Eksotikata2







Semalam aku turun Eksotikata2. Ni kira first time aku turun event puisi. Sebelum ni pernah jugak turun dekat Tasik Rekriasi Seksyen 7. Tapi segan tiada geng. Lagipun macam segan je. Tak tahu nak park buntod kat mana. Yang ada kat situ performe. Kang tak pasal pasal aku terpinga. 



Semalam pergi event naik KTM dan Komuter. Biaselah orang bujang tiada kereta. Beskal je kod yang ada. Semalam hujan hujan pun diorang performe. Respect lah. Diorang jujur. Style. Cara diorang tu best lah. Aku dengan kawan sekolah aku. Aku pun lama dah tak jumpa dengan dia. Since 2 tahun lebih jugak. Jumpa pun sebab event ni. Kami punya minat yang sama. Dia ada zine sendiri tau. ** promote sikit.


Ni masa perjalanan jalan kaki menuju ke tempat yang ingin dituju. Tak de kerja. Hahaha


Ni pintu depan.



Sepanjang plore (pemuisi baca puisi terus menerus) aku tak bangun langsung. Sebab aku fokus dengan diorang, Walaupun hujan diorang tetap teruskan. tetap performe tu yang terbaik. Kita semua duduk di bawah tempat yang sama walaupun ada yang berpangkat sikit, pandai sikit. Diorang supporter terbaik. Sepanjang plore, aku susah nak nampak orang main handphone. Setakat pegang phone sebab nak ambil gambar ke rakam ke. Maksud aku nak sampaikan kat sini ialah diorang still bagi attentiton kat mereka, pemuisi walaupun dah belakang belakang. 


Aku tak de gambar diorang , video je ada. Tapi tak payah lah aku upload. 

Aku di atas karpet merah :) 

Kawan yang sama minat dengan aku.


Aku menyesal sebenarnya waktu menulis ni. Aku rasa rugi tiba tiba sebab tak beli Melankolik Bisu.
:(( Sebab masa kat situ aku tak tahu nak pilih mana satu. Macam rambang mata. Last last aku tak beli satu apa pun. Dah balik baru rasa macam nak beli. Hmm. Rugiiiiiinya. Nanti ada event lagi aku nak turun. 



Post a Comment

0 Comments