Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam (Advertorial) | Assalamualaikum. Beberapa hari yang lalu aku makan di Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam. Lokasi? Kalau tak biasa area Shah Alam, boleh menggunakan Waze atau Maps. Tapi je Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam. Kalau dah biasa area Shah Alam, korang mesti tahu dekat mana Toyota? Pasaraya Chekers? Nampak Petronas yang ada KFC tak? Kalau nampak boleh masuk simpang ke kiri. Terus nampak simpang belah kanan masuk kanan. Uncle Sam tu betul betul berhadapan dengan Kedai Mamak ARR. Tapi ada jalan yang memisahkan antara keduanya. Amacam? Jelas tak? Kalau payah payah nak faham, perkhidmatan Waze dan Maps masih ada. So, korang boleh makan dekat Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam dengan senang hati dan gumbiranya.
Terpegun kejap sampai kat situ. Memang aku teringin nak makan kat tempat tempat yang bertemakan macam ni. Aku rasa ni tema RETRO kot. Gaya kerusi ala ala begini. Memang best lah. Korang dapat mengimbau zaman muda mudi lepak dekat warung ditemani secangkir kopi, dengan lagu reggee. Ouh gitu ^_^
You see? Ada televisyen fashion lama. Mesti ada something yang boleh korang teringat. Masa lalu. Hahaha. Aku yang muda ni pun kadang kadang ada sesuatu yang mengusik kalbu. Yela kiri kanan depan belakang atas bawah kau semua benda retro. Acah acah kembali ke masa lalu. Masa yang kau tak pernah hidup lagi. Selama ni kau mampu tengok dalam tv? Kan kan.
Perhiasan mini yang terdapat di dinding Kedai Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam.
Aku rasa kalau alat muzik RARE ni masih boleh dimainkan, mesti lagi RARE bila korang makan dekat sini.
Antara minuman pilihan yang menjadi kegilaan ramai ialah Coconut Shake, I Love You, Koh Somui, Poison.
Kalau korang masih single, korang memang digalakkan sangat datang ke Uncle Sam Seksyen Seksyen 15 Shah Alam. Ada air I LOVE YOU khas untuk korang. Waiter dia handsome. Nanti bila korang cakap I LOVE YOU dekat abang tu, nanti abang tu akan jawab I LOVE YOU TOO :) Mesti korang suka kan?
Air Poizon
Coconut Shake
Coconut Shake yang memang superb sedap. Pekat Likat. Berbaloi dengan harga yang korang bayar. Siap ada ais krim lagi. Korang tak akan tak akan sesekali menyesal dengan Coconut Shake. Termasuk aku. Selama ni aku order Coconut Shake beratur panjang ke main. Da minum, menyesal beli dah mahal ! Tapi kali ni aku tak menyesal langsung. Itu sudah pasti. Korang memang patut rasa.
Koh Somui
Antara pilihan menu yang telah aku makan ialah ....
Gambar di bawah ni menu pilihan Western. Sedap, pinggan pun penuh. Harga sama macam kat kedai kedai lain. Tak mahal mana pun.
Bawah ni pula menu ala makanan Chinese. Sedap weyh. Kombinasi yang sangat menarik oleh Uncle Sam.
Spagety
Sambal Squid
Mushroom Soup N Garlic Bread
Kak Moon, Kak Lynda, Aku
Korang nak buat catering pun boleh. Tapi kene buat tempahan lebih awal la. Senang sikit Pihak Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam nak uruskan tempahan korang nanti. Rugi tak datang Jom cuba !
Alamat penuh Uncle Sam
39G,Jalan Tukul N15/N,Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Malaysia
Facebook Uncle Sam https://www.facebook.com/unclesam15
Instagram Uncle Sam https://instagram.com/15unclesam/
Jangan lupa singgah. Menyemarakkan lagi kedai Uncle Sam :) | Uncle Sam Seksyen 15 Shah Alam (Advertorial)
4 Comments
Nt kita lepak Sama2 lg ye, kecik
ReplyDeletemenu yg menarik. btw cantik design kedai :)
ReplyDeleteJemput Singgah : Sakit Lutut Punca Dan Rawatan
Hi adik Kecik, ingat lagi tak kt kak julia ala team main paintball KBBA ari tu hehehhe...best yer pi uncle sam...retro sungguh restorennya...best tgk western food dia meriah...leh terjah soon
ReplyDeleteair I love u..memang unik..
ReplyDeletewaiteress kata sana cantik-cantik tak?
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.