kuku kawan aku. Baru je nak baling dekat dia.


Aku pandang kuku aku. Menjerit aku. Kau gila tak terkejut. Kuku kau kot. -______- . Apa aku buat? Aku meroyan malam tu. Tak tahu nak buat apa. lebih separuh kuku aku tercabut. Mungkin darah tu dah kering sangat. Tapi masih ada sisa sisa kuku yang masih melekat. Aku nak cabut tapi macam melekat. So, biar jela. Sekarang aku pakai kasut dengan stokin. Melekat. Bayangkan kalau stokin tu melekat dekat tempat kuku kaki yang dah tak ada kuku? Wtf -_- | KUKU TERCABUT



Post a Comment

3 Comments

  1. erkkk...adoi...macam terasa plak kat kaki akak sakitnya....kenapa x pi klinik?

    ReplyDelete
  2. err ngiluu baca.. msti sakit niii..

    ReplyDelete
  3. tercabut semua ke kuku nya?saya terasa kuku sendiri tercabut pulak >_<

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.