August 2014 - Mieza S

27 August 2014

PEMAIN DOTA NOOB !!!

August 27, 2014 2
PEMAIN DOTA NOOB !!!





gambar cedok dari google.com


Beberapa hari lalu, saat purnama tidak menampak kan wajah dan sinarnya, aku dengan rajin tanpa rasa berat hati lepak dekat satu group FB. Group tu adalah diantara group yang aku sayang jugak la. Kadang kadang melayan perangai dari newbie sampai lah yang expert gelak aku atas katil sorang sorang. Sebenarnya, bukan lah katil sangat pun. Sebab duduk rumah sewa ni aku tidur atas LANTAI berlapikkan tilam :(


Tapi tu bukan cerita nya. Aku cuma nak bagitau, PEMAIN DOTA NOOB. Agak - agak tak pe kan tajuk aku ternampak dan agak seperti biadab. Tapi berdasarkan teori dan kesimpulan yang aku belajar semenjak dari sekolah, tajuk yang dipilih haruslah sesuai dengan jalan cerita. Supaya kelihatan menarik dan tertarik untuk orang membacanya.


Jadi aku telah sebulat suara untuk memilih tajuk yang agak extreme dan aku telah bersedia untuk dikejam oleh ribuan PEMAIN DOTA NOOB. PEMAIN DOTA yang telah dimonopoli oleh sang lelaki sejak berzaman dulu. Mungkin ~. Kerana aku terlupa dan berasa sangat malas untuk mengkaji hal hal sejarah dota. Lagi pula PEMAIN DOTA NOOB. Buang masa.


Pertama sekali, sebelum memulakan kata kata yang korang semua dah anggap aku mengecam berdasarkan tajuk, aku nak korang fikir dengan mata hati. Buka peluang minda bagaimana sel sel otak berhubung seperti yang diwar warkan didalam iklan anmum. Maafkan segala.
 kata kata aku yang mungkin mengguris perasaan.



Tapi, aku belum masuk lagi karangan pasal PEMAIN DOTA NOOB. Aku memang tak sangkal PEMAIN DOTA NOOB bukanlah kenyataan yang keluar dari mulut seorang wanita seperti aku. Tapi, oleh wanita yang dianggap sebagai keyboard worior (mungkin) didalam group yang tadi aku  ceritakan di awal perenggan.



Tertarik aku untuk menaip entri ni adalah sebab aku nak meminta pendapat korang. Aku dah screencapture. Tapi sayang terdelete. Tapi lagi, aku tak sampai hati nak tepek gambar status wanita berkenaan yang dikatakan telah married dan mempunyai 3 orang anak(mungkin) kerana  beliau secara terang memalukan dirinya sendiri.



Samar samar aku nak ulang balik apa yang wanita berstatus sebagai isteri tu update status. Mungkin secara peratusan paling rendahboleh  aku katakan saat aku mengingati setiap patah perkataan yang ditaip. Mungkin, aku sendiri tak berapa pasti. Mungkin juga ada tokok tambah. Tapi yang penting kenyataan yang extreme yang diupdate dalam status fB beliau PEMAIN DOTA NOOB.



"Aku ni dah kawin. Dah ada anak. Takkan lah aku nak main DOTA tu. Macam aku dah tak de keje lain je. Apa bangang sangat tak matang ajak aku main. Memang noob betul lah nak main dota bagai. Korang ni memang tak de keje lain ke? Dok buang masa dengan game game macam tu. Patutlah tak maju."



Adalah brader brader kacak hensem dok balas balas komen. Terstalker profile cik puan ni. Kebetulan memang masa tu dok panas balas balas komen pasal sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh seseorang. Memang aku yang malas ni jadi rajin double kuasa dua menggagahkan mata tangan telinga dan semua pancaindera yang ALLAH kurnia untuk membaca satu satu komen start dari atas sampai lah bawah. Mencecah 200 lebih jugak lah komen tu. Tu yang puncanya pergi stalker cik puan punya profile, sebab aku sendiri tak menafikan mulut cik puan ni agak celaka * maaf kasar (mungkin lembutnya boleh aku katakan mulut beliau agak kasar) sebab komen komen beliau bukanlah membina.



