Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada




Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada


Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada | Assalamualaikum. Apa itu GST? Menurut Perdana Menteri Malaysia, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Bagaimana GST beroperasi? Cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST (6%). Dikatakan juga sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.



Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih


Perdana Menteri berkata lagi perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Adakah GST menyebabkan kenaikan harga?? 

Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada


Apa pula barangan yang dikenakan GST dan yang tidak dikenakan GST? Korang boleh click link ini untuk menyemak senarai barangan runcit yang dikenakan GST atau tidak dikenakan GST. Dek kerana isu GST, Ahmad Maslan telah menjadi popular dalam sekelip mata. Banyak isu isu yang telah diketengahkan oleh masyarakat khususnya bila berkaitan dengan GST, pasti sahaja nama Ahmad Maslah disebut sebut. Diseluruh daerah pulak tu. Glamer kauuu. Kauu ada? Kau tak ada pun. Antara isu nya ialah tentang pelajar uitm, nasi goreng la apa lah. Aku pun tak tahu la diorang  ni. Aku nak tanya lah. 

Sebenarnya GST ni bagus ke tak? Memang lah cukai 16% tu dimansuhkan dan telah diganti dengan GST sebanyak 6%. Ini bermakna 10% kadar cukai telah diturunkan. Tetapi adakah berbaloi dengan kadar penurunan ini wahai rakyat Malaysia? Macam tak berbaloi. Apabila dikeluarkan senarai barangan yang tidak dikenakan GST, barngan barangan ini telah menaikkan harga. Jadi natijahnya, lebih baik tiada GST kerana senarai barangan tadi kekal pada harga sama. 

Maka, bila wujudnya GST terdapat beberapa barangan telah dinaikkan harga, dengan alasan barangan ini tiada GST. Jadi apa masalahnya lagi? Jadi adakah benar GST menguntungkan rakyat? Mungkin, suatu hari nanti. Sekarang masih tidak terlihat bahawa GST memberi manfaat. GST telah menambah memiskinkan dan beban orang yang sedia miskin. Betul. Tapi tetap ada yang menyangkal GST menguntungkan rakyat. 


Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada


Kerana cukai ini akan disalurkan semula untuk membantu rakyat. Musykil. Setahu aku, masih wujud orang miskin di Malaysia. Sebelum ini juga telah diadakan cukai 16%. Jika kesusahan orang tersebut tidak di trendingkan selagi itulah mereka masih tinggal di pondok buruk. Selagi itulah anak anak tidak dihantar ke sekolah kerana faktor kewangan. Itu jika tidak ditrandingkan. Lain pula ceritanya kalau di trendingkan. Habis seluruh NGO dari pelosok negeri turun memberi bantuan. Kalau orang yang dah sedia kaya ditimpa musibah pun lagi mahu dibantu. Tak faham aku. 

Bercerita mengenai GST. Aku teringat topap. Aku bukan lah orang bekerja. Dan aku memang memerlukan whatsapp setiap masa untuk kepentingan peribadi. Dikhabarkan bahawa dengan perlaksanaan cukai GST, syarikat telco boleh mengenakan GST kepada pengguna atas pembelian prepaid top-up kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendakwa bahawa ia menanggung GST bagi pihak pembeli atau pengguna. Namun, syarikat telco mampu menstruktur semula harga atau pakej perkhidmatan mereka agar pengguna tetap menikmati nilai perkhidmatan yang sama pada harga yang sama walaupun setelah cukai GST dikenakan.

Sebagai contoh:
Prepaid topup boleh dijual pada harga RM100 termasuk GST, iaitu harga topup RM94.35 + 6% GST = RM100Jika dengan topup RM100 sekarang ini membolehkan pengguna membuat 1,000 minit panggilan/1,000 SMS, telco boleh menstruktur pakej agar RM94.35 tetap memberikan nilai perkhidmatan yang sama seperti sekarang (sebelum perlaksanaan GST).


Tetapi mengapa kenapa bagaimana?? Selepas membeli topap dengan kadar RM100 termasuk GST, syarikat telco berkenaan masih lagi menarik kredit selepas topap berjaya dimasukkan. Ini bermakna sebanyak 12% cukai telah dikenakan ke atas aku. Logikkah? Maka pakej seperti di atas tidak lagi releven untuk diguna pakai. Ini memang sangat tidak adil ! | Ahmad Maslan Dan GST Berpisah Tiada

Post a Comment

1 Comments

  1. mmg x faham sekarang... yg lulusan akaun pun pening hehhehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.