Biodata Faisal Tehrani



Biodata Faisal Tehrani


Biodata Faisal Tehrani | Assalamualaikum. Harini aku akan kongsikan sedikit biodata Faisal Tehrani. Dia tidaklah sehebat Ramlee Awang Mursheed. Namun, beberapa hasil karyanya sudah buat aku jatuh cinta sebagaimana aku menyintai karya karya oleh Ramlee Awang Mursheed.


Nama Penuh 
Muhd Faizal Musa

Nama Pena 
Faisal Tehrani
Mendapat gelaran Tehrani daripada mufti kerana banyak membaca tentang buku Iran

Dikenali sebagai
Penulis Malaysia

Tarikh Lahir 
07 Ogos 1974

Tempat Lahir 
Hospital Kuala Lumpur

Pendidikan
  1. Sekolah Sacred Heart Melaka
  2. Sekolah Rendah Jalan Dato' Palembang
  3. Sekolah Menengah Sultan Muhammad
  4. Kolej Islam Klang (Kolej Islam Sultan Alam Shah)
  5. Akademi Islam Nilam Puri Kelantan
  6. Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Syariah Politik)
  7. Fellow di Universiti Sains Malaysia
  8. Sarjana (MA) dalam Kesusasteraan
  9. UKM (PhD - kedoktoran).


Prinsip
Kerja kita sebagai sasterawan adalah pertamanya,  kerja sebagai pengawal masyarakat; keduanya, kerja menjadi tukang cakap aspirasi ummah; ketiganya kerja sebagai rujukan bangsa di saat mereka menghadapi persoalan yang menekan; keempatnya, kerja sebagai tali pengikat atau integrators upaya dapat membangunkan potensi masyarakat.





Biodata Faisal Tehrani



Beliau mendapat tunjuk ajar dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. Keluarga beliau turut memiliki hubungan rapat dengan SN Dato Shahnon. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor pada tahun 1999, bersama Mawar ShafieHizairi OthmanJasni Matlani.
Beliau mula menulis secara serius pada 1992, dengan cerpen pertamanya dengan judul Anastasia yang tersiar di majalah Muslimah . 



Biodata Faisal Tehrani



Kejayaan dan Pencapaian dalam Penulisan Novel dan Cerpen

Tahun 1994 
  • Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank melalui cerpen Anak dan cerpen Opah
  • Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (kini sudah tiada) menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis


Tahun 1995 
  • Hadiah Sastera Utusan melalui cerpen Pemberontakan Kedua


Tahun 1996 
  • Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank melalui cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh


Tahun 1997 
  • Hadiah Sastera Karya melalui cerpen Surat Untuk Gabe 1 
  • Kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi  dengan judul Sehari Dalam Perang
  • Kumpulan cerpen  mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit
  • Drama Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97)


Tahun 1998
  • Hadiah Sastera Utusan Malaysia melalui cerpen Cinta Gendang Kasturi


Tahun 1999
  • Cerpen Bulan dan Wira 
  • Puisi Sesudah Hujan Dahlia


Tahun 2000
  • Cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 melalui cerpen Perempuan Anggerik (cerpen ini telah diterjemah ke dalam bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001 )
  • Novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise)
  • Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda)
  • Kumpulan cerpen Underground bersama Azman Husin


Tahun 2001 
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam melalui cerpen Cahaya Pada Jiwa


Tahun 2002 
  • Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kategori Remaja) melalui novel 1515
  • Kumpulan cerpen Lagi-Lagi Underground dengan Saharil Hasril  Sanin 
  • Kumpulan cerpen Perempuan Anggerik terbitan DBP telah disenarai pendek untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003


Tahun 2003 
  • Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja) melalui novel Kombat 

Tahun 2004 
  • Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja) melalui novel Si Peniup Ney 


Tahun 2005 
  • Novel 1515 telah mendapat Anugerah Buku Negara (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu) dan dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian melayu di Universiti Cologne, Jerman
  • Sayembara novel Sejarah dan Tradisi Johor melalui Surat-surat Perempuan  Johor 


Tahun 2006-2007 
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia melalui Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World 


Tahun 2007 
  • Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel umum melalui novel  Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor, sequel kepada Detektif  Indigo
  • Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja melalui novel Manikam Kalbu, kemudian novel tersebut dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh KPM dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007
  • Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing
  • Novel kanak kanak Nama Beta Sultan Alauddin oleh Aberdeen World
  • Buku panduan penulisan kreatif bertajuk Karya Nan Indah oleh Ameen Publishing
  • Bila Tuhan Berbicara oleh Ameen Publishing. 