Tapi menyakitkan dan memedihkan ulu hati bagi yang membaca dan tak kurang juga ada yang terasa dengan kenyataan kenyataan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau. Tambahan pula, status beliau sebagai ISTERI agak menjengkelkan. SANGAT menjengkelkan. Demi TUHAN. Aku sendiri rasa macam nak pijak kepala dia. Walaupun aku bukan lah sesiapa dalam group tu. Tapi sebab aku prihatin dan ingin mengambil tahu *bukan menjaga kain harap maklum!



Aku perhati je cik puan ni. Biadab gak bahasa dia. Aku tak tahu macam mana cik puan ni dengan HASBEN beliau. Kalau lembut jugak mungkin aku boleh katakana cik puan sebagai seorang yang pijak semut pun tak mati. Mungkin juga akan dinobat sebagai PELAKON terbaik. 'Mungkin' .



Berbalik balik pada persoalan yang ingin aku ketengahkan. Betulkah PEMAIN DOTA NOOB? Aku memang tak nafi, PEMAIN DOTA NOOB yang telah dianggap oleh cik puan akan menghabiskan sisa waktu  nya di depan komputer. Tak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit untuk lepak CC berdetim dengan DOTA kesayangan. BETULKAH PEMAIN DOTA NOOB? Sekian ~



Aku cuma bertanya, aku bukanlah wanita yang menghambur mengatakan PEMAIN DOTA NOOB. Penambahan persoalan. Mengenai perangai kasih sayang yang ditunjukkan oleh cik puan. BAGAIMANA?



Jadi, atas ehsan kebaikan kerajinan aku menelaah satu persatu komen pedas oleh cik puan, dapat lah aku membuat KESIMPULAN. KESIMPULAN oleh aku sendiri. Bahawasanya, makcik pakcik, tuan puan, datin paduka , datin sri, datuk datin, encik, puan, cik, YB YB, yang berkahwin ada anak, yang mana phone canggih layan game yang tengah HOT sekarang (candy crush) yang masih mendapat ranking pertama *mungkin (tak berapa pasti) maka mereka dianggap NOOB juga lah kan. Sebab main game. Bak kata cik puan, macam tak de keje lain pulak nak buat. Kbye ( IF YOU KNOW WHAT I MEAN ) .











Dan tiba tiba aku menggodek godek, aku ternampak ni . Aku dah tukar fikiran. Aku nak letak lah status cik puan. Tapi yang ni status dari profile cik puan.  Komen yang lagi panas telah di delete oleh admin.




Mungkin as orang dewasa, tengok aku lah yang bangang sibuk pasal cik puan. Aku cuma nak cakap, As wife dan seorang wanita yang dah dewasa dan berfikiran matang tak sepatutnya melontarkan kata macam tu. MENJENGKALkan.

26 August 2014

PAGEVIEW RENDAH

August 26, 2014 0
PAGEVIEW RENDAH


Tak, cuma nak cakap. PAGEVIEW RENDAH. Padahal dah lebih setahun. Nampak sangat tak aktif. Erkkkk. Tak pandai lah nak pakai keyword la CEO la. Apa menda tah semua tu. Kena baca balik kitab kitab Tuan Tuan dan puan puan yang ajar semua teknik ni. Kena mendalami ilmu ni. Kalau nak pandai dan pengalaman. Pengalaman kan mendewasakan. Hahahhaa. Bak kata pepatah, manakan pecah ruyumg kalau nak dapat sagunya. 

