PENGALAMAN DI DENDA




PENGALAMAN DI DENDA

PENGALAMAN DI DENDA | Assalamualaikum. Ni entri kena denda. Haha. Yang tak faham buat - buat faham. Entri yang diberi ialah pengalaman kena denda. Semangat nak buat sampai pening - pening kepala aku. Migrain kah? Oh no! Pain again and again. Kbye. 


Pengalaman aku masa sekolah dulu, banyak kena denda subjek Bahasa Inggeris dengan Matematik. Dua subjek tu paling aku tak suka. Boleh buat aku terkencing - kencing dalam seluar kalau cikgu masuk. Gila kau tak takut. Masuk kelas je kena soal, seperti kebiasaan aku lah orang terakhir yang akan menjawab soalan. Aku akan selamat kalau orang sebelah aku bagi jawapan, kalau tak aku kena berdiri sampai habis waktu subjek cikgu tersebut. Pishang. Memang sakit hati. 


Tapi tu denda biasa. Kedua, masa Matematik. Kerja aku tak siap, mungkin masa tu aku terlupa nak siapkan. Masa aku hantar buku, dan - dan tu juga buku aku kena baling. Malu dia rasa macam nak sorok muka bawak meja. Gentle. Lepas tu di denda beramai - ramai dekat luar kelas. Tu memang best. Tak payah belajar then sembang - sembang dengan kawan. Tapi bila, budak kelas sebelah lalu senyum jela. Biasa lah tu kena bahan. Esok dia pulak kena. Kah kah.


Masa dekat universiti pula, pernah menyertai latihan komander. Masa itu memang emas. Kalau lambat kena lari pusing padang. Dah lah penat, lapar, kena pusing padang dalam keadaan berlari dalam masa seminit. Weyh, pengsan. Itu jela pengalaman aku di denda. Mungkin ada antara korang yang lebih teruk kot? Jom kongsi pengalaman korang :) | PENGALAMAN DI DENDA




Post a Comment

2 Comments

  1. Pengalaman kena denda SA banyak sgt...hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. Denda paling best dulu kena pijak dengan cikgu. pergh. kena baring pastu kena pijak. hahah. kalo skarang dah jadi isu kalo pelajar kena pijak. hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.