Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih Dadah?




Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah?




Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah? | Assalamualaikum. Pada 11Jun2015, aku telah menonton siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di TV1. Dan pada minit (tak berapa pasti) telah dibuka sesi mengenai dadah Memandangkan aku bukanlah seorang yang reti nak faham bagaimana situasi nya di dalam sidang dewan, jadi aku agree jelah apa yang aku faham. Yang penting mengenasi isu dadah.


Ada beberapa nota yang telah aku catat. Antaranya termasuklah : 
**menangani masalah dadah
** PDRM, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran datang ke sekolah sekolah untuk membuat kesedaran mengenai dadah.
** Tak cukup bajet.
** Masalah dadah bukan sahaja membanjiri bandar bandar tapi juga sudah memasuki luar bandar, dan kawasan kasasan FELDA khususnya.


 Penggunaan dadah masih menjadi masalah besar pada waktu ini dan ketika ini. Dalam Islam, beberapa dalil dengan terang merujuk dadah itu dilarang keras kerana ia akan membinasakan hidup dan masa depan. 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, ayat 195) 


Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat hal yang memudaratkan." (Riwayat Imam Ahmad)


Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah?

Jelas sekali Allah SWT serta Rasul-Nya menginginkan manusia menjauhi perkara boleh membinasakan diri. Ini termasuklah menjauhkan diri daripada penggunaan dadah. Meskipun ada larangan yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, namun penggunaan dadah masih menjadi masalah besar yang perlu ditangani bersama.


Majoriti penagih, adalah golongan Melayu Terdapat permintaan yang cukup besar daripada penagih dadah menyebabkan banyak percubaan untuk menyeludup bahan itu ke dalam negara sedangkan penyeludup berhadapan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pada akhir tahun 2014, pihak polis berjaya melakukan beberapa serbuan dan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan berjumlah RM8.5 juta. Dari segi penagih pula, 77 peratus daripada lebih 20,00 penagih yang direkodkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 2013 adalah orang Melayu. Manakala 60 peratus daripada mereka dalam kategori remaja dan belia dari umur 13 hingga 39 tahun.

Angka-angka ini menunjukkan penagihan dadah masalah besar umat Islam yang perlu dicegah sedaya upaya kerana jika tidak, nescaya hancurlah masa hadapan generasi akan datang. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk menangani gejala dadah termasuk pembinaan pusat pemulihan bagi membantu memulihkan penagih. Kerugian yang ditanggung akibat hilangnya golongan muda dan belia yang terjebak perangkap dadah sememangnya tidak ternilai.

Kesan pengambilan dadah boleh dilihat daripada 4 sudut iaitu:


  • KESAN KE ATAS PENAGIH

Kesan yang jelas ialah dari segi tingkah laku penagih. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih. Penagih juga menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dalam kerja atau persekolahan.
Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan sentiasa berkhayal, pitam, pengsan dan rasa ketagihan berlebihan. Daya tahan badan penagih menjadi lemah dan ia akan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.


Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah?


  • KESAN KEPADA KELUARGA PENAGIH
Maruah dan nama baik keluarga tercemar di kalangan masyarakat. Penagih akan membebankan keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk merawat penagih. Malahan, penagih akan sentiasa meminta wang untuk membeli dadah dan jika tidak memperolehi wang, penagih mungkin bertindak ganas dengan mengamuk atau mencuri dan merompak.
Harapan ibu bapa akan musnah apabila mengetahui anak terlibat dengan dadah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perceraian boleh terjadi antara ahli keluarga.
  

  • KESAN KEPADA MASYARAKAT
Suasana hidup dalam masyarakat akan menjadi tidak tenteram kerana terdapat kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.

Didapati 40% daripada banduan terdiri daripadapenagih dadah. Perpaduan akan terjejas akibat pertelingkahan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain akibat penglibatan anak - anak dengan dadah. 


  • KESAN KEPADA NEGARA
Negara dan masyarakat menanggung kos yang tinggi akibat permasalahan ini. Kos yang dapat dilihat dengan nyata adalah:

  1. Kos bagi menyediakan kemudahan dan pusat rawatan / pemulihan dadah.
  2. Kos menyelenggara program pencegahan
  3. Kos kerugian akibat aktiviti-aktiviti jenayah
  4. Kos menambah penguatkuasaan polis bagi membendung aktiviti jenayah. Contohnya menambah bilangan polis, kakitangan penjara dan mahkamah.
  5. Pengurangan daya saing dan pengeluaran ekonomi negara.

Kos tidak nyata adalah seperti:

  1. ketakutan dan kekecewaan yang dialami masyarakat dan mangsa aktiviti jenyah yang dilakukan oleh penagih dadah seperti kes ragut.
  2. Golongan belia adalah golongan paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sedangkan golongan belia sepatutnya menjadi tonggak negara.

Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah?

Jadi, berdasarkan kesan kesan yang dilihat dari empat sudut tadi. Persoalannya Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih Dadah? | Wajarkah Kerajaan Menanggung Kos Pemulihan Bekas Penagih dadah?



http://www.bharian.com.my/

http://ppdaskkru.blogspot.com/

Post a Comment

0 Comments