18 August 2014

BUDAK POLITEKNIK BODOH

August 18, 2014 14
BUDAK POLITEKNIK BODOH






ASSALAMUALAIKUM,
PERTAMA SEKALI SEBELUM AKU KETENGAH ISU BASI SEPERTI DIATAS, RASANYA TERLEBIH DAHULU AKU NAK MINTAK MAAF ANDAI MENGGURIS KAN HATI MANA MANA PIHAK, SECARA ZAHIR MAHUPUN BATIN. SEMUA TULISAN YANG AKAN U ALLS BACA ADALAH DARI PANDANGAN AKU SENDIRI SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR PELAJAR.


GAMBAR TU AKU AMBIL DARI SALAH SEORANG PENUNTUT POLITEKNIK YANG JUGA KAWAN SEKOLAH AKU MASA SAMA - SAMA BELAJAR DEKAT VOKASIONAL SHAH ALAM 2011/2012.


APA YANG BUAT AKU TERGERAK HATI NAK UPDATE ENTRI BASI MACAM NI SEBAB AKU TAK PUAS HATI DENGAN STATEMENT YANG CUBA MEREKA BERDUA TEGAKKAN. APA SALAH SANGAT KE JADI PELAJAR POLITEKNIK? WALAUPUN AKU NAK BAGITAU AKU BUKANLAH PELAJAR POLITEKNIK.


PENGALAMAN AKU BELAJAR 1 SEM DEKAT UITM SEGAMAT, LEPASTU AKU STOP. AKU MOHON LAGI BUAT RAYUAN, TAK DAPAT. DAN SEKARANG UPU KASI AKU SAMBUNG BELAJAR DEKAT KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT. JADI BILA MEREKA BERDUA CAKAP BUDAK POLITEKNIK BODOH, AKU SEDIKIT RASA MACAM KENA TEMPIAS YANG TAK SEBERAPA. KECIK HATI PUN ADE. SEKURANG KURANGNYA POLITEKNIK DIPLOMA. SEDANGKAN AKU LAGI BAWAH PADA POLITEKNIK. AKU TERASA SEPERTI DI BODOHKAN DUA KALI.


POLITEKNIK SEKARANG DAH TARAF UNIVERSITI. DIORANG MEMANG TAK TAHU ISU SEMASA ATAU MEMANG TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU SEBAB DALAM MIND SET MEMANG BUDAK POLITEKNIK BODOH?


AKU NAK CAKAP LAH, DUA ORANG YANG TEPEK BAGITAHU SATU DUNIA YANG BUDAK POLITEKNIK Ni BODOH LA,  KERJA KILANG LA, BLAH BLAH BLAH, NAK TANYA  SOALAN PALING BERNAS ABAD INI,
"BAPAK KAU ORANG KERJA APA? ARKITEK? DOKTOR? ENGINEER? KELULUSAN UNIVERSITI ANTARABANGSA? " TAYAH TEPEK BUDAK POLITEKNIK BODOH LA KALAU BAPAK KAU ORANG PUN SETAKAT KERJA MAKAN GAJI.


MACAM LAH BACKGROUND KAU ORANG TAK DAK YANG BELAJAR POLITEKNIK. MACAM LAH SEMUA DARI UNIVERSITI TEMPATAN SAMPAI KAU ORANG FIKIR RENDAHNYA MARTABAT POLI SAMPAI KAU ORANG NAK MALUKAN BUDAK POLI DENGAN STATEMENT KORANG YANG RARE TU.


SEPANJANG AKU BERADA DI SEM 1 DI UITM, MACAM BUDAK BUDAK LAIN. CARA BELAJAR SEMUA SAMA. DALAM KELAS TIDUR. RILEK. BUDAK POLI KE BUDAK KOLEJ KE, UNIVERSITI KE. SAMA JE WEYH. KALAU DAH MENGANTUK SANGAT. MACAM LAH BUDAK UNIVERSITI TAK PERNAH BUAT MASALAH. MACAM LAH BAGUS SANGAT.


