World War Z terbaik!




Alhamdulillah. Akhirnya dapat gak la kecik update entri. Sebenarnya niat nak update ni dah lama. Semenjak semalam lagi. Tapi tah kenapa google crome ni buat hal. Oh ****. Tak mencarut lah. Huhuuu. Kecik budak baik tau :) So, bila dah berkesempatan menaip ni, memang nak lepas gian terus sampai lebam lah. Hahhaa. Jangan marah tau? Semalam kecik n the roommate pergi OS. Saja nak merapatkan silaturrahim antara junior dengan senior dalam nilik kitorang. Bermanfaat tau. 


Selain dapat meluangkan masa bersama, kitorang jugak dapat mengenali hati budi masing-masing. Ha kan. Gitu pulak. Mengharapkan perhubungan yang terbina antara kitorang ni akan kekal sampai bila-bila pun. Roommate kecik ada dalam 4 orang. Tapi kami keluar bertiga je sebab sorang lagi ada family day. Kos banking. Untungla ada family day. 


Kami bertiga tengok wayang bersama-sama. Sampai je dekat OS tu memang dah kebulur gile. Ye kecik tau, kecik banyak makan. Kecik tau kecik ni badan kepeng je tapi siyez, memang kuat makan. Hahaaha. Memandangkan semalam hari Ahad, jadi kami bercadang untuk beli tiket wayang dulu. Takut ramai pulak yang nak tengok wayang kan? Mula-mula tak tahu nak pilih cerita apa. Yang ni nak tengok cartoon. Tapi kecik memang dah teringin habis nak tengok cerita World War Z. Selalu cerita omputih yang di adaptasi daripada game semua gempak kod. Contohnya cerita ni. Siapa pernah tengok? 





Silent Hill 2. Yang pertama kecik tak tengok pon. Ada orang kata kalau tak tengok yang pertama tak faham yang kedua. Memang lah. Tiba-tiba kenapa macam ni kenapa macam tu. Kan kan.? Tapi kecik tengok faham je. Hahha. Ada orang cakap lagi yang kedua lagi gempak dari yang pertama. Kecik setuju. Sebab yang pertama macam bosan sikit. Yang kedua best sebab banyak aksi kan? Sumpah gempak gila doe ! Memang rugi gila siapa yang tak tengok.


Oke berbalik pada cerita tadi. Kesimpulannya semua dah bersetuju dengan idea kecik nak tengok cerita World War Z. SO, kitorang still ada masa lagi. Masa  tu  lah kitorang jalan-jalan cari makan. Macam dalam iklan tb pulak kan? Haa, tu lh gamok nya kalau dah lama tak tengok tb kan? Bawah ni gambar sementara nak tunggu makanan sampai. Walaupun masing-masing tak makan dari pagi, muka tetap maintan cool je. Kan kan? Kecik pakai dress. Oh serabut lah. Lepas ni tak nak dah kua pakai dress. Baik pakai suar jean je. Boleh lari-lari. Hehhee.

Ni budak DBST part 1. Kami kawan baik :) Anda jeles? Sila tutup mata :p

 Yang ni namanya Kak Qila. Dia part bape ea? Part 6 kod. Eh tah. Yang penting ni tahun akhir untuk dia. Dia comel kan? Dia baik. Selalu kene buli manja-manja dengan kitorang. Kesian dia. Tapi kitorang tetap sayang dia. Kalau dia tak ada dalam bilik kecik mesti tanya mana dia pergi. Kalau kecik bangun tidur tengok tempat tidur dia kosong mesti kecik tanya mana Kak Qila. Nampak tak yang kecik memang sayang kat beliau? Sila nampak kan, sebelum mata anda dicungkil :D


 Ni lah santapan kami. Erk, air tak sampai lagi. Nampak tak permainan nya? Owner kedai suruh kami tercekik dulu. Kalau pape jadi kami dapat duit pampasan. Oke tipu je. Apa tah nama makanan ni. Yang penting kecik habis dulu. Kecik cuma tinggalkan sayur-sayur kecik tu sebab tak sedap. Padan muka. Agagga..

 Ni lah dress tu. Ni gambar sebelum ke selepas pergi. Tak ingat lah. Labuh kod. Tahu lak awok pendek. Kah kah kah. Terpaksa lah pegang kain setiap kali nak melangkah. Dress ni dipilih oleh kakak sepupu kesayangan saya. Maklumlah awok tak reti nak memilih baju kan? Kekampungan katanya . Beliau baru habis study kat matrikulasi dalam kos akaun. Mendapat pointer 3 dan ke atas. Hebat kan? Selalu kalah dengan dia dalam setiap peperiksaan besar. Tak aci. :p *jeles tau !

Ni pulak gambar time kitorang dah balik. Kecik paksa Nisa tolong ambilkan gambar. Kesian dia. Dah lah penat baru balik dari sukaneka. Kitorang  balik terus tak leh tidur. Hhahaha.


Ni donut . Beli dekat Big Apple. Walaupun sorang tak ikut, Kak Qila tetap beli 4 ketul. Untuk semua :) Baik tak dia? Lepastu kecik salah ambil donut. Kecik terambil yang ada cheese . Patutlah masin semacam je. Kecik punya donut ada kelapa dengan mangga. Nampak tak? kecik buta kaler. Tak semena-mena je kan? Kantoii dah. 




Petang tu jadi kenangan untuk kecik dengan semua. Sebab lepas ni Kak Qila dah habis belajar. Iera pindah dekat Uitm JB. Mungkin Niesa pulak tak sama bilik dengan kecik untuk sem depan. Wah sedih nya. Tapi apa pun dapat mengenali mereka semua adalah kenangan terindah dalam hidup. Dapat makan sama-sama. Gaduh sama-sama. Tidur dalam bilik yang sama. Bukak puasa sama-sama. Buat kerja sama-sama. Berkongsi air. Berkongsi makanan. Berkongsi tudung. Hahhaa. Tu pun nak cerita jugak? Mesti lah. Sebab apa yang berlaku semua tu akan jadi kenangan untuk kecik bila semua benda ni dah berlalu. 


Buat mereka, terima kasih kerana sudi menjadi kawan kecik, melalui setiap titian perjalan dalam kampus ni dengan insan macam kecik. Sudi makan sama-sama dengan kecik. Sudi bergelak ketawa dengan kecik. Sudi kasi pinjam barang dekat kecik kalau kecik nak pinjam. Sudi menghulurkan bantuan bila kecik memerlukannya Dengar cerita kecik. Sudi jadi anak-anak mama yang dengar kata da n baik-baik. Terima kasih sebab dengar cakap mama :) Oke tu je. Babai <3 *sayang korang

Post a Comment

0 Comments