Tuesday, July 16, 2013

TERIMA KASIH LANA !

Mieza S | 7/16/2013 12:02:00 AM | 6Comments |


Hai, selamat malam. Kecik baru habis meeting dengan KELAB PHOKUS UITM JOHOR CAWANGAN SEGAMAT :) Haishh. Ha alang-alang tu tolong lah sekali like gambar ni. Boleh ke idak? Tolong tau tolong tau. Nanti kecik tolong korang balik :p Hhehehe, Bantu membantu amalan mulia :D , gambar tu dekat --> s i n i . Thanx sahabat. Walaupun mata kecik dah terkatup sikit ni, tapi tetap juga nak gagahkan diri update entri  ni.


Esok kelas pagi pukul 8 pagi. Banyak kerja tertangguh. Slide-slide banyak tak siap. Tapi boleh wat rilek gua online kan. Haaa, nampak sangat tak fikir masa depan. Kecik kecik. Camni lah perangai kau dekat sini. -_-


Nampak tak perubahan blog kecik? Colour purple siot. Haaa comel tak? Ni semua hasil nukilan dari C i k L a n a . Serios berpuas hati gila. Pertama, nak puji sikap C i k L a n a yang selalu rendah hati. Setiap kali dia nak online blog kecik, mesti dia akan mintak permision dulu. Kedua, setiap kali dia online, apa yang dia nak ubah, dia akan tanya yang ni okay ke tak. Dia mesti test satu-satu. Mana yang kecik rasa okay. Selalunya kalau kita order edit template , kita bagitau ciri-ciri blog yang kita nak. Then, dia siap kan terus. Tapi hasil mungkin ada yang memuaskan. Mungkin ada yang tak memuaskan. Semua terletak pada pelanggan. Mungkin sebab tanak susahkan orang yang design tu, kita pun terima seadanya hasil kerja dia :))


Tapi Lana ni lain. Respect cara dia bekerja. Mungkin tak ramai macam dia kod. Sebab kene buat banyak kerja. Nak ubah  ni kena tanya  dulu. Sikit-sikit nak tanya, macam menyusahkan diri sendiri pulak kan? Apa pun C i k L a n a, hasil tangan awak sangat memuaskan kecik. C i k L a n a tersenarai dalam pilihan designer blog untuk kecik :D . Terima kasih sebab sudi menerima tempahan dari kecik :)


Korang jom terjah blog dia kat --> C i k L a n a

Monday, July 15, 2013

Program Blogger !

Mieza S | 7/15/2013 05:35:00 PM | 9Comments |




Kalau korang perasan, bloglist kat belah kanan kecik ni dah berhabuk gila. Usang gila kod. Jadi kecik nak cari bloglist yang baru untuk Ramadhan kali ni :) Bloglist mungkin akan kekal sehingga bulan depan :p. Tamat pada 25 Julai 2013


Tak perlu bersusa payah nak buat entri atau apa  tah lagi kan. Korang cuma perlu click --> s i n i , TOLONG LIKE pic --> i n i dan tinggalkan link blog korang dekat ruangan komen enrti ini. Insyaallah kecik akan review beberapa blog yang terpilih  :)


Kecik jadi jeles pulak bila tengok blogger buat iftar tu. :'( Nangis tau. Huhuu, Nak jugak !! Tapi kecik malu lah. Yelah kecik ni kan tak sempurna macam orang lain. Kecik ni dah la lain dari orang lain. Jadi keyakinan diri tu jadi kurang sikit . Hmm, Weyh, nak join kod. Tapi fikir balik betapa ohsem nya blogger yang join dan netapa tingginya mereka dalam dunia blogging ni, lagi-lagi lah malu kod. Awak  ni newbie je :( Lagi banyak kekurangan. Nak join macam, haishh., Layak tak layak tak.


Kecik harap kalau kecik join event-event untuk blogger ni tade r nak memandang kecik ni serba kekurangan. Dan berharap pandangan tu sama je macam dekat orang lain.


