Tuhan - Fixi



Hai. Selamat petang. So, macam mana puasa hari ni u all? Dah fikir nak masak apa? Wahh. Seronok lah awak boleh masak. Hahahha. Semalam kecik tido sorang-sorang je tau dalam bilik. Lagi 3 prang roommate semua balik kampung. Berpuasa bersama family diorang. Ahad baru rumah kembali meriah seperti sedia kala. Meruntun je hati bila anak-anak semua tak ada kat rumah. *Kecik jadi mama diorang. Hhehee.


Hmm, Sedih tau. Semalam rasa macam nak nangis. Dah lah senyap. Call member nak ajak borak semua tak ada masa. Yelah, untuk kecik je tak ada  masa kan? Tau lah kecik ni bukan sesiapa. Hahhaa. Ayat sentap mak. Dah tiga hari berturut-turut kecik habiskan masa membaca novel. Bukan sebab novel tu tebal sangat. Tapi sebab malas nak habiskan. Kalau habiskan cepat sangat, esok-esok dah tak ada bahan bacaan lagi.


Actually masa kecik balik rumah haritu, kecik pergi kedai buku dekat seksyen 19, Shah Alam. Sapa pernah pergi? Yeah, kita geng. Kecik nampak diskaun 20%. Bak hang. Bukan senang tau. Kecik nak beli dua novel sebenarnya. Tapi masa tu tak dak duit pulak. Mampu beli satu jela.



Ini lah novel yang kecik maksudkan tu. Keluaran Fixi. Majoriti ramai yang suka baca novel cinta dan berharap apa yang ada pada srip novel tu berlaku dalam hidup diorang. Betul tak apa yang kecik cakap? Ni fakta. Pernah sekali tu ada budak sekolah update status cakap "Eaa mesti best kan kene rogol ? Lepas tu dapat cinta sejati". Kan nampak ke tak?



Cerita melayu sekarang macam apa tah. Pemikiran mereka pulak semua nya tak matang. Cuma nampak tang baagia je. Tang derita?? Okay bersambung pasal novel yang kecik beli.


Tajuk novel :  TUHAN. Penulis : Hasrul Rizwan seorang penghidap coulrophobia merasakan badut tidak pernah lawak tetapi menakutkan. Meletakkan dirinya sebagai seorang pencerita dan bukanlah penulis.


Kalau korang pernah baca mana-mana buku cerita under publisher Fixi, seriOs korang tak akan pernah berhenti untuk baca lagi cerita lain. Salah satu keistimewaan pasal buku-buku Fixi yang tak ada pada buku lain ialah, tajuk buku tu cuma satu perkataan. Kadang-kadang perkataan yang digunakan mungkin jarang dilihat atau mungkin langsung tak pernah dengar. Dari situ kita akan tahu sedikit sebanyak perkataan perkataan baru.


Mungkin ada yang cakap buku Fixi ni kebanyaakkan nya menggunakan perkataan lucah dan seumpamanya. Mungkin betul. Abaikan lah yang tu. Yang tak elok nak ambil, yang elok tak nak pulak ambil kan? Waktu kecik baca buku Tuhan ni, kecik macam ada dalam buku tu. Imaginasi melebihi batasan. Hahha. Seronok tau. Ni kecik serta kan sedikit sinopsis yang tersedia pada belakang buku tersebut.


"Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka.

Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya.

Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.

Didunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang menjadi Tuhan !  "


Aamacam, ? Apa pendapat korang? Best tak? Dalam buku ni ada diselitkan pasal zombie. Pengajaran dari cerita ni kita semua ada Tuhan yang mentadbir alam. Tuhan lah yang menjadikan apa yang ada disekeliling kita. Percaya Qada dan Qadar Allah. :)

Post a Comment

7 Comments

  1. fixi ni mmg terkenal and yeah, penulisan dia ada sedikit lucah. tak berapa suka. hehe btw dah baca novel kopi dari pixi? sila baca, best :)

    ReplyDelete
  2. As salam,nak tanya,berapa harga buku tu?

    ReplyDelete
  3. @Tcca Anuar Belum lagi sis. kecik nak kumpul sikit2. hehhee, kecik baru bace citew Ngeri, Sumbat, dengan Zombijaya. :p yang kopi tu otw :D

    ReplyDelete
  4. @Nur Najihah Wasalam. harga di kedai RM 19.90 :)

    ReplyDelete
  5. buku keluaran fixi mmg best. Qeela pun suka baca buku fixi

    ReplyDelete
  6. err, err cover tu kemain. kalau perempuan yg tengok ni, mesti terliurrr. ehhhh :P

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.