KALAU DAH NAMANYA KAU PELAJAR, STANDART LAH KAU BUAT SALAH ITU INI, JADI, KAU PELAJAR UNIVERSITI KE, KOLEJ KE, POLITEKNIK YANG YANG KAU ANGGAP BUDAK BODOH TU, SEBENARNYA TARAF KAU ORANG TETAP SAMA LAH PANDAI.


MACAMLAH KAU MASUK UNIVERSITI POINTER KAU DEKAN DEKAN DEKAN DEKAN SAMPAI HABIS SEM. MEMANG DAEBAK LAH KALAU KAU DAPAT BUKTIKAN KAU TERRER MACAM TU. AKU RASA KAU MEMANG TAK LAYAK CAKAP BUDAK POLITEKNIK BODOH HANYA SEBAB KAU DAPAT MASUK UNIVERSITI. ITU BUKAN TIKET UNTUK KAU CAKAP BESAR.


ITU BUKAN TIKET UNTUK KAU RASA BANGGA DENGAN PAKAIAN YANG KAU PAKAI MASA PERGI KELAS ( PAKAI KEMEJA SIAP TIE) HANYA SEBAB KAU TAK PERNAH MASUK BENGKEL DAN KELAS KAU  BER AIRCOND SEPANJANG MASA. SEKURANG KURANGNYA PENGALAMAN KAMI LEBIH BANYAK DARI KAU ORANG YANG CUMA MENGADAP  BUKU SETEBAL 10 INCI. SAMPAI KAU SENDIRI BOSAN DENGAN APA YANG KAU ORANG BACA. KAU TAK PAYAH TIPU KALAU KAU CAKAP, KAU SANGAT BERSYUKUR DENGAN KOS YANG KAU MINTAK TU SEBAB KAU SUKA.


AT LEAST AKAN ADA SEDIKIT RASA KESAL. BETUL TAK? SEBAB KAU LANGSUNG TAK DUGA, KOS YANG KAU MINTAK TAK SAMA MACAM KAU HARAPKAN. AKU TAHU SEKARANG NI AKU DAH MEREPEK. AKU CUMA NAK CAKAP KAU ORANG NI SEMBANG KENCANG. MACAM TAK PERNAH KANTOI PULAK DALAM EXAM. 


DAH RAMAI AKU JUMPA, GRADUAN DARI POLITEKNIK BOLEH DAPAT KERJAYA YANG BAGUS, WALAUPUN DIANGGAP SEBAGAI BODOH. MUNGKIN KALAU KAU DAH BERGELAR GRADUAN DARI UNIVERSITI YANG TAK DE OTAK DAN JUGA TAK DE ADAB KAU MUNGKIN ADALAH SEBAGAI RATUSAN DAN RIBUAN GRADUAN DARI UNIVERSITI YANG AKAN MENGANGGUR !


AKU RASA KARANGAN AKU DAH PANJANG SANGAT. TAPI SEKURANGNYA AKU DAPAT BERKONGSI DENGAN U ALLS, TERIMA KASIH SEBAB KESUDIAN MEMBACA. DEKAT SINI AKU NAK TEGASKAN, BUDAK POLITEKNIK BODOH CUMA ANDAIAN MEREKA YANG RASA BANGGA BILA TERPILIH MASUK UNIVERSITI SEPERTI MEREKA BERDUA. YANG TIADA ADAB.


AKU TEGASKAN LAGI, BUDAK POLITEKNIK BODOH TAK AKAN PERNAH WUJUD DALAM KAMUS KEHIDUPAN !

05 August 2014

Bangku

August 05, 2014 2
Bangku



Bangku tua itu tetap disitu,
Meski warna nya telah luntur,
Kerana mentari asyik memancarkan sinar,
Bangku itu juga akan tua,
Seiring dengan aku,
Semakin dimamah usia,
Tak pernah sedar,
Ada kedut pada wajah.