Kecik juga berharap bersempena Aidilfitri yang bakal tiba ni akan ada la blogger yang akan menganjurkan mana-mana event untuk para blogger di sekitar Selangor. Kecik nak join SANGAT. Nak berkenalan dengan blogger lain dan juga mencari kekuatan bila berdepan dengan orang. Nak kenal depan-depan. Selama ni cuma kenal dari hasil penulisan je kan.


Kecik cuti sampai 11 haribulan. Hope ade lah aktiviti yang blogger yang kecik dapat join. Okay lah tu je kod. Siapa sudi nak menganjurkan event? Bagitahu kecik awal-awal tau !

Saturday, July 13, 2013

Qi Razali Sahkan Nelydia Senrose Kekasihnya

Mieza S | 7/13/2013 08:41:00 PM | 3Comments |






PETALING JAYA: Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qi Razali akhirnya membuat pengakuan secara sah iaitu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nelydia Senrose walaupun sebelum ini menepis gosip tersebut.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama.

“Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya.

“Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang,” katanya kepada mStar Online.

Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna sebelum berpisah secara baik untuk membawa haluan masing-masing.

Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan.






Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.
Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri.
“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu.
“Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi,” jelasnya.
Tambah Qi, dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda.
Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran JJCM untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina bagi penggambaran musim terbaharu program Art Attack pada 18 Julai depan.


// sumber : hotfm

Tuhan - Fixi

Mieza S | 7/13/2013 06:04:00 PM | 7Comments |


Hai. Selamat petang. So, macam mana puasa hari ni u all? Dah fikir nak masak apa? Wahh. Seronok lah awak boleh masak. Hahahha. Semalam kecik tido sorang-sorang je tau dalam bilik. Lagi 3 prang roommate semua balik kampung. Berpuasa bersama family diorang. Ahad baru rumah kembali meriah seperti sedia kala. Meruntun je hati bila anak-anak semua tak ada kat rumah. *Kecik jadi mama diorang. Hhehee.


Hmm, Sedih tau. Semalam rasa macam nak nangis. Dah lah senyap. Call member nak ajak borak semua tak ada masa. Yelah, untuk kecik je tak ada  masa kan? Tau lah kecik ni bukan sesiapa. Hahhaa. Ayat sentap mak. Dah tiga hari berturut-turut kecik habiskan masa membaca novel. Bukan sebab novel tu tebal sangat. Tapi sebab malas nak habiskan. Kalau habiskan cepat sangat, esok-esok dah tak ada bahan bacaan lagi.


Actually masa kecik balik rumah haritu, kecik pergi kedai buku dekat seksyen 19, Shah Alam. Sapa pernah pergi? Yeah, kita geng. Kecik nampak diskaun 20%. Bak hang. Bukan senang tau. Kecik nak beli dua novel sebenarnya. Tapi masa tu tak dak duit pulak. Mampu beli satu jela.



Ini lah novel yang kecik maksudkan tu. Keluaran Fixi. Majoriti ramai yang suka baca novel cinta dan berharap apa yang ada pada srip novel tu berlaku dalam hidup diorang. Betul tak apa yang kecik cakap? Ni fakta. Pernah sekali tu ada budak sekolah update status cakap "Eaa mesti best kan kene rogol ? Lepas tu dapat cinta sejati". Kan nampak ke tak?



Cerita melayu sekarang macam apa tah. Pemikiran mereka pulak semua nya tak matang. Cuma nampak tang baagia je. Tang derita?? Okay bersambung pasal novel yang kecik beli.


Tajuk novel :  TUHAN. Penulis : Hasrul Rizwan seorang penghidap coulrophobia merasakan badut tidak pernah lawak tetapi menakutkan. Meletakkan dirinya sebagai seorang pencerita dan bukanlah penulis.


