Dahi Jendul






Dahi Jendul | Assalamualaikum. Harini mood nak update pasal dahi jendul. Sebab aku ada cerita nak dikongsi berkenaan dahi jendul ni. Ouh btw, semalam aku dengan mak aku ada dekat Food Mega festival di Dataran Merdeka Shah Alam. Memandangkan aku tiada telefon bimbit, maka aku tak dapat nak berkongsi kemeriahan nya dengan korang. Siapa pergi semalam? Angkat tangan. Heee.

Berbalik pada tajuk asal. Berkenaan dahi jendul, aku ni ada dahi jendul. Masa kecik kecik selalu sangat sedara dengan adik adik aku mengejek. Siap ada lagu lagi untuk aku. Diorang panggil aku jendola. Nampak tak kuang asam.

Baru aku perasan, dahi jendul kalau pakai tudung ni senang. Sebab aku tengok adik perempuan aku, dahi dia tak jendul, lepastu ada rambut depan. Aku tak de. Kesian. bila pakai scarf lepas tu pakai tudung, dia tak puas hati sebab dia punya skarf kedepan sangat semata mata nak cover rambut tu.

Apa kelebihan dahi luas?
Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Ya. betul. Keyakinan aku sangat rendah. Kerana dahi jendul | Dahi Jendul

 

Post a Comment

2 Comments

  1. ayat "aku ni ada dahi jendul" ayat cm utk brg jee hehe apa pun setiap apa yang Allah kurniakan adlah sebaik baiknya buat kita :)

    ReplyDelete
  2. apa yang dikurniakan semua ciptaanya lawa dan cantik..:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.