Kami Bertemu




Assalamualaikum. Setelah beberapa tahun terpisah, akhirnya kembali bertemu menyambut rindu yang pernah terbuku dalam jiwa. Terima kasih kerana sudi bagi aku peluang dan ruang dalam persahabatan yang serba indah ini. Aku tak pernah terfikir, aku akan punya perjalanan hidup yang dihiasi persahabatan. Aku tak pernah terfikir, teguran kamu dulu, benar benar buat aku sayang untuk melupakan siapa kamu pada saat kamu menegur sehinggalah siapa aku pada kamu harini.



Aku cuma berharap, perjalanan aku sepanjang ini, akan terus dihiasi dengan persahabatan itu. Persahabatan yang tak pernah berhenti. Dan akan terus menemani aku sepanjang aku berjalan mengenal erti hidup.









Apa pun yang akan aku lakukan bersama kamu, sikit pun tak buat aku berasa bosan. :) Malah aku semakin sayang nak meninggalkan kamu untuk kembali seperti situasi biasa. Kerana aku RINDU.

Post a Comment

1 Comments

  1. bestnyaaa.. kita tak reunite lagi dengan mmber lama.. semua jauh.. huhuh. harap nnti ada jodoh jumpa dorang lagi

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.