Tahun 2008 
  • Detektif Indigo Kembali oleh Ameen Publishing
  • Ketupat Cinta terbitan Harian Metro dan diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama
  • Saasatul Ibaad oleh Aberdeen World
  • Karbala oleh Aberdeen World


Tahun 2010 
  • Bahlut oleh Ameen Publishing
  • Kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu
  • Cerpen Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat
  • Ingin Jadi Nasrallah oleh Ameen Publishing


Tahun 2011 
  • Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh PTS Litera
  • Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH!




Biodata Faisal Tehrani


Kejayaan dan Pencapaian dalam Bidang Drama

  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97 melalui karya Rintih Chicago
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP
  • Dewan Bahasa dan Pustaka menaja karya MISI (1999-2000) untuk dibawa mengelilingi Malaysia dan dipentaskan di Kta Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001 melalui Angin Madinah
  • TiVi  telah adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4 terbitan Istana Budaya sebagai ‘pementasan yang monumental’
  • Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan dengan menampilkan Kopitiam GhadirIa menampilkan “hiburan intelektual” dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan
  • Drama Angin Madinah memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP



Biodata Faisal Tehrani


Ada diantara karya karya beliau yang menjadi kontroversi telah diharamkan kerana berunsurkan syiah. Antaranya ialah Sebongkah Batu di Kuala Berang, Karbala, Tiga Kali Seminggu dan Ingin Jadi Nasrallah oleh KDN pada 1 April atas alasan berbahaya kepada ketenteraman dan keselamatan awam. Pengharaman itu dilaporkan Bernama. Mungkin itu merupakan sedikit ujian untuk beliau. Semoga beliau tidak akan berhenti menulis untuk terus menyerikan dan menghidupkan karya kesasteraan di Malaysia. Itu harapan aku | Biodata Faisal Tehrani








Post a Comment

8 Comments

  1. woww...!! good info... :)
    memang hebat Faizal Tehrani ni.. walau tak sepopular Faizal Tahir... :p

    ReplyDelete
  2. gaya penulisan beliau sememangnya diakui amat menarik dan walaupun terdapat kontroversi dalam penulisannya kita sebagai pembaca sepatutnya membuka minda untuk membaca pelbagai bahan bacaan supaya kita dapat menilai yng mana hitam dan yang mana putih bukan? tambahan pula bukunya banyak berkisar tentang sejarah dan ia membuatkan kisah tersebut menarik untuk dibaca dan kita sebagai pembaca tidakkah terasa ingin mengkaji sejarah dan ambil ibrah nya? cuba menjadi manusia yang berfikir bukan sahaja menerima bulat bulat

    ReplyDelete
  3. mengapa karyanya diharamkan oleh KDN.. ini bukan isu kecil yang harus diketepikan.. lihat bukti yang dikemukan terlebih dahulu oleh KDN.. pihak KDN bukan sewenang2nya mengharamkan tpi lebih kepada menjaga akidah umat islam.. kecenderungan Syiah dalam penulisannya adalah satu yg tidak boleh diterima... Buat sekelian pembaca, sama2 jaga iman kita...

    ReplyDelete
  4. Aq agree...yg kte xleh terime anything bulat2...sehebat mne pun org tu..better kaji dulu btul2..bahayalah...dh byak proofs yg ckap faisal tu syiah

    ReplyDelete
  5. pada aku dia ni nampak pentaksub khomeini..sampaikan gambar cicit khomeini pun dia share di fb...hati2 yang menyanjung bakat dan pengetahuan dia..

    ReplyDelete
  6. perbuatan yang sangat licik memasukkan doktrin syiah kedalam penulisan.hati2 semua apabila membaca.

    ReplyDelete
  7. Assalam..
    Faisal Tehrani ini..
    dia tu syiah..
    dia menghina para Sahabat Radhiullahuanhum ajma'in..
    dia mengkritik Hadis Nabi SAW..
    dia menghina Islam..
    (kalau nak diikutkan sesiapa yang mengkritik para Sahabat & Hadis Nabi SAW sahaja sudah dijatuhkan hukum - kufur.. wal'iyyazubillahi minzalik)
    kenapa merasa bangga dengan dia..!!??
    jangan terpedaya dengan dakyah sesat lagi menyesatkan..
    jangan terpedaya dengan dakyah syiah..
    jangan terpedaya dengan puak² liberal..
    jangan terpedaya dengan fitnah al masih ad dajjal..
    ..
    mohon kita semua dapat menambahkan ilmu agama supaya kita terlepas dari kesesatan tanpa sedar, dapat membezakan yang Haq (benar) dari yang bathil (palsu)..
    jom kita hadir ke masjid² / surau² berdekatan khususnya maghrib & isyak, untuk dapat mengikuti kuliah² maghrib setiap hari.. insyllh..
    ..
    Sabda Nabi SAW:
    بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
    "Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana munculnya. Kerana itu, beruntunglah orang² yang asing".
    [HR Muslim]

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.