MERRIDEW CLOTHING - support lokal



Merridew clothing



MERRIDEW CLOTHING - support lokal | Assalamualaikum buat semua pembaca yang sudi singgah di Kanvas Dakwat. Beberapa minggu yang lepas aku ada buat tempahan pada Merridew Clothing. Lama juga aku menunggu barang yang tak kunjung kunjung tiba. Sampai aku merindui sungguh pada abang pos laju yang sering datang ke rumah. Maksud aku di saat beliau mengantar pesanan.


Sejak aku menginjak nak angka 20 - an ni, minat aku dan cinta aku pada barang lokal ni sangat dalam. Mungkin ada orang kata annoying ah minat aku ni. Aku peduli apa. Dah aku suka. Walaupun baju lokal ni harga nya mahal tapi kualiti nya kurang memberangsangkan, tapi sebab aku rakyat Malaysia dan aku support design dan keseluruhan mereka, jadi aku sanggup untuk terus support walau ramai yang pandang sinis. 


Bak kata adik aku, buat apa nak beli barang lokal. Dah lah mahal tak famous pulak tu. Baik lah dia beli baju yang berjenama omputih katanya. Lebih digilai. Bagi aku, tak kisah lah famous ke tak. Janji aku support. Tu je yang penting. Lagipun selalu yang hidup dengan art and design lokal ni anak muda. Why kita yang suka kondem anak muda dengan itu dan ini, berdiri untuk berada di belakang dorang support apa dorang buat. 


Sebenarnya banyak sudah koleksi Tshirt lokal aku. Cuma baru kali ni aku berkesempatan nak menunjuk. Design memang simple. Aku tak tahu nak cakap perasaan aku masa pertama kali aku sarung baju ni mengena di batang tubuh. 


Rasa selesa gile. Ouh lupa nak bagitau. Masa aku beli baju ni, harga dia ada promosi di Instagram. Tu aku cepat cepat beli. Lagipun aku bukan lah orang yang sentiasa berduit. Cuma bila ada harga murah ni lah aku kene cepat grab biar tak rugi nanti. :)


Merridew Clothing

Merridew Clothing


So sebagai anak muda, "Lokalah kata sapot. " :)

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya juga suka dengan buatan lokal tapi memilih juga iaitu dari segi design dan tahan lama.

    ReplyDelete
  2. setiap org ada minat tersendiri ;

    Jemput join Segmen Bloglist Mac-April CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  3. singgah sini dan follow :))

    Jemput join segmen http://primrosebunga.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.