PEMAIN DOTA NOOB !!!






gambar cedok dari google.com


Beberapa hari lalu, saat purnama tidak menampak kan wajah dan sinarnya, aku dengan rajin tanpa rasa berat hati lepak dekat satu group FB. Group tu adalah diantara group yang aku sayang jugak la. Kadang kadang melayan perangai dari newbie sampai lah yang expert gelak aku atas katil sorang sorang. Sebenarnya, bukan lah katil sangat pun. Sebab duduk rumah sewa ni aku tidur atas LANTAI berlapikkan tilam :(


Tapi tu bukan cerita nya. Aku cuma nak bagitau, PEMAIN DOTA NOOB. Agak - agak tak pe kan tajuk aku ternampak dan agak seperti biadab. Tapi berdasarkan teori dan kesimpulan yang aku belajar semenjak dari sekolah, tajuk yang dipilih haruslah sesuai dengan jalan cerita. Supaya kelihatan menarik dan tertarik untuk orang membacanya.


Jadi aku telah sebulat suara untuk memilih tajuk yang agak extreme dan aku telah bersedia untuk dikejam oleh ribuan PEMAIN DOTA NOOB. PEMAIN DOTA yang telah dimonopoli oleh sang lelaki sejak berzaman dulu. Mungkin ~. Kerana aku terlupa dan berasa sangat malas untuk mengkaji hal hal sejarah dota. Lagi pula PEMAIN DOTA NOOB. Buang masa.


Pertama sekali, sebelum memulakan kata kata yang korang semua dah anggap aku mengecam berdasarkan tajuk, aku nak korang fikir dengan mata hati. Buka peluang minda bagaimana sel sel otak berhubung seperti yang diwar warkan didalam iklan anmum. Maafkan segala.
 kata kata aku yang mungkin mengguris perasaan.



Tapi, aku belum masuk lagi karangan pasal PEMAIN DOTA NOOB. Aku memang tak sangkal PEMAIN DOTA NOOB bukanlah kenyataan yang keluar dari mulut seorang wanita seperti aku. Tapi, oleh wanita yang dianggap sebagai keyboard worior (mungkin) didalam group yang tadi aku  ceritakan di awal perenggan.



Tertarik aku untuk menaip entri ni adalah sebab aku nak meminta pendapat korang. Aku dah screencapture. Tapi sayang terdelete. Tapi lagi, aku tak sampai hati nak tepek gambar status wanita berkenaan yang dikatakan telah married dan mempunyai 3 orang anak(mungkin) kerana  beliau secara terang memalukan dirinya sendiri.



Samar samar aku nak ulang balik apa yang wanita berstatus sebagai isteri tu update status. Mungkin secara peratusan paling rendahboleh  aku katakan saat aku mengingati setiap patah perkataan yang ditaip. Mungkin, aku sendiri tak berapa pasti. Mungkin juga ada tokok tambah. Tapi yang penting kenyataan yang extreme yang diupdate dalam status fB beliau PEMAIN DOTA NOOB.



"Aku ni dah kawin. Dah ada anak. Takkan lah aku nak main DOTA tu. Macam aku dah tak de keje lain je. Apa bangang sangat tak matang ajak aku main. Memang noob betul lah nak main dota bagai. Korang ni memang tak de keje lain ke? Dok buang masa dengan game game macam tu. Patutlah tak maju."



Adalah brader brader kacak hensem dok balas balas komen. Terstalker profile cik puan ni. Kebetulan memang masa tu dok panas balas balas komen pasal sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh seseorang. Memang aku yang malas ni jadi rajin double kuasa dua menggagahkan mata tangan telinga dan semua pancaindera yang ALLAH kurnia untuk membaca satu satu komen start dari atas sampai lah bawah. Mencecah 200 lebih jugak lah komen tu. Tu yang puncanya pergi stalker cik puan punya profile, sebab aku sendiri tak menafikan mulut cik puan ni agak celaka * maaf kasar (mungkin lembutnya boleh aku katakan mulut beliau agak kasar) sebab komen komen beliau bukanlah membina.



Tapi menyakitkan dan memedihkan ulu hati bagi yang membaca dan tak kurang juga ada yang terasa dengan kenyataan kenyataan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau. Tambahan pula, status beliau sebagai ISTERI agak menjengkelkan. SANGAT menjengkelkan. Demi TUHAN. Aku sendiri rasa macam nak pijak kepala dia. Walaupun aku bukan lah sesiapa dalam group tu. Tapi sebab aku prihatin dan ingin mengambil tahu *bukan menjaga kain harap maklum!



Aku perhati je cik puan ni. Biadab gak bahasa dia. Aku tak tahu macam mana cik puan ni dengan HASBEN beliau. Kalau lembut jugak mungkin aku boleh katakana cik puan sebagai seorang yang pijak semut pun tak mati. Mungkin juga akan dinobat sebagai PELAKON terbaik. 'Mungkin' .



Berbalik balik pada persoalan yang ingin aku ketengahkan. Betulkah PEMAIN DOTA NOOB? Aku memang tak nafi, PEMAIN DOTA NOOB yang telah dianggap oleh cik puan akan menghabiskan sisa waktu  nya di depan komputer. Tak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit untuk lepak CC berdetim dengan DOTA kesayangan. BETULKAH PEMAIN DOTA NOOB? Sekian ~



Aku cuma bertanya, aku bukanlah wanita yang menghambur mengatakan PEMAIN DOTA NOOB. Penambahan persoalan. Mengenai perangai kasih sayang yang ditunjukkan oleh cik puan. BAGAIMANA?



Jadi, atas ehsan kebaikan kerajinan aku menelaah satu persatu komen pedas oleh cik puan, dapat lah aku membuat KESIMPULAN. KESIMPULAN oleh aku sendiri. Bahawasanya, makcik pakcik, tuan puan, datin paduka , datin sri, datuk datin, encik, puan, cik, YB YB, yang berkahwin ada anak, yang mana phone canggih layan game yang tengah HOT sekarang (candy crush) yang masih mendapat ranking pertama *mungkin (tak berapa pasti) maka mereka dianggap NOOB juga lah kan. Sebab main game. Bak kata cik puan, macam tak de keje lain pulak nak buat. Kbye ( IF YOU KNOW WHAT I MEAN ) .











Dan tiba tiba aku menggodek godek, aku ternampak ni . Aku dah tukar fikiran. Aku nak letak lah status cik puan. Tapi yang ni status dari profile cik puan.  Komen yang lagi panas telah di delete oleh admin.




Mungkin as orang dewasa, tengok aku lah yang bangang sibuk pasal cik puan. Aku cuma nak cakap, As wife dan seorang wanita yang dah dewasa dan berfikiran matang tak sepatutnya melontarkan kata macam tu. MENJENGKALkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. lain orang lain ragamnya. macam dia lepaskan geram kat FB je...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.