MELAYU DITIPU | Cerita ni aku kongsi untuk pedoman buat semua. Beberapa hari lepas, sewaktu kerajinan aku membelek belek facebook mata aku tertancap pada satu nama yang 'share' dua gambar di bawah dalam satu group motor di Facebook. Aku pun tak tahu lah kenapa boleh timbul perkara sedemikian rupa. Ni masalah melayu bila berniaga. Bukan sekali dua aku nampak. Banyak kali. Alhamdulillah bukan aku yang kena. Namun, perasaan simpati pada mereka yang terkena tu turut ada. Mana taknya, ditipu bukan RM10, tapi sebanyak RM480. Banyak tuh.
Perkara sebegini kadang kala boleh menimbulkan rasa tak percaya kita pada perniagaan online yang berlaku dalam kalangan Melayu itu sendiri.
Bukan setakat tu je, dalam instashop pula. Pernah menjadi satu topik hangat satu ketika dulu. Instashop penipu. Ye memang. Tapi kenapa mesti dalam kalangan Melayu bila perkara macam ni timbul? Cara lain seperti resit juga sangat ditakuti. Perkara macam ni pula kebanyakan akan berlaku dalam kalangan mereka yang bergelar designer atau mereka yang pandai dalam editing. Bukan aku memburukan imej designer. Tapi inilah hakikat yang perlu kita terima.
Bila kita diberi anugerah mencipta sesuatu dan kita mula menggunakannya secara salah untuk kepentingan peribadi. Gambar resit berkenaan aku dah terdelete. Aku jumpa dalam group *** yang membincangkan semua hal berkenaan design. Salah seorang designer yang membuat upah tempahan T shirt telah menerima satu salinan resit yang dihantar secara gambar. Seperti kebiasaan yang kita buat, bila kita dah bank in duit pada Owner kita akan ambil gambar resit untuk di attach pada beliau sebagai lampiran bukti tentang payment kita.
Gambar tersebut bila dilihat sekali imbas sebiji resit yang sebenar (maybank). Tapi bila di amati secara teliti, kita tertipu. Bila beliau tanyakan kepada customer, beliau mati mati pertahankan tentang payment memang sudah dibuat dan itulah bukti nya.
Pengalaman aku pula yang menjadi agen dropship untuk Tshirt ni kadang kadang nak menangis pun ada. Aku pernah jadi customer. AKu tahu memang sakit hati bila barang yang kita nak dapat lambat. Tapi aku tau, bukan salah dia sorang. Dan aku sepatutnya terapkan sifat sabar dalam diri aku sendiri. Jadi bila berlaku nya penjualan online, customer dan owner harus saling mempercayai antara satu sama lain.
Bila kita bekerja bawah orang, dan ketika itu kerja aku hanya lah mengambil tempahan dan secara keseluruhan dari membuat baju sampai lah yang pos barang orang lain yang buat. Jadi bila customer tunggu barang tak sampai sampai aku lah yang akan dicari. Bukan salah aku. Tapi sebab aku yang ambil tempahan jadi semua nya aku yang kena terima. Kita kena pertahankan bos. Tapi disini aku nak minta maaf pada Bos aku sebab banyak menyusahkan kamu untuk setiap saat aku mengganggu kamu dengan mesej mesej yang tidak sabar.
Aku terpaksa pula suruh customer berurusan terus dengan Owner. Hmm. Pernah sekali tu aku order baju local dengan *** . 3 minggu beb aku tunggu. Kau rasa kau sabar tak? Padahal guna perkhidmatan pos laju. Lama gila kod. Tentang perkembangan baju pun aku yang kena terhegeh hegeh text dia. Tanya apa cerita baju aku tu. Okay cerita sini habis sini.
Jadi adakah patut seandainya Peniaga Online diWajibkan untuk mendaftar SSM?
credit to HasrulHassan.com
2 Comments
sebab tu ena tak berapa gemar beli barang secara on9 ni sangat.. takut kena tipu.. Ena pernah kena sekali, siap dia marah2 kita lagi kenapa asyik tanya dia je.. Yela barang dah tak sampai, mesti kena kena bertanya.. Last last dia tukar nombor.. Meruap je rasa
ReplyDelete@✿ Ina Ainaa ✿ Ha kan. habistu barang sis dapat ke tak?
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.