Layan PLU | Assalamualaikum. Aku tak tahu lah kenapa, jiwa aku tengah sasau. Jadi entah kenapa, aku tergerak hati nak follow up sorang blogger PLU. Apa yang menarik aku nak kongsikan cuma, aku suka bakat penulisan yang dia ada. Sama ada dia menulis berkenaan diri sendiri atau rekaan itu aku tak peduli. Tapi aku memang betul betul dah jatuh hati dengan penulisan dia.
Gaya penulisan yang bersahaja. Nampak real. Bukan macam lambakan novel yang wujud dalam Malaysia yang boleh dikira. Berapa je yang betul betul berkualiti. Yang ni aku tahu, orang akan cakap tak berkualiti sebab cerita pasal sampah masyarakat. Tapi aku peduli apa. Aku sokong 100% gaya penulisan dia. Memang jujur. Tak de nak menampakkan dia sedang meraih orang ramai untuk menjiwai. Sebab sekali baca dah cukup untuk buat orang tertanya tanya mana kesinambungan cerita. Tak macam novel lain, yang semuanya nak nampak indah, sampai masyarakat terbuai buai dalam khayalan. Semuanya guna tajuk yang tranding. Kalau sorang dah start buat tajuk Suami ... . Semua penulis novel pun nak tiru tajuk sama. Belakang je lain. Bosan Bosannn. Semua nya plastik ! | Layan PLU
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.