Kalau korang pernah baca mana-mana buku cerita under publisher Fixi, seriOs korang tak akan pernah berhenti untuk baca lagi cerita lain. Salah satu keistimewaan pasal buku-buku Fixi yang tak ada pada buku lain ialah, tajuk buku tu cuma satu perkataan. Kadang-kadang perkataan yang digunakan mungkin jarang dilihat atau mungkin langsung tak pernah dengar. Dari situ kita akan tahu sedikit sebanyak perkataan perkataan baru.


Mungkin ada yang cakap buku Fixi ni kebanyaakkan nya menggunakan perkataan lucah dan seumpamanya. Mungkin betul. Abaikan lah yang tu. Yang tak elok nak ambil, yang elok tak nak pulak ambil kan? Waktu kecik baca buku Tuhan ni, kecik macam ada dalam buku tu. Imaginasi melebihi batasan. Hahha. Seronok tau. Ni kecik serta kan sedikit sinopsis yang tersedia pada belakang buku tersebut.


"Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka.

Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya.

Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.

Didunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang menjadi Tuhan !  "


Aamacam, ? Apa pendapat korang? Best tak? Dalam buku ni ada diselitkan pasal zombie. Pengajaran dari cerita ni kita semua ada Tuhan yang mentadbir alam. Tuhan lah yang menjadikan apa yang ada disekeliling kita. Percaya Qada dan Qadar Allah. :)

Friday, July 12, 2013

ALVIN DAN VIVIAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERBUKA PUASA DENGAN SUP HERBA RUSUK BABI

Mieza S | 7/12/2013 08:34:00 PM | 6Comments |




Pasangan Alvin dan Vivian dikenali, infamous,  kerana bertindak berani memaparkan aksi seks di internet.  Barangkali kerana tidak begitu ramai berminat menonton  aksi ghairah mereka,  keduanya mencari ide lain  untuk mencetuskan  provokasi sebagai attention seekers.

Gambar di atas dipaparkan di facebook Alvin and Vivian, (  Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!   -Sahabatmu, Alvin dan Vivian ) itulah caption yang ada pada gambar tersebut. Sungguh beradab ye engkau. 

Perhatikan tulisan di atas ...

'Selamat berbuka puasa (dengan bak kut teh ... wangi, enak, menyelerakan)'

Mari bergoogle sebentar. Mencari apa itu bak kut teh . Lebih  babi daripada babi,  poster sama dicetakkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.



Dua budak CINA menghina jutaan UMAT ISLAM di Malaysia, itu fakta. Mustahil jika mereka tidak mengetahui gambar dipaparkan di media sosial itu  akan mengguriskan hati orang Islam di negara ini. Namun tetap mereka muatnaik untuk dipamerkan. Apakah tujuan sebenar tindakan Alvin dan Vivian?

Adakah siapa peduli? 

Meletakkan logo JAKIM seolah-olah, menghalalkan bak kut teh.

Ini pula gambar yang acah-acah telah diubah suai oleh pasangan berkenaan. 


fuh. Menganjing siot. Untunglah kau. Dah fames sekarang. Congrate untuk pasangan bahagia ini ^_^ *










CER CUCI MATA SIKIT KAT SINI 


Sumptuous Erotica, Malaysia pantau dari jauh?? 18SX

Cerita dia

Mieza S | 7/12/2013 06:49:00 PM | 0Comments |

Salam ramadhan buat semua pembaca blog. Ramai yang memberi respon pada entri kecik yang lepas. Kalau ada sesiapa yang tak baca lagi sila ke sini untuk bersama-sama menghayati cerita --> s i n i. Walaupun jumlah pageview tak adalah menggalakkan sangat. Tapi masih ada yang meninggalkan respon untuk entri itu. Bukan nak mencari pengkomen tapi cuma nak tengok sejauh mana masyarakat prihatin terhadap apa yang berlaku di sekekeling. 
Mungkin kalau nak berhujah dekat sini, kecik bukan lah pendebat yang berkelulusan. Mungkin juga bukan seorang yang berpengalaman dalam kehidupan. Kecik pun baru je menginjak 18 tahun. Bak kata orang, darah masih muda. Masih jauh perjalanan yang ingin di tempuh. Tapi memandangkan kecik masih mampu bersuara, tak salah rasanya kalau nak berkongsi pendapat.
Sepanjang kecik bergelar musafir di jalan Allah ni, macam-macam dah kecik tengok. Lagi-lagi perhubungan suami isteri yang mudah sangat retaknya. Kecik tau, kita umat akhir zaman. Akan banyak berlaku perpecahan. Kemaksiatan. Zina, dan sebagainya. Tak dapat dinafikan apa yang terjadi pada hari ini adalah salah satu tanda-tandanya.
Kecik harap bagi mereka yang ingin membina masjid, pelihara lah masjid itu dengan sempurna. Memang manusia tak sempurna. Tapi belajar lah menutup kekurangan pasangan dengan kelemahan yang ada pada pasangan masing-masing. Jangan terlalu ikutkan perasaan. kata orang tua, kalau ikut hati nanti mati. Jangan lah terlalu mudah memandang pada kebendaan. Pandanglah pada cinta yang dah terhampar. Bukan nya melempar cinta saat ada yang lain.
Cuba bayangkan, kalaulah kita ditinggalkan. Mana lagi tempat bergantung harap. Jadi selama hayat ada, peliharalah cinta sampai ke syurga. Jagalah hati agar tiada yang terluka. 
Kecik online dalam kelas tadi , tengok video kekejamaan syiah. Cari kat youtube tak jumpa pulak. Masyaallah, kepala manusia dipotong hidup2. Kemudian mayatnya di angkat dan ditolak ke dalam sebuah lubang. Tersentak kecik. Macam kene muka pula. Kecik jumpa video ni. Bagi sesiapa yang lemah semangat diingatkan agar tidak melihatnya. :) Selamat berbuka. 
Moga Allah mengasihi mereka disyurga kelak. "Ya Allah ya tuhanku. kau binasakan kaum yg srring membuat kekejaman itu. Kau bangkitkanlah keamanan di seluruh pelusuk dunia. Sesungguhnya kau lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Thursday, July 11, 2013

Karya Sayu | Andai Ini Takdirku

Mieza S | 7/11/2013 06:58:00 PM | 6Comments |



Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara.... dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara... kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam... wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room.. untuk beri laluan kepada wife no.2... kejam kejam !! 


Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu.. saya tak kisah sangat... tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam... sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya. 

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur.. dah kena camtu.... saya malas lah nak bertekak... 

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri... tapi dia tak nak... dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah..... biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu... memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat.... wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu... lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang... ade ke... kawan saya tu.... selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia... cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... 

Kat bawah... saya tengok... anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid... menangis pungut baju mak dia... kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi.. cakap... "kau orang cakap dengan mama kau... kalau nak papa jaga sampai mampus... jangan lawan cakap papa..." 
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu... so... seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi.. saya dengan kawan saya tu... sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103... sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas... saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital... sebelum arwah pergi ke hospital... dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi.. 

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya... 

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.
Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi... memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital... arwah masih dalam bilik rawatan.... abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah
 segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja. 

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka
 rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan... shhh.. senyap.. senyap sayang... papa ada.. papa ada sini.. dan saya berharap agar Allah.. berikan hidayah kat rakan saya tu.. supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya... 



Subhanallah. Beratnya dugaan Allah pada insan bernama wanita. Buat para adam yang bergelar suami atau bakal bergelar suami, sentiasa lah menghormati hak wanita. Kasihi wanita seadanya Jangan terus disakiti. Dia wanita yang telah cukup banyak berkorban dalam kehidupan seorang lelaki. Tak dapat dinafikan. Berdirinya seorang lelaki dengan kemegahan kejayaan yang dikecapi, ada wanita yang memberi kekuatan. :') 

suntingan oleh : karyawanbisu
from : scribd
gambar sekadar hiasan